in ,

Cara DIY Luangkan Masa Dengan Anak-anak

Gambar : FB Andy Sulaiman

Di FB ni ramai yang up dan share gambar moment indah dengan anak-anak.

Ada yang pergi shopping, ada yang ke oversea, ada yang belikan anak-anak toys mahal-mahal, gajet dan macam-macam lagi lah.

Kita ni yang tak mampu, tengok je lah. Sudahnya, anak-anak duduk je di rumah sebab kita rasa kita tak mampu macam orang lain.

Silap tu abang, akak. Nak happykan anak, tak semestinya kena ada duit berkepuk-kepuk. Ada duit lagi bagus lah. Tapi kalau tak ada, still boleh happy kot.

Ini ada beberapa cara :

1. Mak bapak lain bawa anak ke oversea. Main salji lah, main benda-benda jarang jumpa. Kita bawa anak-anak balik kampung. Main parit, bendang, mandi sungai, air terjun. Yang dekat oversea tengok kanggaru, kita bawak anak tengok biri-biri.

2. Mak bapak lain bawak anak shopping. Eh, kadang diorang bukan berduit mana pun. Jangan down sangat. Kita bawak anak-anak pergi uptown, pergi pasar malam. Budak-budak biasa nak apa? Toys je. Mahal murah bukan dia kira.

3. Mak bapak bawak anak makan dekat restoran mahal. Alah kau tengok apa je diorang makan. Lepas tu harga kapak. Kau google bahan-bahan dan resipi, kau beli dan suruh bini masak. Sekali masak, makan ramai-ramai. Kalau makan dekat kedai dah berapa.

4. Mak bapak bawak anak-anak tengok wayang. Ini kalau tak boleh juga, apa susah. Kat TV banyak cerita. Kau tutup semua lampu, beli pop corn, standby coke. Haa tengok lah puas-puas. Lagi syok, siap boleh baring lagi. Nak lagi sedap, beli DVD. Cetak rompak pun cetak rompak lah. Nak buat macam mana, orang menjual pun tak kena tangkap.

5. Lagi 1 pasal oversea tadi. Nak pergi oversea tak mampu, bawa je anak-anak pergi tengok sea. Alah tuang minyak RM30, bawak anak-anak lepak pantai. Tak percaya, diorang tengah mandi manda, main pasir kau cubalah ajak pergi Korea. Tobat diorang tak layan kau.

6. Ini rare sikit. Ada mak bapak suka ajak anak pergi karaoke. Tapi kalau kita rasa tak mampu, menyanyi je kat rumah beramai-ramai. Sekarang karaoke, sejam baru berapa ringgit je. Bawa je lah.

7. Mak bapak belikan anak baju mahal. Eh yang ni kau tak payah nak ikut sangat. Budak kecik, pakai baju mahal. Esok dah besar, baju tu ke mana? Kalau kau jenis suka beli baju mahal, ayat ” Tak apa, nanti baju ni adik dia pulak pakai” tu kurang meyakinkan lah. Banyak kes adik pun beli baju mahal yang lain pula nanti.

8. Bab beli gajet. Jangan ikut sangat. Bagi je phone kau. Jadi kau boleh control. Beli dia punya sendiri, nanti dia asyik main benda tu je. Aku dulu belikan juga. Tapi phone aku rosak, aku rembat Qaira punya. Sebab tu aku cakap macam ni. Haha

9. Mak bapak bawak anak mandi kolam. Aku pernah je celup anak-anak dalam tong besar isi air. Happy je diorang, siap tak nak keluar lagi. Nampak? Bukannya susah.

10. Pergi mana, buat apa, beli apa, itu bukan soal utama. Yang paling mahal adalah masa berkualiti kita dengan anak-anak. Dan yang penting, kita terus berusaha jadi ibu bapa terbaik. Tak ada duit, usaha cari duit. Dah banyak duit, usaha cari masa.

Harap membantulah. Aku pun bukan orang senang. Jadi nak buat anak happy, kena lah fikir banyak cara lain lagi. Tata.

Family man,
Andy Sulaiman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Perlu Tahu Benda Asas Ini Dulu Sebelum Main Chess

Inilah Felda Lurah Bilut!