Category: Tips

  • Trending Hot Popular

    Sori, Gua Tak Jual Pada Cina

    Aku perasan benda ni dah lama.

    Ada seorang Tauke M (Melayu, Jawa) jual udang segar dengan menjaja di sebelah bangunan pasar, pakai kereta sorong (yang jenis angkut simen). DIULANGI. Jual SEBELAH PASAR ya, bukan dalam pasar.

    Biasanya lepas 2 jam buka jualan, pasti licin kereta sorongnya,
    kenapa?

    1) Uniknya, dia letak udangnya DALAM KERETA SORONG. Ini kita panggil “Differentiate Or Die” dalam Marketing.

    2) Sebab dia jual murah daripada harga pasar sebelah. Kira, dia KILL HARGA kaw-kaw.

    Mungkin ada yang nak bash cara jualan ‘samseng’ macam ni, yalah, dahlah perang harga, lepas tu ‘sailang’ peniaga’ dari luar pasar.

    read more

  • Seni Yang Akan Buat Anak Kecil Teruja Untuk Ke Sekolah

    Anak kedua saya, Amanda akan ke tadika. Tapi dia bilang dia tak nak ke sekolah sebab “school tak ada tv” (emak pitam).

    Saya yakin sangat saya bakal melalui drama tangisan nak menyiapkan dia ke sekolah pagi esok. Banyak lah alasan dia nanti.

    Menjadi supermak, saya kena cari cara untuk buat dia semangat nak ke sekolah. Maka mari kita ajak dia buat sabun mandi sendiri. Mudah-mudahan dia bangun tidur dengan mudah sebab teringat ada sabun hasil tangan dia. Lepas itu saya akan pakaikan dia baju sekolah dan terus ke tadika.

    read more

  • Hot

    Perkara Penting Kau Kena Tahu Sebelum Kahwin Dengan Orang Jawa

    TIPS NAK KAHWIN DENGAN ORANG JAWA

    1. Jia terfikir nak tulis tentang ini semua kerana suami Jia menerima kejutan budaya Jawa selepas dia berkahwin dengan Jia. Haha. Itulah, lain kali selidik betul-betul. Ingat, kahwin itu bukan bermaksud berkahwin dengan individu. Kita kahwin ini, kahwin dengan segala jenis mak nenek budaya, bahasa, pekan dan sebagainya. Walaupun Jia tak pandai cakap Jawa, tapi Jia bangga jadi wong jowo.

    2. TETAMU – Jom Jia cerita, orang Jawa sangat mesra dengan tetamu. Kalau tetamu datang bertandang ke rumah orang Jawa, tidak sah kalau tak dihidangkan makanan dan minuman. Jika sempat, memang mereka akan masak makanan berat. Orang Jawa sangat menjaga tetamu mereka.

    read more

  • Hot

    Mencari Calon Isteri? Ini 10 Rahsianya

    10 Tip Kenali Wanita Baik Untuk Dibuat Calon Isteri.

    1. Menjaga Tutur Bahasa.
    Seorang wanita yang baik akan sentiasa menjaga tutur bahasanya. Jika sebelum berkahwin lagi dia sudah boleh ber ‘sial’, ‘babi’ kan engkau, sebaiknya kau tak perlu fikir untuk pergi ke tahap yang seterusnya.

    Ataupun yg jenis cakap “Alah, ada virgin tak ada virgin ni sama aja.” Lebih baik kau berundur.
    Wanita yang menjaga tutur bahasa ialah wanita yang menghormati dirinya. Hanya wanita yang mampu menghormati dirinya sahaja akan menghormati suaminya.

    read more

  • Ujian Hebat Untuk Orang Yang Hebat

    Abah mempunyai gangguan dyslexia. Dia mula pandai membaca ketika dia darjah lima. Kini, Abah merupakan peguam jenayah, sivil dan syariah. Graduan dari Universiti Oxford.

    Memiliki firma guaman sendiri dan membina Madrasah Baitul Bayan: Tahfiz dan Alim di Batu Pahat, Johor. Setakat ini, hanya enam puluh lebih sahaja pelajar yang mendaftarkan diri di sana.

    Jangan terlalu kagum dengan pencapaiaan Abah kerana dia selalu berkata, semua itu bukan dia yang punya. Allah Maha Hebat yang kurniakan.

    Umi pula guru sains di sekolah menengah dan selalu ada untuk dengar cerita saya. Dari kiri :

    read more

  • Menabung Untuk Travel Buat Kau Yang Boros

    Macam mana aku menabung untuk travel?

    1. Tetapkan minimum berapa ringgit yang wajib dimasukkan ke dalam tabung setiap hari. Contoh, RM50.00 sehari. Kalau ada lebih, pejamkan mata dan masukkan lebihan itu. Tapi jangan sesekali kurang.

    2. Tetapkan berapa lama tempoh menabung untuk setiap percutian. Aku biasanya buat tiga bulan. Sekiranya dalam masa tiga bulan tabung pelampung masih tak penuh, aku akan susah hati dan rasa nak sumbat banyak-banyak lagi.

