in

Bukan Apam Balik Anak Dara

Jarang aku buat review dalam Fesbuk ni. Tapi kalau aku buat, maknanya power lah tu.

Kalau kau tahu GARAJ di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, kau akan tahu kawasan ni memang syurga makanan. Ada 4 mamak berlawan 4 penjuru tiap malam, ada kafe kontena Cartel, kacang pool kat kedai Rahsia, ada ayam goreng Din, ada burger hancur, depan 7E ni kadang benda pelik-pelik contohnya roti cheese leleh dan banyak lagi.

Tapi sejak aku balik Jakarta, aku tengok petang-petang brader ni akan meniaga Apam Balik. Dan yang powernya Apam Balik dia sedap. Cukup gula, kacang lebih dan jagung manis. Fusion pula ada cheese lah, telur lah.

Aku cuma teringat sejak dua menjak ni, banyak benda pelik berlaku. Contohnya di Bangi ni kedai dok jual Churros. Sejak bila pula kita makan Churros ni? Aku makan Churros dulu kat Perancis sebab nak lawan sejuk.

Jadi pada aku patutnya kafe-kafe yang sibuk jajah Bangi dengan tudung ni naikkan taraf makanan tradisional kita macam Apam Balik ni, dan beri makanan ni nafas baru. Nak sangat makan Churros pi lah Perancis. Orang Perancis tak hadap pula nak letak Apam Balik kita kat kafe depa?

Dan satu lagi sebab kenapa aku rasa aku kena support brader ni sebab dia lokal. Makanan lokal, orang lokal dan kegigihan dia berniaga panas-panas jual makanan Malaysia. Jadi aku nak ajak orang Bangi lepas ni daripada lepak kafe hipster makan Churros, eloklah beli Apam Balik brader ni sebab selain support lokal, kita juga dalam masa yang sama memanjangkan jangka hayat makanan tradisi kita yang tak ada di mana-mana.

Depan 7E, Seksyen 15 Bangi, belakang Petronas sebelah Bangi Gateway. Boleh mula support dari sekarang dan aku harap lepas aku tulis review ni, dia tukar dapur tu jadi double sebab kalau ramai sikit pelanggan, nak kena menunggu.

Benda baik kena sebarkan, ye dak?

 

ZF Zamir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Nak Bawa Bekal Pun Malu?

Logo Taboo Di Jerman