Category: Sejarah

  • Nahas Yang Menimpa Pasukan Chapecoense Bukanlah Nahas Udara Pertama Yang Melibatkan Atlet

    28 November 2016 kita dikejutkan dengan nahas pesawat LaMia Airlines 2933 yang turut membawa pasukan bola sepak dari Brazil, Chapecoense. Setakat ini 19 pemain Chapecoense telah dikenal pasti dan disahkan maut. Pasukan berkenaan ke Medellin di Colombia untuk menentang kelab Atletico Nacional dalam perlawanan akhir pusingan pertama, Copa Sudamericana.

    Sebenarnya apa yang berlaku terhadap pasukan Chapecoense bukanlah tragedi udara pertama yang menimpa atlet. Berikut kita sama-sama lihat tragedi-tragedi yang pernah berlaku!

    read more

  • Sejarah Jurulatih Harimau Malaysia Di Kejohanan AFF Yang Perlu Kau Tahu

    Esok Kejohanan AFF 2016 akan bersepak mula. Edisi kali ini adalah yang ke-11 dalam sejarah kejohanan bola sepak berprestij di Asia Tenggara ini. Tahun 2016 juga menandakan genapnya 20 tahun Kejohanan AFF diadakan sebagai pentas mendabik dada buat pasukan Asia Tenggara bergelar jaguh bola sepak kerana nak layak ke Piala Asia pun susah, ke Piala Dunia jauh sekali.

    Malaysia seperti biasa selaku antara pasukan bola sepak yang boleh tahan sedap di rantau ini akan turun dalam edisi 2016 sama seperti edisi sebelumnya. Kejohanan AFF 2016 ini juga bakal memperlihatkan Ong Kim Swee turun selaku jurulatih skuad kebangsaan dalam tugasan paling realistik buat beliau (kelayakan Piala Dunia kita jangan kiralah, itu lebih pada pelengkap jadual je).

    read more

  • Semangat Memali, Serentak Hari Ini Dengan Bersih 5.0

    Hari ni mesti semua sibuk pasai Bersih kan? Kalau hang nak tau, tarikh hari ni pernah terjadinya satu tragedi yang meragut ramai nyawa.

    Ia di namakan sebagai Memali. Ini fakta tentang Peristiwa Memali yang perlu hang tahu.

    1) Peristiwa ni berlaku pada 19 November 1985 di Kampung Memali, Baling, Kedah. Sebab tu nama tragedi ini ialah Peristiwa Memali.

    2) Pertempuran diantara orang kampung yang diketuai Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ustaz Ibrahim Libya dengan pihak polis disebabkan salah faham yang mana Ustaz Ibrahim dikatakan sebagai pemberontak sedangkan ianya tidak.

    read more

  • Eksklusif: Bagaimana Sindiket Pelacuran Mula Bertapak Di Kuala Lumpur

    Latar belakang tentang bagaimana bermulanya sejarah rumah rumah pelacuran di Kuala Lumpur masih kabur walaupun pada ketika Kapitan Cina yang ketiga, Yap Ah Loy menerajui pemerintahan, memang terdapat rekod bertulis tentang kewujudan pusat pelacuran di sekitar selatan Kuala Lumpur. Jika Kapitan Cina yang pertama dan kedua sebelum Yap Ah Loy sudahpun menjadi towkay yang kaya, anggaplah bahawa telah wujud industri pelacuran berskala kecil.

    Sewaktu kedatangan awal kelompok pelombong cina ke Kuala Lumpur, keadaan rumah, kedai menjual arak, tempat perjudian dan rumah pelacuran hanyalah perniagaan fizikal beratapkan rumbia. Frank Swettenham sendiri pernah menyatakan bahawa beliau tidak suka akan keadaan kawasan tersebut kerana kotor dan tidak selamat.

    read more

  • Kau Ingat Senang Jadi Anak Seni?

    12 tahun yang lalu masa baru nak mula berjinak-jinak menjadi seorang anak seni, saya dapat resit untuk bayaran persembahan yang pertama. Disimpan buat kenangan! Tak sangka pula menyanyi dapat menjana pulangan. Berapa pun ditawar, tak pernah kata tidak. Kadang tak ada payment pun, beria-ria juga naik bas 5 jam semata-mata nak perform! Times have changedlah ya?

