in ,

Bukan Mahal Pun Nak Pakai Barangan Ori, King!

Sebelum aku mengulas lanjut tentang polemik Ori versus Copy ni, suka untuk aku membuat refleksi diri sendiri sebelum aku melontar sudut pandang peribadi.

Head to toe:

Topi – Supreme 6 Panel Chenille Cap .Ori aku beli dari preme.kl. Nego punya nego dapatlah aku beli pada harga yang aku kira OK. Biarpun main benda-benda streetwear ni dah bertahun, inilah barang Supreme pertama yang aku miliki. Kau nampak berapa tahun aku kumpul sen. Punyalah ketinggalan aku ni haha.

Baju – Baju ni pemberian sahabat Tuan Awis Mohd hanya kerana kami berkongsi sudut pandang yang sama. Kelmarin aku jelaskan pada dia, aku lebih menghargai usaha untuk membangun jenama sendiri berbanding “tap” jenama yang sudah masyhur tanpa pengetahuan dan kebenaran empunya “cap dagangan berdaftar” tersebut. Ia SALAH!

Seluar – Levis’s 501. Dibeli sewaktu promosi butik Levis. Aku redeem point untuk cover sebahagian harga seluar tersebut. Sekali lagi aku suka ingatkan, daftarlah apa sahaja loyalty program PERCUMA yang ada. Ini salah satu cara jimat berbelanja. Sayangnya benda ni orang kita tak pandang sebelah mata pun. Kau kaya sangat ke?

Stokin – Beli di Uniqlo, walaupun tak nampak dalam gambar, beli 3 pasang RM39.90 di Uniqlo. Salah satu port kegemaran aku untuk mencari pakaian. Install mobile apps, kadang ada diskaun menarik untuk e-member.

Kasut – Nike Airmax Command. Beli di Outlet. Murah jauh berbanding butik. Sedap dan kacak pula tu.

Jam Tangan – G-SHOCK, aku dapat percuma hadiah beli truck Ford Ranger, 5 tahun lalu. Ada 1000 unit sahaja. Kekal boleh menunjukkan waktu hingga kini.

Cermin mata – Oakley Stringer. Aku beli pada harga murah RM200 dari pasaran dek kerana aku subscribe their newsletter. Nampak? Ini juga cara jimat berbelanja.

Kenapa aku jelaskan satu persatu benda di atas. Item-item di atas ni lah yang selalu di “copy”.

Topi, cermin mata, jam, baju, seluar, kasut.

Kenapa? Hanya kerana there is demand on it.

Suka untuk aku betulkan, sudut pandang ini tidak berkait dengan;

1. Pendakwaan terpilih
2. Diskriminasi pihak kerajaan
3. Hasad dengki sesama bangsa
4. Menutup periuk nasi orang

Tidak sama sekali.

Cukuplah aku mengajak dan memberi penjelasan bahawa dari sudut undang-undang dan prinsip, “cetak rompak itu salah.”

Banyak tulisan yang diluah menyatakan:

Tak boleh ke support orang muda untuk berniaga?

Berniagalah dik, niagalah benda yang betul.

Risiko berniaga benda yang salah dari sudut undang-undang ni tak kan kau tak pernah ambil maklum?

Jadi pada aku, tak perlu kita menyalah mana-mana pihak jika satu hari periuk itu ditutup.

“Mana ada modal bang nak niaga benda ori.”

Ya! Modal memang besar perlu kau ada. Setakat 1-2 juta RM pun belum tentu kau boleh sustain jika kau nak main dalam retail line ni. Dan perkara ini diberitahu kepada aku oleh orang yang bertanggungjawab dan player besar dalam retail line di Malaysia ni.

Untuk itu kau boleh pilih kolam-kolam di bawah ni:

1. Retail
2. Resell
3. Pre-Loved

Nampak?

Ada pelbagai cabang perniagaan dalam ruang lingkup khusus yang digemari anak-anak muda ni. Terbit kebimbangan bila mana banyak penulisan tidak menitik beratkan soal moral, bahawa cetak rompak itu salah.

Kebanyakannya terbuai dek emosi amarah, kasihan semata. Maaflah, personaliti diri aku ini realistik. Jadi aku bercakap bersandar fakta.

Ini kita bicara soal prinsip.

Jika tidak kenapa kita ada Akta Hak Cipta dan sebagainya. Prinsip aku, walaupun yang menanggung kerugian itu Nasrani mahupun Yahudi, jika apa tindakan yang aku buat itu salah ia tetap salah.

Beli iPhone, then hantar untuk Jailbreak sebab kau tak nak bayar untuk Apps, ia salah. Aku sedar akan perkara itu: aku jual iPhone 2G aku dulu. Sekarang aku rasa tak ada dah kot orang main jailbreak ni. Dari iPhone 4 sehingga 7+ ni aku tak pernah jailbreak. iTunes pun aku beli, beli 1 album lebih berbaloi berbanding single.

Beli laptop/setup PC dengan segala kecanggihan dari sudut spesifikasi teknikalnya, bila operating system pakai cap Lanun. Ia salah. Kekal aku menggunakan Windows Starter Pack. Ni paling ramai kot.

Saja je aku buat penulisan untuk membuka minda. Kalau barang-barang streetwear yang dipakai, kau boleh check balik sama ada kau betul-betul mahu atau hanya kau jaki melihat orang lain ada.

Jika boleh control ini, sedikit level kematangan kau meningkat. Apa perlu hanya kerana orang lain “ada”, kita perlu “ada”. Mengapa perlu hidup dalam “impian” orang lain? Kan?

Penulisan ini juga merujuk kepada status aku, “orang berniaga ni perlu simpan sedikit rahsia”. Unless memang jenis bikin propa untuk mengaut keuntungan berganda tu hal lain. Lain kali aku ulas. Bila dah berniaga, pandai lah bayar zakat, cukai dan sebagainya. Berpijak di bumi nyata.

Kalau ada modal, nanti ikut aku ke Dubai aku jelaskan kenapa seronok berniaga di sana.

Ingat, ada benda kita boleh cerita di media sosial, ada benda yang kita simpan. Ini seni berniaga. Dan seni ini bukannya boleh diajar, ia hasil kutipan pengalaman sepanjang perjalanan.

Jadi bolehlah fikir sama ada untuk cuci tangan atau teruskan. Itu juga pilihan, apa jua pilihan yang kau orang pilih, hadaplah dengan tenang.

Akhir kalam, aku tinggalkan dengan persoalan ini;

Apakah wang atau keberkatan yang kau cari?

Jawab je dalam hati.

Duit ni bang, kalau kau cari-cari-cari tak kan pernah cukup. Believe me! Aku tidak menulis untuk bangga diri dari sudut kewangan, kemampuan. Orang yang rapat dengan aku tahu macam mana aku pusingkan kitaran.

Nanti lah aku share kendian.

How to keep up with the trend without going BROKE!

Salam

Sharil Azri

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Total votes: 9

Upvotes: 7

Upvotes percentage: 77.777778%

Downvotes: 2

Downvotes percentage: 22.222222%

Leave a Reply

Ucapan Beliau Ini Buat Kau Yang Banyak Kali Gagal

Menentang Elitis Metal