in ,

Cara Tuntut Insuran Pos Jika Pihak Tengah Panjang Tangan

Gambar : FB Sharil Azri

Ini something yang aku perlu tulis. Moga ia menjadi manfaat besar kepada orang ramai khususnya peniaga atas talian yang menggunakan khidmat pengeposan dalam membuat kiriman.

Sebulan yang lalu aku ada membuat iklan di dinding profil aku ini akan penjualan seutas jam tangan berjenama Tissot milik isteri aku pada harga RM999. Penjimatan sebanyak 50% dari harga yang ditawarkan di mana-mana kedai jam.

Kena lah dengan kondisi dan umurnya.

Seseorang menghubungi aku untuk membuat pembelian dan ia berjalan lancar sehingga lah proses pengeposan.

Satu minggu berlalu, item tidak sampai ke alamat sepatutnya ia dihantar. Hilang tanpa jejak di ‘processing centre’. Tiada update lagi selepas itu. Misteri.

Sudah menjadi SOP aku, any items yang bernilai (pastinya berisiko) tinggi; berkadar terus aku akan insurankan sesuai dengan nilai item tersebut.

Bila jadi benda macam ni kau jangan menggelabah. Relaks. Semua benda boleh setel.

Aku ringkaskan kronologi kes ini dan langkah-langkah untuk kau buat tuntutan bagi item hilang tanpa dapat dikesan.

20 Oct – Posting Jualan

21 Oct – Buyer membuat pembayaran, aku bungkus dan buat pengeposan on the same day.

25 Oct – Buyer contact, item masih tidak diterima. Tracking via web doesn’t have a ny progress. Stuck at processing centre.

31 Oct – Still tiada tanda-tanda item akan diterima. Buyer steady, tak melantun. Ini tugas kau sebagai seller, respon segera bila ditanya. Simple.

3 Nov – Aku buat pertanyaan di kaunter Poslaju dek kerana telefon tak berjawab.

6 Nov – Confirm item hilang tanpa jejak, aku diberikan borang tuntutan.

25 Nov – Buyer memerlukan wang. Tuntutan masih belum dapat.

29 Nov – Aku refund menggunakan wang sendiri terlebih dahulu. Time ni aku tawakal je. Kalau aku letakkan diri aku di tempat buyer pun sure aku akan buat benda sama. Double lost on my side. Ini penting jika kau nak niaga, jual lah benda yang kau able to absorb the losses when something worst happen. Start from that day, setiap dua hari aku kejar pihak Poslaju. Nangis lah korang jawab email aku.

11 Dec – Pihak Zurich menghubungi aku for clarification. Aku provide bukti transaksi jual beli.

14 Dec – Aku dimaklumkan tuntutan diluluskan.

15 Dec – Tuntutan sudah di kreditkan ke dalam akaun. Close case.

Lega, Alhamdulillah.

Bagaimana membuat tuntutan, ini bagi kes item yang diinsurankan.

1. Semak melalui web akan tracking number. Jika diragui, hubungi pihak Poslaju 1-300-300-300. Tak dapat bercakap dengan operator? Kau kunjungi tempat kau buat pengeposan.

2. Bila item memang tak dapat dikesan, kau boleh minta borang untuk buat tuntutan.

3. Isi detail items. Ini sebaiknya kau declare siap atas consignment note. Item apa, nilainya berapa, sum insured berapa.

4. Berikan email adress yang membolehkan kau dihubungi. This is proper way.

5. Bila pihak Zurich ingin membuat clarification, kau provide segala bukti transaksi seperti slip bank in atau perbualan antara kau dan pembeli.

Satu benda aku nak pesan, hope for the best prepare for the worst.

Untuk yang panjang tangan (yang buat kerja lebih dari sepatutnya), aku nak tanya; Berbaloikah kau rembat seriban dua dengan kau perjudikan masa depan hidup di dunia dan akhirat kau?

Itulah kau dah aku bilang; Jangan hisap gam, hisap rokok pun jangan, apatah lagi hisap dadah.

Kau kongsikan jika mendatangkan manfaat.

Sharil Azri
Premium Purchaser

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Belasungkawa: Melihat Cikgu Shahnon Bekerja

FELDA : Bukan Tugas Sukar, Tetapi Menyakitkan Hati!