    Show yang ni saya jadi opening act pendatang baru untuk artis seperti Ruffedge dan VE semasa mereka buat persembahan di Singapura. Saya datang bersendirian, pakai jacket lalu berpeluh-peluh, rambut tidak terurus, makan minumnya terabai sepanjang hari sebab teruja nak menyanyi pada malam itu. Ya, itu permulaan segala-galanya. Dapat $150 kira big deal!

    read more

  • Anak Taiping Yang Menjadi Presiden Singapura

    Semalam kita membaca berita mengenai langkah Singapura melakukan pindaan kepada perlembagaannya demi pengukuhan institusi demokrasi dan keharmonian kaum negara itu apabila mengkhaskan pilihanraya Presiden tahun 2017 untuk calon daripada kaum Melayu.

    Secara terperincinya, pemilihan presiden akan dikhaskan kepada kaum tertentu jika calon dari kaum berkenaan tidak pernah dipilih sebagai Presiden dalam tempoh lima penggal berturut-turut. Namun begitu, calon yang bertanding dalam pilihanraya khas Presiden ini perlu mematuhi kriteria yang sama dalam pemilihan terbuka.

    read more

  • Kisah Seorang Tua Penjual Kasut Di Buenos Aires Yang Namanya Diabadikan Pada Kasut Adidas

    Baru baru ni Adidas keluarkan kasut (trainer) baru dengan nama Ashington.

    Ashington ni keluar sebagai tribute kepada legenda bola sepak Sir Bobby Charlton yang membina kemasyuran bersama pasukan bola sepak berprestij tinggi, Manchester United.

    Trainer Ashington edisi khas ni rilis terhad di lokasi sekitar UK sahaja. Semua sekali ada 1200 pasang, dan tak sampai sehari semuanya habis direbut oleh hooligan UK.

    Tak sampai sehari selepas stock retailers habis juga, ebay pula penuh dengan reseller yang jual semula kasut Adidas Ashington dengan harga tak masuk akal sampai mencecah RM2500 sepasang.

    read more

  • Popular

    Fakta Yang Kau Perlu Tahu Tentang Hospital Sultanah Aminah

    Fakta tentang Hospital Sultanah Aminah yang patut hang tau walaupun hang tak tinggal di Johor.

    1. Hospital ini asalnya dibina pada tahun 1882 di kaki bukit berhampiran dengan asrama jururawat pada ketika itu. Pada waktu itu hanya mempunyai 1 wad sahaja.

    2. 1929, sebuah wad 22 bilik dibina untuk pegawai-pegawai bangsa Eropah dan pengurus-pengurus ladang yang dinamakan “Officers Wards”

    3. Pembukaan Rasmi dijadualkan pada 29hb Mei 1941 oleh DYMM Sultan Ibrahim tetapi terpaksa dibatalkan upacara itu pada saat-saat akhir.

    read more

  • Daulat Tuanku!

    Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Satu keadaan yang menarik ialah Ketua Negara Malaysia, Yang Dipertuan Agong dilantik melalui pemilihan dan sistem penggiliran yang unik.

    Sempena dengan pemilihan Yang Dipertuan Agong baru hari ini, mari kita sama-sama mengenali Raja dan Sultan yang pernah dilantik sebagai Yang Dipertuan Agong.

    Yang Dipertuan Agong Pertama

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
    Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
    Tempoh Sebagai Yang Dipertuan Agong – 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960

    read more

  • Apakah Yang Sebenarnya Berlaku Pada Malam 8 Oktober 1967?

    Petang 9 Oktober 1967 itu sekitar jam 5, helikopter yang membawa mayat Che mendarat di bandar kecil Vallegrande, selatan Bolivia. Khabarnya pertempuran begitu sengit, dan Che antara yang terawal terkorban. Di sampingnya, pengawal Antonio dan juga Pancho juga terkorban. Komrad semuanya tak berhenti berjuang untuk mendapatkan kembali mayat Che, tetapi gagal. Setelah 30 jam bertempur, Rangers, askar Bolivia yang dilatih USA berjaya melarikan diri.

    Mayat Che yang diikat kepada helikopter mendarat sejam sebelum suasana menjadi gelap. Di hujung padang, sebuah kereta menunggu. Suasana hiruk pikuk dengan ramainya penduduk Vallegrande yang sudah lama menunggu sejak mendengar berita. Tentera terpaksa mengacukan senapang kepada orang awam agar mereka tidak mendekati helikopter dan mayat Che. Che kemudian dibawa masuk ke kereta dan bergerak ke hospital Vallegrande.

    read more