Dari Pembikin Peti Ais Ke Gergasi Automotif Dunia

Seminggu dua ni kita selalu sangat terbaca mengenai Proton Holdings yang bakal dibeli oleh dua entiti besar. Pertama, ialah Renault dari Perancis. Kedua, dan yang paling mendapat perhatian ialah Geely Automobile Holdings dari China.

Geely ni ditubuhkan pada 1986, 3 tahun selepas Dr. Mahathir merealisasikan Proton Holdings. Kalau hangpa nak tahu, awal-awal dahulu, Geely adalah sebuah syarikat yang menjual peti sejuk. Modal pun pinjam daripada sanak saudara. Tak ada nak suntikan daripada kerajaan China.

Selepas daripada itulah barulah mereka transformasi dan mula menjual jentera-jentera. 1990, mereka mula mengeluarkan motorsikal. 1998, van kecil pula dihasilkan. Setahun selepas itulah baru mereka baru dapat lesen daripada kerajaan untuk keluarkan kereta. 3 tahun lebih mereka ambil masa sebelum keluarkan jenama kereta pada 2002.

Kejayaan demi kejayaan mereka capai. Hingga pada 2008, mereka menghubungi Ford untuk beli Volvo Cars. Ogos 2010, mereka berjaya beli.

Kalau nak tahu, Geely pun dah beli pembuat kereta teksi British, The London Taxi Company.

Tengoklah macam mana sebuah syarikat kecil, yang menjual peti sejuk dahulunya, kini sudah mula membeli syarikat-syarikat kereta yang besar di seluruh dunia. Sampaikan Perusahaan Automobil Nasional Malaysia pun depa nak kuasai. Tak kisah siapa kita pada masa mula berniaga, orang dah tak kisah pun bila nama dah mula besar.

Zulhilmi Daud

Leave a Reply