, ,

Cheapskate Tapi Nak Tengok Wayang Secara Halal?

Image via www.dpulze.com

Bagi seorang yang kaki wayang atau paling kurang pun untuk korang ada ramai anak dan nak angkut semua masuk pawagam tapi tak banyak duit macam aku, ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk dapatkan tiket dengan harga murah. Murahlah daripada harga lazim.

Tips ni aku cerita sebab aku biasa buat, kawan-kawan tanya dan aku kongsikan. Valid untuk di TGV sahaja okay. Sebab itu je yang paling dekat rumah. Dan tertakluk kepada promosi dan lokasi. Kalau tiba-tiba mereka tukar polisi, nasib koranglah. Jadi, install apps TGV dalam handphone untuk memudahkan korang tengok promosi baru dorang.

Untuk di GSC, biasanya aku akan tengok hari Rabu je. Harga RM8.00. Biasanya ramailah. Lebih-lebih lagi lepas waktu kerja. Jadi korang beli secara online je senang. Kalau beli secara online, tiket jadi mahal 50 sen.

Cara 1 – Movieclub & Maybank Priority
1. Invest RM30.00 untuk register sebagai movieclub membership. Korang akan dapat membership card, 2 tiket wayang dan 1 combo popcorn percuma (boleh redeem bila-bila masa).
2. Pastikan korang ada kad Maybank. Kalau kad debit, pastikan ada duit dalam akaun. Kalau kad kredit, pastikan masih valid.
3. Dengan 2 kad ini, korang boleh dapat harga tiket RM10.00 untuk seat preferred dan standard.
4. Valid untuk tayangan sebelum jam 6.00 pm sahaja.
5. Aku tak sure promosi ni boleh digunakan untuk beli tiket online atau tak.
6. Tertakluk pada terma dan syarat.

Cara 2 – Akaun Moviemoney dalam Movieclub.
1. Untuk pemegang kad Movieclub, dengan setiap pembelian tiket, 10% dari harga tiket akan dimasukkan dalam akaun moviemoney. Contohnya, korang beli tiket harga RM10.00, 1.00 akan masuk dalam akaun moviemoney dan poin ini disimpan secara kumulatif. Bila cukup, korang boleh redeem untuk beli tiket wayang atau beverage.
2. Aku tak sure benda ni boleh redeem untuk beli tiket online atau tak.
3. Tertakluk pada terma dan syarat.

Cara 3 – Earlybird
1. Bangun awal pagi seperti burung yang mencari cacing, cari filem tayangan sebelum jam 12.00 pm. Biasanya ada 1 slot je pukul 11.00am lebih. Boleh dapat harga RM8.00 untuk seat standard dan RM13.00 untuk preferred.
2. Kalau rasa nak secure seat, boleh beli tiket secara online.

Selamat menonton.

Fikri Kacak

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Idola Harta Rampasan Perang

Banyak Betul Pengajaran Dalam Filem Ini