in ,

Daging Arnab Lebih Berkhasiat?

Gambar : http://arnab-banting.blogspot.my/

Adik perempuan Kak Ida, penghidap asma. Masa tu umurnya 9 tahun. Sekarang Alhamdulillah, sembuh.

Waktu malam kami bergilir-gilir jaga dia. Dia tidur dalam keadaan duduk. Terpaksa sendal bantal di belakang sebab asmanya agak kronik.

Tak ingat waktu tu, siapa yang cadangkan daging arnab ni. Kebetulan dalam kampung ada ladang ternak arnab, Kami segera dapatkannya.

Sama ada dibuat sup atau goreng begitu saja, Itulah makanan dia tiap hari.

Jangan bimbang. Arnab halal dimakan, sebab ia tidak bertaring. Arnab cuma makan sayur, buah dan pellet. Cuma segelintir kita tidak sanggup atas alasan ia seperti kucing (termasuklah Kak Ida).

Menurut buku Penternakan Arnab (MARDI, 1995), kandungan daging arnab; Tenaga=160kcal, Crude Protein=18%, Lemak=7.1%, Air=71%, Kolesterol=136mg/100gm, Vit, Mineral & Asid Amino.

Dalam erti kata lain, daging arnab tinggi kandungan protein, kaya dengan vitamin B12, kandungan kalori, lemak, kolesterol dan asid uriknya rendah, kandungan air tinggi berbanding dengan ternakan lain seperti ayam pedaging, lembu atau biri-biri.

Daging arnab dapat merawat & mengubati masalah pencernaan, tekanan darah tinggi, gout, demam malaria, asma, kencing tidak lawas (dagingnya yang dibakar) dan dapat kemaskan perut yang gendut.

Ia juga mampu tingkatkan tenaga, baiki sel-sel dalam tubuh, membentuk sel-sel baru dan tingkatkan kecerdasan otak. Juga bagus untuk tenaga batin lelaki dan hempedunya baik untuk kesuburan wanita.

Namun hati-hati, arnab mudah berkutu dan berkurap dan boleh menjangkiti manusia. Kutu daripada arnab boleh menyebabkan masalah pernafasan terutama kepada penghidap asma. Terbalik pula begitu.

Beli yang sudah siap siang sajalah.

Kalian tahu kan asma dengan ekzema berkait?

Bonus;
B12 ni boleh pink-kan kulit. Kaki “beauty injection” memang ambil B12 secara konsisten.

Di Malaysia, B12 sinonim dengan kurma merah. Bagus diambil masa berpantang. Geng alami tahulah ni.

Cuba ya.

Farida Salim

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Berapa RM Nak Masuk Dalam Salam Kaut?

Tentang Raline Shah Yang Kau Perlu Tahu