in ,

Deepavali Vaalthukal!

Gambar : https://publicholidays.com.my

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia. Itu tahu lah kan?

Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan. Jadinya, kaum India akan menyusun pelita dalam barisan di rumah mereka bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kajahatan. Sebab itu juga, Deepavali dipanggil sebagai ‘Pesta Cahaya’.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Bukan minyak biasa tapi guna minyak bijan. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dan mengalungkan bunga pada patung dewa Hindu.

Kebanyakan penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan ‘kolam’ atau ‘rangoli’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Selain itu, hiasan ‘kolam’ ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi. Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam’ di pintu masuk rumah mereka. Kolam ni salah satu daya penarik bagi perayaan Deepavali ni.

http://www.dw.com

Macam biassa, setiap perayaan akan ada makanan-makanan yang special akan dihidangkan. Kalau kaum India, kuih atau manisan memang wajib disediakan di setiap rumah. Mereka percaya manisan mampu membawa kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan.

https://www.youtube.com/watch?v=rcphxlXIO2g

Agama Hindu terkenal dengan pantang larang. Ada beberapa pantang larang yang mereka amalkan semasa Deepavali antaranya amalan berkabung. Ahli keluarga terdekat bagi keluarga yang meninggal dunia dilarang menyambut Deepavali selama setahun. Tapi mereka masih boleh kunjungi rakan seagama. Tujuannya untuk kembalikan kesejahteraan diri dan keluarga tu sendiri. Pantang larang lain, mereka kena pilih pakaian dengan warna-warna garang macam merah dan oren. Tak boleh pakai warna yang melambangkan kesedihan macam warna putih.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, tak salah untuk kita ambil tahu serba sedikit pasal kaum lain. Kita juga sama-sama raikan perayaan ni.

Untuk kaum India yang menyambut perayaan ini, Deepavali Vaalthukal daripada Apemazing.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Inilah Cara Buat Donut Gebu Abad Ini

10 Filem Tamil Wajib Ditonton