in ,

Defending Your Life: Bangun Di ‘Padang Mahsyar’

Dalam filem Defending Your Life (1991), watak Dan Miller mati dalam kemalangan. Kemudian, Dan dibangkitkan di ‘Judgement City’.

Judgement City kira ‘Padang Mahsyar’ versi filem ini.

Di ‘bandar’ ini, Dan kira masuk mahkamah untuk menjelaskan setiap perbuatan yang dia lakukan semasa hidup di dunia.

Kalau Dan mempunyai penjelasan yang kukuh, dia akan pergi ke dunia yang lebih tinggi. Kalau tak, Dan akan dihidupkan semula. Kira dia akan hidup semula dari bayi.

Ada satu babak dalam filem ini menayangkan peristiwa hidup Dan yang menunjukkan perasaan takut yang sangat tinggi.

Bob Diamond, peguam Dan sendiri cakap, “Kehidupan kau penuh dengan ketakutan.”

Dan membalas, “Ye ke?”

“Semua orang di Bumi akan menghadapi ketakutan. Itu apa yang otak kecil mereka buat. Kau ada kawan yang pernah sakit perut?”

Dan jawab, “Semua kawan aku ada.”

“Macam itulah ketakutan. Ketakutan ini macam kabus tebal. Ia duduk dalam otak kau dan halang semua benda macam perasaan sebenar, kebahagiaan hakiki, keseronokan.

Tapi kau angkat kabus ketakutakan itu.”

Dalam filem ini, ketakutan digambarkan secara metaforanya sebagai kabus yang membutakan manusia daripada mencapai potensi manusia yang tertinggi.

Potensi untuk bangkit setelah jatuh, potensi untuk jalan terus selepas kecewa, potensi untuk hadapi suasana dan hubungan baru, potensi untuk pergi lebih jauh daripada apa yang manusia sangkakan.

Potensi ini bukan setakat berbentuk fizikal untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam kesusahan dunia semata-mata, tapi mental dan spiritual juga.

Kabus ketakutan ini juga membutakan manusia untuk mencari kebijaksanaan (orang kata ‘hikmah’) dan kecantikan dalam hidup.

Bob Diamond kata, manusia tak mampu capai potensi penuh mereka kerana dibataskan dengan ketakutan.

Kadangkala, ada dalam kalangan kita tak mahu meneroka maksud dalam hidup mereka. Bukan tak mahu, mungkin takut kita menemui perkara yang kita tak mampu hadapi.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang takut untuk hadapi kelemahan diri kita sendiri. Mungkin dalam kalangan kita takut untuk menerima keburukan diri kita sendiri. Kita ego dan abaikan kelemahan dan keburukan yang menjadi sebahagian diri kita.

Kita takut sebenarnya. Takut dengan benda-benda itu. Kalau kita angkat kabus ketakutan itu, kita mampu mencari makna kelemahan dan keburukan itu yang memberikan warna-warni kehidupan kita.

Kadangkala kita sibukkan diri dan hidup macam biasa kerana takut untuk fikirkan masalah hidup. Takut untuk mencari makna disebalik kesusahan yang kita hadapi.

Kita tak nampak, tapi ketakutan-lah sebenarnya yang membutakan potensi tertinggi manusia.

Menurut Aristotle, kecemerlangan manusia dapat dicapai dengan mempunyai kebijaksanaan fakta, kebijaksanaan emosi dan kebijaksaan ‘willingness’. Fakta ini baca buku banyak-banya, tapi emosi dan ‘willingness’ ini melalui rencah-rencah kehidupan harian kita.

Kalau kita takut, kita tak mampu mencapai potensi tertinggi dalam diri kita.

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bangunkan Liga Tempatan, Baru Sembang Tentang World Cup

Scammer Bajingan Muncul Lagi