, ,

Book Is Dead

Peniagaan buku, ada yang mengatakan tidak begitu menguntungkan. Mungkin ianya hanya cukup-cukup makan, tidak mampu berkembang lebih tinggi. Mana-mana perniagaan sama pada pendapat aku, bergantung bagaimana kita menjayakannya.

Setiap syarikat biasanya akan mengunakan modul 4 P’s, Product-Price-Placement-Promotion. Tapi pendapat aku 4 P’s is dead, dan perkara ini sedang dikaji oleh Universiti Havard. Mereka sedang membicarakan pekara ini dan menamakan Rethinking Of 4 P’s. Ada banyak lagi perkara harus diubah tambah atau buang mana yang tidak relevan demi menjayakan lagi sesuatu produk. Modul 4P’s sudah tidak cukup, ada beberapa lagi P’s atau mungkin bukan perkara yang bermula dengan P lagi dah.

Untuk penjualan buku, penjual di kedai buku adalah tentera yang betul-betul dibaris hadapan sekali jika didalam perang. Penjual di kedai buku ini pada pendapat aku mereka seharusnya seorang pakar tentang produk buku, contoh seperti farmasis (pharmacist). Sebelum jualan ubat farmasis ini akan memberi cadangan dan menerangkan keperluan cara-cara mengunakan ubat tersebut. Apabila ada pembeli yang memerlukan penerangan dan khidmat nasihat, mereka layak memberi nasihat terebut. Ini sekaligus akan membantu menaikkan jualan ubat tersebut kerana cadangan dan nasihat diberikan dari orang yang bertauliah.

Sama juga konsep di kedai buku, buku adalah produk yang berkelas tinggi. Bukan maksud aku pembelinya harus dari seorang yang berkelas tinggi, tetapi produknya yang bermutu, berkualiti malah menjadi barangan yang berharga untuk disimpan untuk dirujuk pada suatu hari nanti. Untuk barangan seperti ini, isi kandungannya harus disampaikan dengan tepat sesuai dengan kehendak dan minat bakal pembeli.

Contoh, aku ada seorang rakan yang menjual buku di acara-acara pesta buku dan acara festival yang lain. pada masa yang sama dia adalah seorang pencinta buku dan pembaca buku tegar. Hampir kesemua buku di negara kita ini dibaca oleh dia. Semasa berniaga, setiap pengunjung yang hadir ke boothnya akan diberi cadangan mengikut taste pembaca tersebut. Dengan cara ini dia banyak berjaya menarik minat pengunjung tersebut untuk membeli buku. Paling menguntungkan, pembeli yang sama datang kembali kerana berpuas hati dengan cadangannya.

Kenapa cara dan cadangan buku kepada pembeli dia berjaya, kerana dia tahu setiap isi menarik buku tersebut untuk dicadangkan kepada pembeli. Pembeli juga tidak perlu menyelam lebih lama untuk mencari buku yang diingini mereka. Bertanya pada dia sahaja terus tahu buku yang mana, penerbit mana, malah boleh memberi pendapat kandungan buku tersebut.

Orang dibaris hadapan ini patut dimasukkan ‘kerja membaca buku’ didalam job scope mereka. Ia patut menjadi sebahagian pekerjaan dan tanggungjawab. Apabila sudah membaca dan tahu isi penting dalam buku tersebut, mudah untuk mencari ayat terbaik untuk diberi cadangan kepada pembeli. Mengapa kita masih mahu simpan pekerja penjual buku yang langsung tidak berminat dengan buku, malah tidak membaca dan memahami isi kandungannya?

Sekarang kita fikir semula, adakah buku sebenarnya yang mati atau kita sebagai penjual salah menggunakan resipi perniagaan buku, lalu menuduh buku susah untuk dijadikan perniagaan yang menguntungkan?

 

Izzat Amir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Rahsia Tiga Abdul

Kejamnya Apabila Membuat Pulau Buatan Manusia