in ,

Cekiklah Leher Kami, Ulat Tiket!

Gambar: Astro Awani

Ulat tiket kembali menjadi terkenal menjelang perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2017. Lebih mengharukan hal ini sebenarnya terkait dengan aspek kualiti dan pengurusan tiket yang disifatkan sebagai teruk.

Tindakan pembatalan jualan melalui online dengan alasan yang sukar diterima juga memburukkan lagi keadaan. Maka rakyat Malaysia dan peminat yang masih perlu membayar cukai berjumlah RM1.20 per tiket walaupun mahu menumpahkan taat setia kepada pasukan negara terpaksa beratur panjang sehingga menjejaskan emosi masing-masing.

Janji untuk 20 kaunter jualan tiket di Stadium Shah Alam juga tidak dilaksanakan dengan sewajarnya. Lebih memilukan apabila di ruang media sosial ulat-ulat tiket berleluasa mempamerkan berpuluh-puluh tiket yang ada pada tangan mereka dan sedia untuk dijual pada harga sekitar RM50 hingga RM200.

Lebih menghairankan bagaimana ulat-ulat ini boleh memperoleh tiket dalam jumlah yang banyak sedangkan had seorang hanya boleh membeli lima tiket sahaja.

Jelas sekali terdapat elemen korupsi dan salah guna kuasa dalam aspek pengurusan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ini dan menjadi perkara wajib untuk SPRM dan lain-lain pihak berkuasa menyiasat secara terperinci hal ini.

Nombor telefon ulat-ulat berkenaan boleh didapati dengan mudah di laman-laman sosial dan mereka perlu ditangkap dan dibanteras selagi boleh!

Mereka membeli bukan kerana mahu menonton perlawanan, tetapi sekadar mahu mendapatkan untung dan mencekik leher orang awam! Jika sistem penjualan tiket melalui online dilaksanakan dengan teliti sudah tentu hal berkaitan ulat ini dapat diminimakan!

Daniyal Kadir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Enam Sebab Kenapa Kau Perlu Sokong McGregor

Diari Jemaah Haji 2017 – Hari Pertama