Beza Kebab Malaysia Dan Kebab Jordan

Memandangkan cerita hal Syria ni bahaya sampai aku dah jadi macam penjenayah sekarang, jadi hari ni elok kita bercerita tentang makanan-makanan di Jordan.

Baik, kita mula dengan kebab. Atau kalau kau nak jadi arab celup dengan cara sebutan yang betul, kau kena sebut, ‘kabbab’ masa order.

Kebab di Jordan lain dengan kebab di Malaysia. Kebab di sini adalah daging hancur bersama rempahnya (elok kau google, senang), lalu dilekatkan di atas besi menggunakan sedikit air dan dipanggang di atas api.

Kebab biasanya akan disajikan dengan tomato yang juga dibakar. Tomato tu sebiji-sebiji dia terus cucuk. Punyalah power sebab manis- manis air tomato akan keluar dan melt in the mouth kau. Kahkahkah.

Kalau kau ke negara Jordan, ada satu kedai kebab yang popular di kalangan pelajar Malaysia. Ada banyak nama yang diberi pada kedai kebab ni memandangkan kedai ini tak bernama antaranya, Kebab Balad Irbid, Kebab Murah, dan Kebab Masjid memandangkan kedudukannya betul-betul tepi masjid besar Irbid, Jordan. Aku harap lepas aku cerita hal kebab ini, taklah kau beri nama kebab Musa pula. Lagi kena soal siasat nanti.

Ha, kenapa kebab mereka popular? Sebab kebab dia power dan lagi penting, sangat murah. Kau order 10 batang kebab, baru 1JD(RM6.00). Pakej tomato bakar lagi. 10 batang untuk orang kurus macam aku dah terlebih cukup dah. Di kedai-kedai lain yang aku selalu pergi, 1JD(RM6.00) tu mungkin hanya dapat 2 atau 3 batang sahaja.

Ada sekali aku tanya pekerja kedai, berapa batang kebab depa jual sehari. Depa kata tak banyak mana, dalam 3000 batang je. Kahkahkah power woih. Satu lagi depa kata, harga 10 batang kebab RM6 tu untuk orang Melayu je. Kalau ke arab depa jual RM9.00. Yolah kau. Entah betul entah tidak.

Apa kesilapan paling besar bila orang kita berkunjung ke kedai ni? Depa tak bawa sos cili cap Kimball untuk menambah nikmat kebab. Walaupun ada disediakan sos, tapi sos arab masam dan tak pedas langsung.

Kalau kau jenis cepat boring, kau boleh pelbagaikan order macam paru, hati atau satu lagi jenis makanan arab dipanggil arais. Arais ni menda? Haaa kau tunggu episod makanan-makanan di Jordan yang seterusnya pula. Habislah kau kalau aku dah mula cerita bab makanan ni.

 

Musa Nuwayri

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply