, ,

Di Sini Bermulanya Indienomics

Secara rasmi, kelmarin merupakan majlis tandatangan MOU antara Indienomics bersama MANTAP (Mahasiswa Turun Parlimen).

Secara tak rasmi pula, ia merupakan acara networking sesama usahawan-usahawan Indienomics dan juga beberapa personaliti seperti Pengerusi FELDA, Timbalan Menteri JPM, Pengerusi SPNB, Pengerusi MATRADE dan Pengerusi TPM.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah pegawai kanan Khazanah, wakil dari beberapa agensi kerajaan/kerajaan Johor dan juga media.

Majlis pula di’emcee’kan oleh Fdaus Ahmad yang sempoi.

Kalau kau ingat ini majlis networking yang tipikal, kau silap.

Bos Haus Boom- Azri Zahier Azmi dan The Lorry- Nadhir Ashafiq dapat pitching mintak dana terus tau.

Selesai sahaja majlis, aku makan malam di Pelita, KLCC bersama rakan penggerak Indienomics yang lain iaitu Johan Ropi dan Mutalib Uthman.

Apapun, melihatkan begitu ramai rakan-rakan usahawan yang hadir ke majlis itu membuatkan aku termenung sekejap. Kemudiannya fikiran aku ‘lontar ke belakang’ (throwback) mengenangkan bagaimana gerakan ini bermula.

Ceritanya bermula begini:

Waktu itu sekitar bulan Mac 2016, aku membaca ucapan Tan Sri Shahrir Samad di Parlimen. Tajuknya adalah Ekonomi Merdeka. Dalam ucapan itu disebutkan mengenai ‘trend’ sekarang yang menyaksikan kemunculan ramai usahawan-usahawan muda yang telah berjaya dalam pelbagai bidang.

Jenama seperti DuBook Press, TudungPeople, dan Kilang Bateri disebut. (Ada banyak lagi, tapi korang google ajelah Hansard Parlimen)

Mereka ini bergerak terus tanpa menunggu bantuan berlebihan dari kerajaan. Cara mereka menjalankan perniagaan juga tidak terikat dengan konvensional.

Atas sebab itulah ia disebut sebagai Ekonomi Merdeka.

Cuma,

Aku merasakan walaupun konsep Ekonomi Merdeka ini menarik, namanya agak boring dan tak muda langsung. Jadi bertukarlah namanya menjadi Indienomics.

Yelah, kalau PM boleh ada Najibnomics dia, kenapa orang muda tak boleh ada Indienomics? Lagipun ia adalah terjemahan daripada perkataan Independent dan Economy.

Masa inilah aku, Mutalib, Johan dan Zul dari JOHO berbincang secara serius mengenai Indienomics. Pada mulanya kami tak tahu pun Indienomics ni nak jadi apa.

Nak aktif lebih-lebih pun tak boleh. Masing-masing ada bisnes sendiri. Lagipun bukan kami dapat wang dari Gomen.

Tetapi memikirkan nak memberi inspirasi kepada generasi muda yang lain, kami membuat keputusan menerbitkan sebuah buku yang menghimpunkan kisah-kisah usahawan muda ini tadi.

Dipendekkan cerita, pada sambutan Ambang Merdeka 2016, buku tersebut dilancarkan dan diberi percuma kepada orang ramai.

Tup-tup lebih 31 ribu jumlah muat turun. Bila kami check hashtag #indienomics di FB, IG dan Twitter, boleh tahan juga ‘traction’ yang diperolehi.

Media yang jemput untuk wawancara juga ramai. Astro Awani, Bernama TV, Berita Harian dll. Masa ini Tan Sri Shahrir Samad siap aturkan lagi dengan Bernama TV untuk kami ambil alih ‘air time’ mereka.

Kami pandang sesama sendiri dan geleng. Ini bukan kerja kami ni. Terus tak jadi.

Macam yang aku cakapkan tadi, gerakan keusahawan ini bersifat ‘part-time’ dan masing-masing juga sibuk. Sebab itu lepas sahaja lancar buku tersebut, kami senyap seketika.

Tau-tau je kerajaan negeri Johor iktiraf Indienomics dalam Bajet 2017.

Terkejut juga bila kami dengar. Tapi kami masih buat rilek dan tenang.

Hujung tahun 2016, kami merasakan Indienomics patut jadi lebih dari sekadar memberi inspirasi. Aku secara seloroh berkata ‘kita take over ajelah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Diorang ni kerja mintak kontrak kerajaan. Kita nak networking.’

Kami berpendapat networking sangat penting. Malah itulah kelebihan yang ada pada Indienomics kerana dapat akses terus dengan ahli-ahli Parlimen dan sebilangan pak menteri.

Macam mana boleh dapat akses? Sebab kita (usahawan-usahawan Indienomics) dilihat united as one.

Jadi bila kita bergerak bersama dalam satu gerakan, itulah yang boleh kami duduk sembang dengan Tun Musa Hitam dan Tan Sri Wahid Omar.

Aku ingat lagi bila bertemu ‘big players’, ada yang tanya ‘kamu semua ini mahukan apa?’

Mungkin depa ingat kami nak kontrak atau tender agaknya.

Tapi dengan tenang dan selamba kami kata, ‘kami mahu artikel sahaja.’

So berbalik pada networking tadi, Indienomics sudah memulakan program yang membolehkan usahawan-usahawannya bernetwork sesama sendiri.

Asalnya dengan membawa beberapa idea power dari usahawan muda untuk pitching dengan BNBBC di Parlimen.

Misalnya Tengku Ahmad Syamil dari SkolaFund, Nadhir Ashafiq dari TheLorry dan Faizul Ridzuan dari FAR Capital (dengan hartabumi sekali).

Lepas idea mereka diterima, terus di’adjust’ jumpa pihak yang sepatutnya.

Sebenarnya masa ini aku betul-betul nampak kelebihan yang ada pada Indienomics berbanding gerakan-gerakan keusahawanan lain yang dah lebih established.

Dan untuk sesi networking selepas ini kita akan teruskan dengan siri-siri INtalk. Sekarang sudah 3 kali kita buat. Respon memang awesome! Dijamin tak cukup tempat duduk tau.

Aku personally cukup kagum dengan audien yang datang genuinely mahu belajar sedikit sebanyak ilmu daripada panelis yang hebat-hebat.

Panelis, yang merupakan usahawan Indienomics, pula sangat teruja berkongsi cerita dan pengalaman mereka. Seolah ada kepuasan pada mereka bila diberi peluang untuk ‘give back to the society.’

*
Tengah sedap aku ‘throwback’, sekali ada brader jerit suruh aku pergi alihkan kereta kerana halang kereta lain.

Apapun, 2017 adalah tahun StartUp & SME. Tahun ini adalah tahun kita, indienomics, hartabumi.my, dan semua-semua lah!

Terima kasih atas sokongan rakan-rakan sekalian! You know who you are.

 

 

Radzi Tajuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Manusia Terkaya Di Dunia 2016

Hilang 3 Anak Kerana Telefon Bimbit. Kau Wajib Tonton Video Ini