in ,

Cara Anda Tentukan Tahun Lompat Tu Salah!

Gambar : http://www.istudio.my/

Selama ini kalian diajar nak tentukan sama ada sesuatu tahun itu tahun lompat atau tidak, kena dengan formula ini:

Tahun lompat = tahun yang boleh dibahagi tepat dengan empat

Itu ajaran lapuk. Formula tu tak tepat. Ini kerana, jika ikut formula itu, dalam masa 4 abad (400 tahun), akan ada 100 tahun lompat, sedangkan menurut Kalendar Gregorian, dalam 4 abad hanya ada 97 tahun lompat.

Kalendar Gregorian adalah kalendar yang digunakan oleh kita pada masa kini. Ia mula diperkenalkan pada tahun 1582. Sebelum itu, kebanyakan tamadun dunia menggunakan Kalendar Julian.

Ketika penggunaan Kalendar Julian, dipersetujui bahawa satu tahun, bersamaan 365.25(365ΒΌ) hari. Jadi, bagi melaraskan semula kalendar, setiap 4 tahun, akan ada satu tahun lompat. Pada ketika itu, formula menentukan tahun lompat adalah seperti yang kalian pelajari itu.

Namun ketika Pope Gregorian XIII menerajui kepimpinan Gereja Katolik, beliau menyedari bahawa Kalendar Julian yang tidak selari dengan Tahun Matahari (tahun mengikut kitaran bumi mengelilingi matahari). Didapati, setiap 128 tahun Kalendar Julian, ia akan cepat satu hari berbanding Tahun Matahari.

Ini kerana purata bilangan hari dalam setahun, sebenarnya adalah 365.2421 hari atau 365 hari 5 jam 48 minit. Sedikit lebih pendek daripada yang digunakan dalam Kalendar Julian.

Hak alah! Sikit je kot!

Memang sedikit dan tak rasa pun dalam jangka masa pendek. Namun jangka masa panjang, akan terasa terutamanya dalam bidang astronomi dan meteorologi.

Bagi pihak Gereja Katolik pula, ralat itu menyebabkan penentuan hari Easter menjadi tidak selari dengan ekuinoks venakular.

Oleh itu, pada tahun 1582, Kalendar Gregorian diperkenalkan, menggantukan Kalendar Julian. Kalendar ini menambahbaik syarat penetapan tahun lompat agar ralat dapat dikurangkan kepada 1 hari bagi setiap 3,030 tahun, berbanding 1 hari bagi setiap 128 tahun sebelum ini.

Tahun Lompat mengikut Kalendar Gregorian adalah tahun yang melepasi SEMUA syarat berikut.

A. Boleh dibahagikan tepat dengan empat
B. Tidak boleh dibahagi tepat dengan 100
C. Syarat B terbatal jika tahun itu boleh dibagi tepat dengan 400.

Contoh:

Tahun 2017
2017/4 = 504. 25
2017/100 = 20.17
2017/400 = 5.0425

Syarat A = tidak lepas
Syarat B = lepas syarat C
Syarat C = tidak terpakai kerana tidak boleh dibahagi tepat dengan 400

Maka, 2017 bukan tahun lompat.

Tahun 2000
2000/4 = 500
2000/100 = 20
2000/400 = 5

Syarat A = lepas
Syarat B = tidak terpakai kerana, lepas syarat C
Syarat C = lepas kerana boleh dibahagi tepat dengan 400

Maka, 2000 adalah tahun lompat

Tahun 1900
1900/4 = 475
1900/100 = 19
1900/400 = 4.75

Syarat A = lepas
Syarat B = tak lepas
Syarat C = tidak terpakai, kerana tak boleh dibahagi tepat dengan 400

Maka, 1900 bukan tahun lompat

Sekarang dah tahu bagaimana nak tentukan tahun lompat?

Jika tak faham, kali an fahamkan je lah fakta trivia berikut ni. Ini pasti bokeh faham.

Fakta Trivia
1. Kalendar Gregorian mula diperkenalkan pada tahun 1582 di Eropah.

2. British mula guna Kalendar Gregorian pada tahun 1752. Pada tahun berkenaan, 3-13 September lenyap dari kalendar. Bermaksud, selepas 2 September 1752 terus 14 September 1752 pada keesokan harinya. Hilang 11 hari.

3. Russian mula guna Kalendar Gregorian pada tahun 1918. Pada tahun berkenaan, 1-13 Februari lenyap dari kalendar. Bermaksud, selepas 31 Januari 1918, terus 14 Februari 1918 pada keesokan harinya. Hilang 13 hari.

4. Kalendar Gregorian bukanlah kalender paling tepat. Ada beberapa kalendar yang lebih minima ralat pernah dikemukakan, antaranya, Revised Julian Calendar yang dikatakan mempunyai ralat serendah 1 hari dalam 30,000 tahun.

Cukuplah tu. Berasap otak.

Kamarul Ariffin Nor Sadan
Periksa kalendar bila nak cuti je.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

“Untuk Dapat Apa Yang Kamu Suka, Kau Perlu Bersabar Dengan Apa Yang Kamu Benci”

Beza Sains Dan Wahyu Yang Perlu Kita Tahu