, ,

Bini Tak Percaya Aku Dulu Chubby

Puan isteri tercinta tiba-tiba Whatsapp gambar. Dia kata,

“Maiigadddd terjumpa gambar ni, Anda buncit atau apa waktu ini? Hahahahah.” Siap gelakkan aku. Cisss!

Bila aku tengok balik aku pun rasa segan-segan je nak tengok gambar tu. Tahun 2015 dengan berat 100kg! Mak aih, kau makan apa Yadi? Hahaha.. Sejak itu aku insaf. Dan bermulalah aku study pasal calorie intake, study pasal portion makan, study pasal nak reduce carbo dan study pasal diet sihat & diet Atkins (Ini paling tak sesuai). 2 minggu aku study sungguh-sungguh. Habis semua blog pasal resepi diet aku baca. Waktu tu tetiba kenal Kevin Zahrilah, blog Susu Sejatlah, Jordan Yeoh lah. Habis semua aku khatam.

Lepas 2 minggu apa yang kau perlukan adalah action! Dengan sedikit sebanyak ilmu di dada maka bermulalah rutin diet sihat aku. Makan kalau dulu sehari 3 kali, bila diet ni aku tambah jadi 5 kali sehari. Kau pelikkan? Tujuannya untuk mengelak kau lapar dan hormon badan kau tak stabil akibat lapar. Kalau dulu Nescafe sehari 4 kali. Aku reduced jadi sehari sekali je. Aku cut sugar sebanyak yang boleh. Coklat, jajan-jajan, gula-gula anak aku, ais krim dan segala mak nenek benda manis aku tolak ketepi (haramkan sekejap). Aku ganti dengan kekacang. Kalau nak rasa aku sekadar rasa je.

Nasi kalau dulu 2 senduk tak sah siap bangun tambah, kali ni aku ambil cuma segenggam penumbuk aku untuk lunch dan dinner. Ini azab sikit sebab 2-3 minggu pertama badan kau nak adapt dengan gaya pemakanan macam tu. Sekarang pula bila nampak nasi penuh sepinggan terasa loya pulak tekak aku. Bukan hina nasi tapi automatik otak kau bagi signal yang badan aku tak perlukan nasi banyak tu. Aku amalkan diet dengan nasi sebab nasi adalah makanan ruji kita. Nasi tak bersalah! Haha. Aku lebihkan lauk macam biasa cuma beza dulu lauk lebih nasi lagilah lebih!

Lagi 1 hujah aku adalah kau nak gaya hidup yang sihat berkekalan dan kau nak kurus lama tambah pula kau memang pemakan nasi. Kalau kau amalkan diet atkins (0 carbs) kau akan kurus tapi masalahnya kau akan jadi gemuk balik sebab bila dah kurus kau mula nak makan nasi pula. Ini akan menambah jumlah kalori secara tak langsung. Antara masalah orang kita adalah dia nak kurus cepat walhal dia lupa yang kegemukan itu bukan terjadi sehari dua. Dia makan masa juga. Tak percaya kau tengok gambar 2 tahun lepas kau dengan hari ini. Confirm lain! Jadi nak kurus ni kenalah juga makan masa. Sabar kunci utama dia.

Untuk pengetahuan kau tiada produk kuruskan badan pun yang wujud sebenarnya dalam dunia ini. Semua itu pembohong dan wajar dihukum rejam sampai mati. Aku amalkan minum air kosong sebanyak mungkin (ikut keperluan badan juga). Indikator dia haus je minum. Selain daripada amalan kat atas, aku dah start berjinak-jinak dengan gym. Masuk gym jadi blur je sebab apa pun kau tak tau. Nak guna mesin semua usha orang lain dulu. Aku ke gym untuk buat kardio seminggu 4 kali 1 jam setengah setiap sesi. Tak ada niat pun nak bersado-bodo ni. Tapi alang-alang kau dah ke gym takkanlah kau tak nak angkat dumbell atau barbell kan? Kau perlukan 20 minit yang pertama untuk bakar lemak kau. Kalau kurang daripaa tu maknanya kau hanya bakar apa yang kau makan sebelum itu dan badan kau maintain macam itu je. Belajarlah pelan-pelan.

Dipendekkan cerita, dari gemuk 100 kg aku berjaya turun jadi 83 kg dalam masa tak sampai 7 bulan. Exercise dah jadi rutin aku sampai wife aku pun terpengaruh ikut aku masuk gym jugak. Kalau dulu 100 kg aku jadi agak malas dan badan rasa tak best. Sekarang badan jadi ringan dan rasa energy level kau tembus siling kot. Kau jadi lebih tenang, rileks dan kurang nak naik angin. Sampai hari ini aku teruskan rutin exercise yang aku dah amalkan kat Dubai dulu. Bila dah 83kg aku rasa kurus sangat dan sekarang aku maintain berat jadi 86kg sahaja. Tak senang nak turun tapi tak mustahil.

Pesanan terakhir aku, kau tak payah tonyoh-tonyoh krim sapu kurus kekonon nak pecah lemak kat perutlah kat pehalah kat pipilah. Itu semua tahyul! Lemak ni kau tak boleh pilih nak turun belah mana. Dia akan hilang secara sama rata sebenarnya. Jadi berusahalah. Hanya diri kau sendiri yang mampu mengubahnya. Ayat ni aku paling tak suka guna tapi kena guna juga.

NO PAIN NO GAIN!

SLOW PROGRESS IS BETTER THAN NO PROGRESS!

GO WORKOUT!

Zuriyadi Sarpin

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ijazah Lanjutan Dan PhD Roket

Kereta Dulu Atau Rumah Dulu?