,

Dari Johor Bahru Ke Lembah Bilut

Sudah 4 hari aku di benua Eropah ini. Telah tercapai niat dihati untuk melawat Kota Brussels dan melawat sahabat ku Fazlisya Ramli. Esok pagi pula aku bakal memulakan perjalanan baru hidupku di Berlin, ibu kota Jerman ini.

Aku ingin mengambil kesempatan ini bagi menceritakan serba sedikit pengalaman aku bersama Pengerusi Barisan Nasional Backbenchers Council (BNBBC) iaitu Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Rupanya dalam sedar tak sedar sudah setahun berkhidmat di situ.

Ramai yang tidak tahu semuanya bermula melalui Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau nama glamernya- TPPA. Ketika itu di bulan Januari 2016 Parlimen Malaysia bakal mengadakan sesi khas bagi membincangkan dan berdebat mengenai isu ini.

Sebagai Ahli Parlimen Beliau yang terlibat dalam Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik (HAD), TPPA merupakan antara perkara yang kami sering berdiskusi dan pelajari. Melalui ilmu dan pendedahan daripada pelbagai pihak, aku menulis mengenai TPPA dan mengupas dari sudut kebaikannya.

Nak dijadikan cerita, tulisan-tulisan tersebut rupanya menarik perhatian Radzi Tajuddin atau lebih dikenali sebagai Mat Rodi. Mulanya beliau datang berjumpa dengan aku untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perjanjian ini. Aku ingat lagi soalan-soalan dan provokasi yang beliau berikan memang tough.

Kemudian bila perjumpaan kali kedua beliau berkata nak bawa aku berjumpa dengan seseorang yang berminat nak dengar pasal TPPA. Bila aku tanya siapa, dia hanya jawab kawan dia di Parlimen. Dan di situlah aku bertemu Tan Sri Shahrir di Kabin BNBBC, Parlimen Malaysia. The rest, as they say, is history.

*
Untuk aku ceritakan pengalaman dan peristiwa sepanjang berkhidmat dengan TS Shahrir memang terlalu panjang di sini. Tetapi jika aku boleh ingat balik, ada tiga yang benar-benar mengajar dan membuka mata aku.

1) Mengiktiraf golongan muda

Tan Sri Shahrir bukan seperti kebanyakan ahli politik lain yang sekadar beretorik mengenai kepentingan generasi muda. Aku perasan perkara ini seawal apabila aku dan Mat Rodi memberikan briefing TPPA kepada ahli-ahli parlimen BN di Menara MITI.

Masa itu dewan sangatlah penuh. Packed. Aku dan Rodi yang patut ada tempat duduk pun kena berdiri sebab beri keutamaan kepada orang penting.

 

 

Apabila tiba giliran, TS Shahrir bangkit dari kerusinya yang paling centre (sebab beliau yang mempengerusikan briefing tersebut) dan berikan kepada aku. Gesture beliau ini pada aku adalah simbolik yang menunjukkan penghargaan beliau kepada orang muda.

Dalam satu lagi kisah yang menarik adalah ketika seorang menteri kanan yang ‘terkejut’ dengan tulisan Rodi yang viral pertahankan Proton. Masa itu di dalam Kabin, menteri berkenaan sembang perkara tersebut kepada TS. TS dengan seloroh berkata kepada menteri itu untuk dengar the other side of story berkenaan Proton daripada Rodi sendiri.

Malam itu mereka berdua bertemu dan selepas pertemuan itu, Rodi personally beritahu aku yang dia sangat respek menteri tersebut kerana sanggup luangkan masa mendengar pendapat yang berbeza.

Aku rasa sekarang barulah dia tahu yang sebenarnya TS yang spark the meeting to happen. haha

2) Seorang yang simple dan indie

Maksud aku beliau adalah seorang yang tak terlalu terikut dengan protokol. Kalau ada perjumpaan di mana-mana agensi kerajaan, TS akan pandu kereta sendiri dan parking di tempat biasa dan berjalan.

