, ,

Dah kenal Grab Car?

Perkhidmatan “Grab Car” nampaknya semakin diterima baik masyarakat kita. Saya antara pengguna terawal sejak ia diperkenalkan di Malaysia pada bulan Ogos 2015.

Ramai yang tidak tahu “Grab Car” pada mulanya dikenali dengan jenama “My Teksi”. Kalau tahu anda pun pastinya pengguna setia “Grab Car” kan? Hahaha..

Rasanya sejak diperkenalkan di negara kita, pihak “Grab Car” begitu bersungguh-sungguh menjalankan promosi sehingga hari ini. Kita sebagai pengguna pun semestinya suka apabila dapat “promo code” yang boleh mengurangkan bayaran.

Lagi banyak promosi lagilah syok! Siapa tak suka kalau boleh menjimatkan duit kan. Pernah beberapa kali saya naik tanpa perlu membayar 1 sen pun. Bertuah kan? Syukur Alhamdulillah.

Antara sebab utama saya memilih “Grab Car” berbanding “Uber” ialah harga yang dikenakan kepada penumpang sudah tetap. Kita sebagai penumpang akan lebih tahu harga dikenakan sebelum bersetuju untuk “booking” ke destinasi pilihan.

Bercakap tentang “Grab Car” saya yakin kawan-kawan yang biasa menaikinya akan bertanya dua soalan wajib ini kepada pemandu :

1) “Dah lama bawa Grab Car ke?”
2) “Full time atau Part time?”

Betul tak kawan-kawan? Hahaha

Soalan-soalan lain bergantung pada keramahan masing-masing. Macam saya memang selalulah tanya banyak soalan pada pemandu. Seronok berbual dan mendengar pengalaman hidup orang lain. Hahaha

Rasa pelik kalau kita naik tanpa berborak apa-apa. Lagilah pelik kalau langsung tidak berterima kasih kepada pemandu yang membawa kita sampai dengan selamat ke destinasi. Janganlah begitu kawan! Ucapkanlah “Terima kasih”. Bukan susah kan untuk menghargai mereka.

Kalau hendak berkongsi kisah pengalaman bersama pemandu “Grab Car” memang banyak. Macam-macam cerita ada.

Bagi kawan-kawan yang belum pernah mencuba perkhidmatan “Grab Car”, saya syorkan anda cubalah sekali. Mungkin ada waktunya anda sangat perlukan seseorang menghantar anda ke sesuatu tempat dengan segera.

Dengan “install link” di bawah ini di telefon bimbit, anda layak mendapat “promo code” RM10 untuk penumpang baru seperti anda. Jadi, jika tambang anda kurang RM10, anda akan menaiki “Grab Car” percuma. Sekiranya tambang RM11, anda hanya perlu bayar RM1 sahaja.

Menarik kan? Jom naik “Grab Car”

Klik link ini untuk dapatkan “promo code” RM10 :

https://invite.grab.co/20F5D4
https://invite.grab.co/20F5D4

Selamat mencuba kawan-kawan!

Azwan Hashim

What do you think?

-20 points
Upvote Downvote

Total votes: 22

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 4.545455%

Downvotes: 21

Downvotes percentage: 95.454545%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tuhan Hantarkan Dia Untuk Aku

Ini Yang Kau Dapat Apabila Melakukan Seks Bebas