Category: Pendidikan

  • Belajar Bahasa Melayu Di Jerman. Kau Biar Betul?

    Kenapa saya memilih Jerman untuk belajar bahasa Melayu? Apa yang menarik minat saya ke sana? Apakah tantangan yang harus saya tempuhi? Adakah Jerman berjaya mengubah saya? Karangan kecil ini akan menjawab persoalan di atas satu persatu.

    Sebelum saya memutuskan untuk ke Jerman, saya mengambil masa hampir 2 tahun mencari tahu guru yang paling cocok membimbing saya dan segala keperluan bagi memulai pengajian doktor falsafah saya. Pencarian saya bermula dengan Belanda kemudian ke Australia disusuli setelahnya United Kingdom dan akhirnya membawa saya ke Jerman. Ini antara sebabnya mengapa saya memilih Jerman.

    read more

  • Pendidikan Itu Apa, Dato’ Menteri?

    Baru kejap ni aku tertonton TV3, ada slot KPM bertajuk Laluan Pendidikan Abad Baru. Kebetulan Menteri tengah bercakap, P Kamalanathan kata, generasi baru di sekolah akan dibekalkan dengan HOTS, Higher Order Thinking Skills, kemahiran berfikir aras tinggi. Kemudian dia kata lagi, lepas dibekalkan HOTS, anak sekolah ini akan diuji dengan ujian psikometrik di tingkatan 3. Katanya lepas anak ini PT3, sekolah akan asingkan dan bahagikan anak-anak ini ikut kecenderungan mereka.

    Ayat dia yang aku ingat ialah; “Kita boleh asing dan bahagikan anak ikut kecenderungan mereka,”

    read more

  • Kau Tak Akan Berjaya Hanya Dengan Akademik Cemerlang Sahaja, Dik!

    1. Dalam pendidikan, kita ada murid akademik dan non-akademik. Murid akademik cenderung pelajaran akademik manakala murid non-akademik tidak cenderung pelajaran akademik. Ini yang kita bahagikan sekarang menurut ‘kelas hadapan’ dan ‘kelas belakang’.

    2. Murid akademik ‘kelas hadapan’ disiapkan untuk subjek-subjek ‘berat’ seperti fizik, kimia, add maths supaya mengisi ruang kekosongan pekerjaan profesional seperti jurutera, doktor, lawyer. Teras pendidikan mereka adalah penyampaian ilmu melalui buku dan penilaian ilmu melalui peperiksaan bertulis. Mereka ini dikira ‘pandai’ dan mampu belajar menggunakan pendekatan akademik ini.

    read more

  • Ada Bakat Tapi Tidak Tahu Cara Nak Kembangkannya?

    James Altucher

    Seseorang menyonglap 90 juta dari sebuah syarikat yang saya terlibat. Saya bukan seorang penilai manusia yang baik. Syarikat tersebut lingkup. Ada sesetengah benda yang saya tak boleh belajar. Saya ada kecenderungan untuk jadi terlalu menyukai manusia. Kesannya, adalah sukar untuk menjadi penilai manusia yang baik, tidak kira betapa kuat saya mencuba.

    Maka saya mencari orang lain yang berkebolehan untuk menilai manusia lain dan saya pinta pertolongan mereka untuk membantu saya. Jangan paksa diri kita untuk belajar sesuatu jika kita tidak mahu atau jika ia bukan bakat semulajadi kita. Berapa besarkah peranan bakat? Sangat kecil. Tapi kita perlu bermula dengan bakat. Bakat adalah benih yang menumbuhkan kemahiran.

    read more

  • Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Negeri Jepun (Tanpa JPA)

    Mutakhir ini, sebilangan pelajar Malaysia di Mesir yang terkandas untuk menyambung pelajaran gara-gara tidak mendapat bantuan biasiswa. Saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman dapat sambung belajar ke Jepun tanpa temuduga atau bantuan kerajaan (JPA atau MARA).

    Keinginan sambung belajar ke oversea amat tinggi dan saya sangat alert tentang hal-hal biasisiwa tanpa mengharapkan bantuan kerajaan. Pengalaman saya dapat sambung master di Jepun dalam bidang International Relations (IR) di International University of Japan (IUJ) dan mendapat bantuan pembiayaan belajar dari luar (bukan kerajaan Malaysia) adalah satu rezeki yang tidak di sangka-sangka. Tambahan pengalaman bekerja selama 3 tahun akhirnya berbaloi. Mungkin saya boleh berkongsi tips dan pengalaman bagaimana sambung belajar ke luar negara dan bantuan scholarship TANPA INTERVIEW.

    read more