, ,

Dari Umur 10 Tahun Aku Sudah Berdamping Dengan Artis

25 tahun yang lepas, masa nak hantar Abang Lan Laga kahwin dekat Kelantan, aku naik van dengan kawan-kawan Abang Lan. Semua rockers, dalam van dorang nyanyi-nyanyi happy sebab Abang Lan nak kahwin. Dua dari rockers tu akan jadi saksi nikah Abang Lan. Aku nampak banyak kaset dalam van tu cover muka dorang. Pelik memula. Sebab masa tu aku umur 10 tahun. Scene rock belum masuk sangat masa tu. Aku lebih kearah terjun sungai dengan basikal-basikal sekali.

Yang aku ingat, saksi Abang Lan nikah masa tu nama dia Ameng dengan Iskandar. Dah masuk fasa reti tulis surat ke makwe letak bedak lepas tu lipat selit dalam beg sekolah budak perempuan baru aku tahu dalam van tu semua brader-brader Spring. Masa aku kecil-kecil, yang aku selalu nampak Abang Lan bawa balik tidur kat rumah tok, Saleem dengan Umarul je.

Itu cerita Spring.

Masa umur aku 20an, aku ikut Abang Lan buat kerja-kerja belakang pentas. Kalau ada kelapangan aku ikut Abang Lan buat recording lagu dekat studio. Antara studio terawal Abang Lan bawa aku pergi, Fantasia Studio dekat Ampang. Entah wujud lagi ke tidak. Selain Fantasia, ada Menora, King dan studio kepunyaan Manan Ngah. Tapi yang paling kerap Abang Lan bawa aku pi buat recording, NAR Record dekat Taman Tun Dr. Ismail.

Dari situlah aku tengok Abang Lan buat kerja. Rupanya bukan mudah jadi komposer. Apa kau ingat kau dah tulis lagu lepas tu dah settle? Dari music arrangement, mixing sampailah dah sudah semua A-Z aku tengok Abang Lan buat.

Kalau penyanyi tu bagus, kau tak perlu masa yang lama pun nak buat recording. Aku bagi kau satu contoh, Sarah Raisuddin. First time aku tengok recording dia dekat NAR Record. Smooth dan tak ada masalah. Semua komposer senang bekerja dengan dia. Suara sedap, pandai bawa lagu, kontrol suara. Aku ikut angguk-angguk dengar dia nyanyi masa tu, sedap bukan main.

Ada juga artis suara sedap tapi ambil masa yang lama time recording. Elly Mazlein misalnya. Aku pernah ikut Abang Lan buat recording Elly ni dari malam sampai ke pagi tak settle. Aku dengar dah sedap. Tapi Abang Lan ada saja yang tak kena. Nak marah ke Abang Lan pun ada masa tu. Takkan nak tidur kat studio. Tapi tidur kat studio tu perkara biasa kalau ikut dia kerja.

Dan pada 2003 masa Konsert Ambang Merdeka dekat Dataran Shah Alam, Abang Lan tugaskan aku untuk jaga lebih kurang 20 artis yang nak perform malam tu. Dari transportation, accommodation sampailah ke arwah Ahmad Jais punya teh tarik pun aku jaga. Ye, arwah Ahmad Jais kalau sebelum naik stage dia mesti nak teh tarik. Tak boleh tidak.

Artis Gegar Vaganza 3 ada dua orang malam tahun 2003 tu. Sarah Raisuddin dengan Intan Sarafina. Sarah ni aku deal dengan bapa dia je senang. Masa tu Sarah baru nak naik, tengah seronok nak menyanyi. Tapi orang dah ramai minat dia. Tengah panas. Cuma Intan Sarafina masa ni buat perangai sikit, aku call nak confirmkan pukul berapa sampai dia boleh cakap dia minta maaf sebab terpaksa cancel sebab dia ada ambil job lain juga.

Punyalah menggelabah waktu tu. Time gitu, boss kau tak maki artis dah, dia maki kau terus kenapa artis cancel. Nasib baik Kak Anis Suraya dah sampai masa tu. Terpaksalah dia nyanyi awal dari jadual asal sebab Intan Sarafina cancel.

Ok masa nak bawa Sarah Raisuddin turun dari hotel ke Dataran Shah Alam, aku tanya bapa dia, “Camne ni bang? Orang ramai nak serbu Sarah ni.” Sebab jarak hotel ke Dataran jalan kaki je.

Bapak Sarah pandang aku, “takpe, kau bawa Sarah. Aku follow belakang tahan crowd.”

Ok kau bayangkan semua orang kiri kanan nak capai Sarah, aku cover Sarah dari kena capai. Nasib baik dia kenit masa tu. Senang jaga. Sampai belakang stage dia warm up. Itu kebiasaan dia sebelum nyanyi. Warm up macam nak bertinju. Aku jadi punching bag. Tak senonoh betul perangai dia masa tu. Aku rapat juga dengan dia dan sepupu dia Shikin lepas show tu. Duk bercall-call bagai. Lama-lama lost contact gitu je.

Masa tu ada budak kecil umur 10-11 tahun duk gelak-gelakkan aku sebab kena buli dengan Sarah. Itupun aku kena jaga sebab tu anak-anak Kak Rohana Jalil dan aku pula suka budak-budak. Dah besar baru aku tau yang sakan gelakkan aku tu Kilafairy rupanya. Kalau tau awal-awal aku cop dengan Kak Rohana. Damn betul.

Jadi untuk Gegar Vaganza kali ni aku secara rasminya #TeamSarahRaisuddin lah. Harap final nanti Abang Lan selitlah pass sekeping dua.

Kah kah kah.

Jarr Nadjmuddean

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *