in ,

Betul Ke Syarikat Sdn Bhd Tak Perlu Audit ?

Baru-baru ini Akta Syarikat 2016 telah menggantikan Akta Syarikat 1965. Dalam akta baru kata, syarikat sdn bhd akan dikecualikan audit. Ini adalah satu kegembiraan bagi syarikat-syarikat sdn bhd di Malaysia.

Sabar dulu, kau jangan menang sorak kampung tergadai dulu. Ntah kena ke tidak peribahasa ni. Tak apa yang penting kau sabar kejap baca sampai habis.

Pengecualian daripada diaudit ini bukanlah bagi semua jenis syarikat sdn bhd. Pengecualian ini bagi syarikat tertentu dengan kelayakan dan kategori tertentu.

Disini adalah antara kategori syarikat yang dikecualikan audit :

1. Dormant Companies
2. Zero-Revenue Companies
3. Threshold-Qualified Companies

Aku akan huraikan maksud bagi ketiga-tiga kategori yang disenaraikan.

1. Dormant Companies

Syarikat dormant yang dimaksudkan bagi tujuan pengecualian cukai ini adalah syarikat yang memang takda berlaku apa-apa transaksi akaun atau jalankan apa-apa perniagaan.

Transaksi akaun yang dimaksudkan pula adalah termasuk transaksi sewa ofis, gaji pekerja, bil elektrik sebagai contoh dan juga lain-lain

Ia akan dikecualikan daripada audit sekiranya;

a) Ia telah dormant daripada mula tubuh syarikat, atau

b) Ia dormant daripada tahun kewangan semasa dan tahun kewangan berikutnya.

Kena memenuhi salah satu daripada syarat diatas.

2. Zero-Revenue Companies

Revenue maksudnya adalah hasil atau jualan yang dilakukan oleh syarikat. Hasil/jualan tersebut juga adalah termasuk jualan yang sudah berlaku tapi masih belum terima bayaran.

Ia akan dikecualikan daripada audit jika;

a) Memang takda apa-apa hasil/jualan berlaku sepanjang tahun kewangan semasa

b) Takda berlaku apa-apa hasil/jualan pada dua tahun kewangan ke belakang.

c) Jumlah aset dalam Kunci Kira-Kira tahun kewangan semasa tak lebih daripada RM300,000 dan mestilah dua tahun kebelakang situasinya sama.

Kalau tak memenuhi ketiga syarat ni, janganlah mimpi.

3. Threshold-Qualified Companies

Syarikat dalam kategori tiga ini pula adalah syarikat yang ada berlaku hasil/jualan tapi mengikut kepada syarat yang disertakan dekat bawah ni;

a) Ada berlaku jualan/hasil yang tak lebih daripada RM100,000 ketika tahun kewangan semasa dan dua tahun sebelum dia juga. Kalau tahun semasa je kurang RM100,00 tapi dua tahun sebelum lebih RM100,000 jadi kau kena audit.

Bahasa mudah tiga tahun jualan/hasil kurang daripada RM100,000 tahun ketiga tak perlu audit. Tahun pertama dan kedua memang perlu audit.

b) Jumlah aset dalam Kunci Kira-Kira tahun kewangan semasa tak lebih daripada RM300,000 dan situasi yang sama mesti berlaku pada dua tahun kewangan sebelum.

c) dan tambahan lagi, pada akhir tahun kewangan semasa tu dan juga dua tahun kewangan sebelum, pekerja kau mesti tak lebih daripada 5 orang.

Kalau ketiga-tiga syarat ni kena dengan situasi syarikat kau, syarikat kau dalam kategori tak perlu audit.

Ni aku nak tambah TAPI. (Syarat lain)

Syarikat yang dikecualikan audit ni boleh juga kena audit sekiranya terima notis bertulis daripada;

a) SSM

b) Pemegang saham yang ada kuasa untuk mengundi dan memegang saham tidak kurang daripada 5% daripada jumlah saham syarikat.

c) Tak kurang daripada 5% daripada jumlah ahli pemegang saham yang layak untuk mengundi.

Tak faham ? Contoh yang syarat (b) kata, kalau kau ada sebuah syarikat Mutalib Sdn Bhd. Dalam syarikat tu ada pemegang saham Mutalib sendiri 45%, Cikgu Zul 56%, aku pulak pegang 4%. Jadi Mutalib atau Cikgu Zul boleh tulis surat untuk audit walaupun syarikat mereka dikecualikan audit.

Ok untuk situasi syarat (c) samalah macam jumlah saham yang dipegang dekat atas. Aku masih pemegang saham minoriti. Kalau ikot syarat (b) aku tak boleh tulis surat, sebab jumlah saham berdasarkan saham syarikat aku kurang daripada 5%.

Tapi syarat (c) kata, aku boleh tulis surat juga, jika percentage dalam bilangan ahli tak kurang daripada 5%. Kalau Mutalib, Cikgu Zul dan Aku jumlah ahlinya tiga orang. Jadi aku adalah 1/3 x 100 bersamaan 33.33%. Yang mana tak kurang daripada 5% dan aku layak untuk tulis notis untuk suruh audit juga.

Harap kau fahamlah.

Bagi syarikat sdn bhd yang tak perlu audit ni, kau jangan beria buat kenduri kesyukuran lagi. Sebabnya, kau masih wajib untuk hantar penyata kewangan syarikat kau dekat SSM. Kalau kau tak tau apa tu penyata kewangan, kau boleh berhenti berniaga.

Ok kau mesti tanya bila benda ni berkuatkuasakan ? Ok dia ikot kategori.

Bagi kategori Dormant Companies akan berkuatkuasa 2017

Bagi kategori Zero-Revenue Companies, untuk syarikat yang mana bermula balik tempoh perakauanan pada 1 Januari 2018.

Bagi kategori Threshold-Qualified Companies, untuk syarikat yang mana bermula balik tempoh perakauanan pada 1 Julai 2018.

Kalau kau jualan juta-juta kau audit saja syarikat tu. Ini sekadar ilmu tambahan saja. Nanti orang borak business, bolehlah kau tunjuk pandai.

Azrul Izzaham Rozak
Konsultan Akaun dan Cukai

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Bertuhan Di Jalanan

Sistem Yang Mampu Membendung Masalah Penyewa Puaka Di Malaysia