    3. Cari pendapatan sampingan untuk sumbat ke dalam tabung. Untuk ini, kau kena cari sendiri. Macam aku, aku gunakan duit dari jualan set makanan untuk masukkan ke dalam tabung. Dulu masa aku bekerja, aku buat penghantaran makanan pada hujung minggu. Kau rajin, kau dapat lebih. Kau malas, kau gigit jari.

    read more

  • Duduk Diam Atau Keluar Dari Panggung Itu!

    Sebagai penonton, bagaimana kau menghargai karya seni? Ini saya sediakan beberapa tips.

    1. Jangan bercakap dalam panggung sehingga mengganggu orang lain yang berada di dalam panggung.
    2. Jangan guna telefon. Pastikan telefon kau dalam mod senyap. Kadang-kadang sampai dua tiga kali telefon kau berbunyi di dalam panggung kau biarkan saja tanpa tukar ke mod senyap.
    3. Jangan tangkap gambar. Kalau dibenarkan, berpada-padalah. Orang lain nak tengok juga. Jangan fikir kau ada pangkat Dato’, ada nama, kau rasa kau lagi hebat daripada orang lain yang membolehkan kau untuk tangkap gambar sehingga mengganggu orang lain.
    4. Jika kawan atau saudara kau membuat persembahan, tak payahlah nak panggil-panggil nama dia masa di tengah-tengah persembahan. Kalau kau nak bagitahu mereka yang kau sokong seni yang mereka persembahkan, bawalah hadiah dan bagi sebelum atau selepas persembahan tersebut. Jangan lupa ucapkan tahniah kepada mereka.
    5. Jangan bersorak. Kalau kau nak bersorak sangat kau pergi ke pertandingan Gegar Vaganza atau pergi tengok perlawanan bola di stadium.
    6. Jangan bagi apa-apa komen semasa orang tengah membuat persembahan. Simpan semua komen kau sampai habis persembahan, kemudian barulah kau kemukakan komen itu. Ini tidak, masa di tengah-tengah persembahanlah kau nak singgung siku kawan kau dan memberi komen tentang kostum atau make up orang yang membuat persembahan itu. Kau ni belajar seni, tapi etika menonton tak ada.
    7. Ada persembahan yang memerlukan kau untuk terlibat sekali di dalam persembahan tersebut dan ada yang dipentaskan dengan gaya konvensional. Jika ada persembahan yang memang nak kau sebagai penonton untuk bercakap, masa itu barulah kau bercakap. Jika persembahan itu tidak memerlukan kau untuk bercakap, kau duduk diam-diam dan jadilah penonton.
    8. Jika kau rasa nak sangat bercakap, kau keluar dari panggung dan cakap. Masa ini kau nak bercakap dengan orang, dengan bunga sekalipun, tak ada hal. Sebabnya, ada orang lain yang duduk di belakang kau, di depan kau atau di sebelah kau yang nak fokus kepada cerita di dalam panggung itu. Mereka tak nak dengar pun kau bercakap.
    9. Jumlah komen dan kekuatan suara yang kau berikan semasa persembahan sedang berlangsung tidak menunjukkan yang kau pandai dan bijak dalam memberi apa-apa komen. Ini hanya akan menunjukkan yang kau ini adalah salah seorang penonton yang bingai. Segala analisis kritikal kerap dilakukan hanya selepas pementasan tamat.
    10. Jika kau rasa pementasan itu tidak menarik perhatian kau. Jangan cakap. Kau pilih sama ada kau mahu tidur (pastikan tak berdengkur) atau kau keluar dari panggung tanpa mengganggu tumpuan penonton lain.
    11. Jika kau pergi ke galeri lukisan, JANGAN SENTUH bahan pameran di dalam galeri tersebut. Mungkin sesetengah bahan pameran di sana sangat sensitif dan mudah untuk rosak. Maka, jangan sentuh. Mungkin tangan kau itu jenis yang membawa sial dan akan merosakkan bahan pameran di galeri itu.

    Peraturan ini dipakai di seluruh dunia. Tak kisahlah kau menonton di panggung Istana Budaya, ASWARA, KLPAC ataupun di New York.

    Peraturan ini juga langsung tidak terikat pada sesetengah golongan sahaja. Tak kisahlah kau penonton yang membayar RM5.00, RM1000.00, ataupun kau berpangkat Dato’, pencacai, menteri, rakyat, pelajar, pensyarah, miskin atau kaya, semua perlu mengikut peraturan ini. Kerana apabila di dalam panggung, kau semua sama sahaja. Tak ada bezanya.

    read more

  • Siapa Kata Rumah Kena Besar Baru Lawa?

    Rumah adalah pusat kepada kehidupan. Bagaimana rumah kita? Itu adalah personaliti peribadi kita. Seterusnya ianya membayangkan bagaimana kita menguruskan kehidupan seharian bersama ahli keluarga.

    Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan. Tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup, itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dalam membina kehidupan.

    Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan hobi yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu memanfaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30′ x 32′ dengan ketinggian siling 14′ ini telah membuatkan saya berfikir di luar kotak.

    read more

  • Simptom Hard Disk Kau Mula Kong

    Pagi ni aku nak bagi syarahan sikit untuk kau kenal simptom hard disk kau yang mula nak kong/rosak. Bukan senang kau nak dengar aku berceramah pagi-pagi buta ni, kahkahkah.

    1. Kau rasa komputer kau lembab luar dari kebiasaan.

    Simptom ini salah satu tanda hard disk kau mula nak rosak. Tapi susah orang/user biasa dan juruteknik komputer pun kadang-kadang tak dapat nak kenal pasti perkara ini sama ada masalah hard disk atau masalah biasa kerana:

    i- Komputer kau dah menjadi tempat ternakan virus. Usahawan berjayalah katakan, kahkahkah. Kalau ya pun nak jadi usahawan, ternaklah benda lain. Virus juga yang kau nak ternak. Bila komputer kau ada virus, ianya memang akan melembabkan komputer kau sebab benda tu menggangu sistem operasi sesebuah komputer. Bila kena macam ni, cuba kau install OS/format semula komputer kau. Kalau lepas format komputer berjalan lancar, itu mujurlah. Bermakna masalah virus sahaja. Kalau masih lembab juga, baik kau beli hard disk baru dan backup semua data kau.

    read more

  • Waktu Melawat Di Hospital Yang Kau Patut Tahu

    Dua-tiga hari lepas viral video seorang pengawal keselamatan ‘bergaduh’ dengan seorang pelawat di sebuah hospital. Saya berkesempatan berjumpa pengawal keselamatan tersebut yang datang berjumpa saya untuk sambung MC. Matanya lebam dan luka di dahinya agak besar.

    Tapi bukan itu yang saya nak sentuh.

    Gejala pesakit (terutama warisnya) bertelagah dengan pengawal keselamatan bukan hal baru, terutama di Hospital saya. Tak tahu lah, adakah orang Terengganu memang ‘bekeng’ atau ia berlaku di tempat lain juga.

    read more

  • Perkara Penting Kau Perlu Tahu Sebelum Berkunjung Ke MAHA 2016

    Tips ke Maha 2016:

    1. Pakailah flat shoes/sport shoes/sandal. No high heels please. Kesian tengok adik-adik yang pakai kasut tinggi masa hari pertama.
    2. Bawa payung.
    3. Kalau bawa anak kecik bawa carrier atau stroller.
    4. Kena bersedia mental dan fizikal untuk berjalan jauh. Kurang sesuai jika nak bawa mak ayah yang dah tua bertongkat berjalan di MAHA. Kesian tengok. Tapi kalau ada kerusi roda ok.
    5. Makanan dan air banyak dijual. Tak payah bawa bekal.
    6. Bawa baby wipes, mana tahu emergency anak-anak poo dan toilet air perlahan.
    7. Bagi Muslimah, bawa telekung sendiri senang. Telekung sangat limited dan orang ramai.
    8. Make sure hari yang plan untuk ke MAHA  tak ada plan lain-lain lepas tu. Biar sehari suntuk di sana so tak ada la rushing-rushing. Boleh jalan dan rehat kat mana-mana. Jalan lagi dan makan pula. Solat dan baru balik.
    9. Kalau rasa nak shopping banyak, nak beli pokok dan sebagainya, bawa troli siap-siap. Troli atau bakul pasar pun ok.
    10. Jangan segan makan tester. Alang-alang kat MAHA, rasa saja tester yang usahawan bagi.
    11. Parking untuk visitor RM5. Bayar di pintu nak keluar nanti
    12. Kalau nak beli makanan-makanan dulu, boleh parkir dengan masuk dari pintu yang dekat hospital Serdang. Tapi kalau nak beli pokok-pokok dan jalan-jalan ke taman-taman, Perkampungan Mok Cun, Kampung Durian Runtuh, Upin Ipin, parkir di pintu besar highway SKVE dari Puchong menghala ke Bangi tu.
    13. Trem selalu penuh. Kalau rasa  tak larat jalan, parkir yang hujung-hujung parking lot. Jadi, di trem nanti kita nak naik ada lah tempat duduk. Kalau park depan-depan, trem penuh, depa lambai je kita nanti.
    14. Datang awal pagi pun tak apa. 9 pagi dah siap parking. Nanti pergi pun dengan hati tenang.
    15. Bawa beg besar sikit. Jadi barang-barang dibeli boleh sumbat dalam 1 beg. Tapi ada troli lagi bagus.
    16. Pastikan anak dalam pengawasan kita.
    17. Mana-mana anak-anak kecil yang jenis kencing tak boleh tahan, elok dipakaikan pampers. Takut nak ke toilet nanti jauh sikit nak jalan.

    read more