in ,

Beza Lengkuas, Halia, Kunyit Dan Kau

http://tangankubukantanganmu.blogspot.my

3 benda ini kau orang duduk bertelagah apabila laki kau tak kenal. Tenang semua. Memang ya ada irasnya, namun ia sangatlah berbeza.

Tak payahlah sampai ke group whatsapp kutuk laki sendiri apabila dia tak reti nak membeli semua ini.

Dan seperti biasa si lelaki ini pun boleh terlupa dia ada sahaja telefon nak google. Namun biasalah ada makcik-makcik dalam pasar, dia jadi panik tak tentu hala.

Aduhlah. Yang biasa tertukar ialah Lengkuas, Kunyit Hidup dan Halia.

3 perkara ini asas dalam masakan melayu. Dan boleh jadi ke 3-3nya digunakan sekaligus seperti memasak rendang. Ada yang guna 1 sahaja, seperti masak lemak, guna kunyit hidup.

Ok jom aku bantu kau orang kenal benda alah ini semua.

Ini lengkuas. Biasanya orang memang sengaja potong ada tandannya sekali. Akan nampak warna seakan merah jambu di bahagian itu. Manakala di bahagian ubinya, sedikit berurat-urat.

Wajib ada jika emak kau nak buat rendang. Hari raya lengkuas ini memang kena ada di setiap rumah.

Ini pula kunyit hidup. Bukan kunyit yang sedang viral sekarang. Itu semua merepek. Kunyit ini kau boleh nampak warna oren terang di bahagian kulit. Biasanya emak kita dulu-dulu kasi tumbuk dan lumur dengan ayam. Namun sejak ada serbuk, kuranglah nak guna.

Namun kawan, masak asam pedas, masak lemak serta buat lauk bersambal, kasi tumbuk atau kisar kunyit hidul memang sedap ya ampun.

 

Ini pula halia. Halia ini biasanya di pasar ada yang muda, ada yang tua. Kulit yang muda biasanya agak cerah. Manakala yang tua ini kau boleh nampak kedutannya itu. Isinya sedikit kuning dan baunya agak kuat.

Biasanya untuk masak kari, sup, rendang malah nak basuh daging lembu, kambing atau kerbau pun ada yang guna halia sebagai bahan penghalau hanyir.

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bahaya Anemia Yang Ibu Hamil Perlu Tahu

Anak Muda Bangkit Dari Abu