in ,

Beza Sains Dan Wahyu Yang Perlu Kita Tahu

Kenapa kita tak mahu kaitkan penemuan sains dengan wahyu?

Penemuan sains bersifat tidak konsisten. Contohnya model sistem solar pernah berubah-ubah. Sejak zaman Copernicus hinggalah kini.

Model Copernicus itu pun belum cukup tepat sehinggalah Johannes Kepler betulkan orbitnya. Sebelum Copernicus, semua orang percaya dengan model Aristotle, iaitu geo-sentrik. Matahari mengelilingi Bumi.

Penemuan sains pun mengalami evolusi. Contohnya graviti. Newton kata ada graviti antara dua objek berjisim. Makin jauh jarak antara dua objek ini, tarikan graviti antara mereka semakin lemah.

Einstein kembangkan lagi idea itu. Dia kata graviti berlaku sebab lengkungan fabrik ruang-masa. Lengkungan ini berlaku bila objek itu berjisim.

Wahyu pula bersifat tetap dan konsisten. Kalau dulu Quran kata Tuhan yang cipta langit bumi, sekarang pun Quran akan kata macam itu.

Kalau dulu Quran perintahkan pemimpin bersikap adil, sampai sekaranglah arahannya begitu.

Dulu mufti Arab Saudi, Ibn Baz pernah menempelak Riyadh University kerana mengajar benda yang ‘salah’ iaitu bumi mengelilingi matahari.

Ibn Baz kata matahari mengelilingi bumi berdasarkan wahyu.

Ibn Baz akan dianggap benar dan Quran akan dianggap benar kalau Ibn Baz hidup sebelum Copernicus dilahirkan sebab masa itu hampir semua orang percaya matahari keliling Bumi.

Tapi hakikatnya? Ibn Baz silap.

Idea cuba mengaitkan penemuan sains dengan wahyu dipanggil Bucailleism.

Maurice Bucaille ada tulis buku. Aku dah baca. Dalam itu kau akan tengoklah macam mana dia kaitkan ayat-ayat Quran dengan penemuan-penemuan sains kini.

Inilah yang kita tak mahu. Sebab apa?

Sebab macam aku dah cakap awal-awal, penemuan sains tak konsisten. Kalau ada penemuan baru, Quran akan terpengaruh dengan sifat tak konsisten.

Kalau kita dah dakwa awal-awal Bumi ini rata berdasarkan wahyu. Rupa-rupanya penemuan baru dapati Bumi tak rata. Quran jadi serabut.

Aku suka idea Prof. Tariq Ramadhan. Dia cakap, ekonomi Islam tak wujud. Yang wujud adalah etika Islam dalam ekonomi.

Benda ini pun boleh dimasukkan dalam disiplin sains. Sains tak perlu dicampur-campurkan dan dikaitkan dengan wahyu. Cukuplah saintis mengikut etika Islam dalam kajian saintifik.

Etika sajalah. Benda-benda lain tak perlu dicampur-campur.

Sejak zaman Quran diturunkan, sampailah sekarang, tak ada pun saintis yang rujuk Quran untuk dapatkan penemuan-penemuan baru.

Bukalah kitab-kitab saintis Arab. Ibnu Sina dalam Qanun Fi Tib, dia tak petik pun wahyu sebagai justifikasi penemuannya. Khwarizmi dalam Algebra pun takda. Alhazen dalam Kitab al-Manazir pun tak ada.

Quran memang mengandungi fakta-fakta sains. Tapi bukan semua kerana Quran bukanlah kitab sains.

Jadi, tak perlulah canang-canang, “Semuanya dah terkandung dalam Quran.”

Tapi yang canang-canang inilah sembang saja tengok TV. Yang tak baca Quran itulah yang melakukan penemuan sains.

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Cara Anda Tentukan Tahun Lompat Tu Salah!

Marathon Untuk Noob