Ada pernah sekali tu kami ada perjumpaan di AKPK. Aku siap datang awal dan tunggu di lobi bersama Pengarah Komunikasi AKPK untuk pastikan TS parking kereta di tempat parking yang kami dah reserve.

Tau-tau je TS tegur kami dari belakang sebab beliau sudah parking di tempat biasa dan berjalan ke lobi. Aku tengok muka Pengarah Komunikasi AKPK tu dah cuak. haha

Aku pernah tanya beliau kenapa suka drive kereta sendiri, jawab beliau ‘what’s the use of power without control?’

Mendalam ayat itu tapi bermakna.

Aku perhatikan juga TS adalah seorang yang indie dalam erti kata seorang yang suka lari dari kebiasaan. Kalau ramai orang-orang besar suka jumpa dan sembang di coffee house hotel-hotel 5 bintang, beliau lebih gemar lepak dengan aku dan Rodi di The Tarik Place, Nu Sentral.

Benda-benda sebegini yang aku perhatikan membuatkan pemikiran beliau ada banyak kelainan dan lebih up to date dengan realiti semasa.

Contohnya bila orang sibuk argue mengenai ekonomi negara. Ada yang kata ekonomi nak bankrap la, ada pula pihak asyik canang pendapatan per kapita yang naik tu terlalu tertumpu pada golongan kaya la, tapi cara TS validate benda ini agak lain.

Beliau gunakan indeks-indeks tak rasmi seperti bilangan orang pergi umrah, kutipan zakat dan juga kutirpan derma di masjid semasa hari Jumaat. Pada beliau inilah cara yang lebih make sense untuk lihat limpahan ekonomi itu ada atau tidak kepada orang Melayu secara keseluruhannya.

Point aku adalah- beliau ni indie (tidak terikat dengan kebiasaan).

3) Suka Idea Baru

Bab ini yang paling aku respek. Sepanjang setahun aku berkhidmat dengan beliau, TS sangat receptive dengan idea-idea baru. Kadang-kadang itu idea tu terlalu ‘bold’ untuk kebanyakan orang politik.

 

 

Contohnya dalam bidang startup. Masa orang semua sibuk cerita pasal startup, TS dah berjumpa dengan beberapa pemain industri. Antaranya Nadhir Ashafiq dari TheLorry dan Tengku Ahmad Syamil dari SKolaFund.

Yang Syamil ini lagi power, TS terus belajar mengenai Fintech yang aku rasa kita sendiri pun terkial-kial nak faham apa itu fintech. Hasil kempen BNBBC, SkolaFund Berjaya raise funding berpuluh ribu untuk biayai pelajar-pelajar yang memerlukan dana melalui platform digital mereka.

Baru-baru ini pun Rahim Ibrahim dan Faizul Ridzuan dari Gila Hartanah datang ke Kabin untuk pitch idea mereka bagi membantu meningkatkan pemilikan rumah.

Mereka yang datang ini bukannya sebab ada kepentingan atau nak mintak projek kerajaan, sebaliknya mereka ingin berkongsi idea-idea baru kepada BNBBC dan TS sedia membantu atas kapasitinya supaya perkara tersebut boleh mendatangkan manfaat kepada orang ramai dan negara.

Penutup

Ikutkan pengalaman-pengalaman bersama the Wiseman ada banyak lagi yang aku nak tulis. Tapi itu aku tulislah di hari lain kalau ada masa.

Tujuan aku tulis ini hanya satu- iaitu aku ingin coretkan penghargaan aku kepada insan yang aku anggap sebagai mentor. Tak ada kepentingan peribadi pun melalui tulisan ini. Aku pun bakal bekerja esok menimba ilmu baru di Kota Berlin, Jerman.

Kepada Tan Sri Shahrir Abdul Samad- terima kasih banyak atas tunjuk ajar dan pengalaman.

Saya yakin Felda akan lebih Berjaya di bawah pengurusan Tan Sri.

 

Azwan Bin Omar

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kebangkitan Aamir Khan Dan Donnie Yen Di Persada Filem Dunia

Anak Malaysia Menawan Zurich