in ,

Buat. Jangan Tunggu Sempurna!

Salah satu cara aku buang masa kat ruang siber ni adalah dengan baca blog blog yang ditulis oleh founder startup.

Biasanya tulisan dorang ni agak teknikal. Kadang kadang depa kongsi tips untuk bina startup dan tips lifehack.

Salah satu tips yang aku selalu baca:

“Buat. Jangan tunggu sempurna.”

Beberapa bulan lepas, ada seorang kawan ni approach aku. Minta tolong aku jaga dan bangunkan laman web dia. Sebelum tu beberapa tahun lepas dia pernah juga bagi cadangan yang sama, tapi lepas tu dua dua pihak senyap.

Antara benda yang aku suka (tapi kadang kadang menyampah juga) pasal kawan aku ni, dia seorang yang persistent dan tak reti mengalah. Jadi kerap kali la dia asyik gesa, gesa, dan gesa aku untuk mulakan projek tu.

Sebab tak tahan asyik kena desak, aku pun bermula. Aku ingat lagi, artikel pertama yang aku muatnaik adalah sehari (atau dua hari?) lepas Hari Raya Aidiladha.

Mula mula aku pakai kerangka WordPress yang dah sedia ada dalam Amazon Web Services. Aku pakai versi ready-made yang dihasilkan oleh Bitnami. Klik butang sana sini, dah siap satu web.

(Dari segi teknikal, bina laman web pakai kerangka WordPress oleh Bitnami boleh dianggap ‘kesilapan’. Tapi itu kisah untuk hari lain.)

Dari segi estetika dan kecantikan, memang buruk habis la laman web aku tu. Versi 0.1 dia memang tak layak untuk wujud di alam maya ni pun.

Kawan aku tu tak ada banyak merungut (masa tu la, sekarang ni ada saja benda dia nak rungutkan), maka aku pakai prinsip “jalan terus” sahaja la.

Sedikit demi sedikit aku perbaiki persembahan laman web tu. Aku mula godek godek theme percuma dan berbayar. Mula tinjau tinjau laman laman web tempatan dan antarabangsa yang dianggap mahakarya untuk tengok bagaimana dorang punya penampilan.

Kalau nak dibandingkan versi 0.1 dengan yang ada sekarang ni, pada aku beza dia bagai langit dengan bumi. Tidak la hebat atau gempak, tapi cukup bagus di mata aku yang buta seni ni.

Sekarang baru aku faham kenapa kita perlu ‘bermula’. Jangan tunggu ‘sempurna’. Nak tunggu ‘sempurna’, alamatnya sampai tiupan sangkakala kedua pun kita tak akan jadi sempurna.

Buat. Jangan tunggu sempurna.

 

Muhammad Juwaini

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Web hang buat dah bagus. Good work dan makin cantik. Cuma presentation author di Apemazing ni kena kemaskan lagi. Formatting apa semua tu kena ambil kira bagi semua selaras.

Leave a Reply

Koruptor Adalah Babi Yang Berlagak Nabi

RM117 Juta VS Rakyat Malaysia. Siapa Yang Akan Menang?