in ,

Cikgu Belum Gilalah!

Gambar : FB Mohd Fadli Salleh

Aku baca satu komen yang bunyinya lebih kurang begini,

“Cikgu panggil aku dan suami aku ke sekolah kerana anak aku dikatakan hyper aktif. Sekolah suruh buat pemeriksaan doktor dan tukar sekolah. Anak aku elok je. Budak, memang macam tu. Cikgu pemalas!”

Aku dan respon dua kali. Lepas tu aku tulis panjang lebar untuk komen terakhir. Lepas send dia delete komen tu. Penat aku tulis point dan semua isi kat situ, tahi tak?

Aku marah sebab dia delete segala point aku. Aku tak puas hati ni. Jadi untuk puaskan hati aku, aku terangkan kat kau orang apa yang kena kau buat bila cikgu panggil kau bila anak kau disyaki ada ciri-ciri autisme.

Begini. Kau ingat cikgu tak tahu ke sikap azali budak-budak ni suka main dan aktif?

Cikgu belum gila nak panggil semua parent sebab anak mereka aktif. Bila cikgu panggil atau hubungi, mesti guru tu perasan kelainan dengan anak kau. Lain dari murid yang lain.

Cikgu ni, tugas dia hadap budak setiap hari. Beribu gelagat budak dia tengok saban hari. Dalam beribu budak tu, kalau cikgu panggil kau kerana sikap anak kau, kau jangan melatah awal.

Tenang. Dengar penjelasan dan cuba rasional.

Kau kena ingat satu perkara, cikgu belum gila nak panggil semua parent semata-mata anak mereka aktif.

Ikut saranan pihak sekolah, bawa anak jumpa doktor pakar untuk buat ujian diagnostik. Jika benar ada ciri-ciri autisme, masuk je kelas khas.

Jika tidak, bawa je surat tu tunjuk kat pihak sekolah, dan teruslah belajar di aliran perdana macam biasa.

Jangan degil. Jangan! Yang rugi anak-anak kau juga.

Aku ni baru lagi jadi cikgu. Baru 12 tahun. Tapi dalam 12 tahun ni beribu-ribu tingkah laku dan gelagat murid aku lihat.

Aku walau bukan guru pendidikan khas, aku dapat perasan jika murid itu murid autisme atau berkeperluan khas. Walau mak ayah dia tak akui!

Ini pengalaman real aku. Bukan aku reka, bukan aku cedok kat mana-mana.

Dulu ada seorang murid tahun satu, aku perasan dia ni istimewa. Speaking English cair beb. Tak terkejar aku. Tapi dia duduk dalam dunia dia. Melukis sahaja. Tak nak buat kerja dan susah mendengar arahan.

Maka aku sampaikan hal ini pada pentadbir aku. Pentadbir aku hubungi mak ayah dia suruh bawa jumpa doktor pakar untuk pengesahan.

Mak ayah budak tu marah pula kat pihak sekolah. Katanya anaknya normal, anaknya tiada masalah. Hebat speaking lagi sebab mereka memang speaking di rumah. Orang ada-ada katakan.

Maka bila ibu bapa tak rela, sekolah tak boleh paksa.

Anak ini, duduk di kelas aliran perdana sama macam murid lain. Ketika dia mengamuk, semua barang dia lemparkan. Hanya kerana lukisan dia tak seperti dia harapkan.

Belajarnya zero. Kelaut semuanya. Langsung tak boleh tumpu perhatian pun. Markahnya merudum teruk.

Sampai satu tahap, ibu dan ayahnya baru redha. Bawa anak jumpa pakar dan dimasukkan ke kelas pendidikan khas. Masa tu dia dah darjah empat.

Tiga tahun di aliran perdana sebelum ibu bapa nak terima semua ini.

Result UPSR anak itu sekadar sahaja. Tiada satu A pun. Sedangkan pada tahun itu ada murid autisme lain dapat 3A dan 4A!

Hak pendidikan anak itu dinafikan oleh ibu bapa sendiri. Apa kami boleh buat?

Kami bagi saranan pun ibu bapa melenting awal. Siap kata cikgu pemalas pula. Sekarang, terimalah akibatnya.

Ingat, tiada guru saja-saja nak panggil ibu bapa jika anak anda tiada masalah dan guru tiada bukti yang meyakinkan. Pergilah dengan hati yang terbuka, dengar saranan dengan matang dan jangan cepat jadi melenting jika rasa benda itu kau tak boleh terima.

Dan jangan sesekali nafikan hak yang sepatutnya anak kita terima.

Begitulah.

Mohd Fadli Salleh
Guru belum gila.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 50.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 50.000000%

Leave a Reply

Sampai Bakul Pun Boleh Jadi Carseat?

Luahan Hati Peniaga Cameron Highland Ini Wajar Dibaca Oleh Semua Rakyat!