Category: Hartanah

  • Teruja Nak Jual-Beli Rumah? Baca Ini Dahulu Sebelum Bertindak

    Salah satu soalan yang kerap ditanya kepada aku adalah tempoh masa transaksi hartanah. Yang bertanya soalan ini selalunya menjual rumah nak cepat dapat duit dan yang membeli nak cepat dapat kunci rumah barunya.

    Aku cuba jawab daripada sudut seorang peguam dan bukan daripada sudut pelabur atau seorang yang mengendalikan penjualan rumah seperti ejen hartanah atau pemaju perumahan. Tidak terdapat jawapan mudah untuk soalan ini kerana ia bergantung kepada beberapa faktor :-

    1) Kau beli rumah tu daripada siapa?

    read more

  • Adakah Kita Setuju Jika Pemaju Pun Nak Jadi Macam Along?

    “Pinjaman ini bukannya 100% sebaliknya hanya menampung baki 10%-30% yang tidak dibiayai oleh bank.”

    Inilah yang dijelaskan oleh REHDA dan Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar berkenaan cadangan memberikan lesen kepada pemaju untuk memberi pinjaman perumahan.

    Dalam bahasa mudah, ia adalah ‘top-up loan’.

    Sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini, cadangan ini sudah pastilah memberikan ‘booster’ kepada pemaju untuk menjual hartanah mereka.

    Maklumlah, pasaran memang agak merudum sekarang. Kalau ikut nisbah, dari 100 unit hartanah yang dilancarkan, hanya 39 yang terjual. Maknanya ada 61 unit yang tak terjual.

    read more

  • Perlukah Pemaju Hartanah Diberikan Lesen Menjadi ‘Bank’?

    Hanya 39% hartanah terjual dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini. Tahun lepas, jumlahnya adalah 52%.

    Pada masa yang sama, hampir dua per tiga (66%) permohonan pinjaman perumahan yang tidak diluluskan adalah bagi hartanah bernilai bernilai RM500 ribu ke RM2.5 juta.

    Kemungkinan inilah antara sebab mengapa cadangan memberikan lesen kepada pemaju hartanah untuk memberi pinjaman perumahan kepada bakal pembeli timbul.

    Adakah perkara ini suatu yang baru?

    Tidak. Sunway Properties telah pun memperkenalkan skim 12:88 pada Mac lepas di mana pembeli membayar ‘down payment’ 12% dan baki 88% melalui pinjaman dari Sunway sendiri.

    read more