in ,

Bongkarkan Rahsia Terus Sustain Dalam Dunia Bisnes Internet

Baru-baru ini ramai yang runsing apabila pengasas Facebook memaklumkan akan menurunkan posting dari page yang bersifat iklan dan promosi.

Malah, gegak gempitalah seluruh pemain Facebook yang sering membuat iklan dan membayar banyak di FBAds.

Jujurnya apa yang Mark buat adalah perkara yang betul. Malah, kita semua akan menggunakan FBAds dengan lebih tersusun dan berstrategik lagi bermula tahun ini.

Facebook memang dibina untuk berkawan. Malah, sifat yang ada di Aps ini adalah yang paling ‘user friendly’ berbanding yang lain.

Kita boleh meletakkan nama, gambar, memilih kawan malah boleh berkongsi cerita tanpa ada had. Oleh sebab itu para peniaga memulakan langkah untuk mendapatkan wang di sini.

Maka, FBAds dibina di bahagian Page.

Page memang kedai. Itu sifatnya. Namun tak semua kedai-kedai ini mengikut etika. Oleh kerana lambakan produk berterbangan menggunakan Page dan FBAds, maka ia semakin mengganggu.

Jadi, pembinaan karekter di personal akaun kembali menarik perhatian ramai.

Kawan-kawan,

Pada 20hb Januari nanti, saya bersama Mutalib Uthman, Cikgu Zulhilmi Daud dan Shairy Hanapiah akan berbincang hal ini.

Malah, kami beri rahsia bagaimana nak terus sustain dalam dunia bisnes internet hari ini dengan masih menggunakan perkara sama namun pencaknya berbeza.

Kita susun dan rangka kembali perancangan kita. Ikut apa yang mereka beri namun kita guna gaya kita yang tersendiri.

Kita buat sama-sama bagaimana nak bangunkan content, bagaimana nak jadikan ia sebagai content marketing, dan buat pengurusan content yang betul.

Kita bina pengikut, ikut trend dan semestinya tahu, faham dan hadam apa kehendak pasaran walau produk sudah pun siap.

Mari bersama kami pada 20hb ini di Bandar Baru Bangi. Kami berempat bongkar segala rahsia ini.

Jumpa di sana!

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tak Rugi Jika Kau Ringan Mulut Dengan Orang

Wanita Zaman Sekarang Juga Handal!