,

Berhijrahlah Ke Kek Belang Kampung

Ini kek yang boleh bikin kau teringat memori masa kecil kau. Kek belang. Atau nama popularnya sekarang ialah kek marble. Hehe.

Kek ini wajib emak masak jika nak balik ke kampung abah di Kuala Lipis atau ke mana-mana majlis kenduri kendara kawan rapat atau saudara mara. Dulu emak jual dalam RM5 sahaja. Wakaka. Murah benar. Ha, ini juga merupakan resipi emak ya. Jika ada beza dengan resipi kalian, tak mengapa.

Nak buat, senang. Cuma nak kasi dia berbelang lawa itu yang mencabar. Hihi.

Kek Belang / Kek Marble.

Bahan-bahannya ialah:

350gm tepung naik sendiri,
250gm marjerin atau butter atau minyak masak,
250gm gula halus,
5 biji telur gred A,
2 sudu besar serbuk koko,
3-5 sudu besar air panas,
1 sudu kecil esen vanilla,

Cara-caranya kau lihat di gambar ya.

 

Pukul gula halus bersama butter atau marjerin atau minyak masak.

 

Guna mixer pun boleh. Guna kelajuan 1-2 sahaja. Nak guna whisk pun boleh.

 

Kemudian kau pecahkan semua telur dan pukul dalam mangkuk yang berasingan.

 

Masukkan sedikit demi sedikit ya. Selang dalam 10-15 saat baru masukkan lagi dan ulang hingga habis. Kalau kau tak faham tengok di tv esok ya.

 

Kemudian kau ayak tepung sambil pandang muka laki kau. Kahkah.

 

Adunan yang sudah dimasukkan telur tadi kau tutup, dan kacau guna senduk. Rumah emak tak guna spatula. Guna spatula pun boleh. Senduk kayu, senduk nasi semua boleh. Asal jadi.

 

Ya, tak payah jadi pemalas. Ambil pinggan dan alaskan pemukul mixer ini, taklah menjejeh kotornya.

 

Kemudian masukkan esen vanilla. Yang emak punya ini high end punya. Dia punya tahap pekat dan harum sekampung bau. Haha.

 

Kacau rata.

 

Kemudian masuk sesenduk tepung, kemudian pukul guna senduk / spatula. Masukkan lagi tepung dan pukul lagi. Sampai habis.

 

Sampailah jadi lawa begini.

 

Kemudian letak serbuk koko dan masukkan air panas dalam 3 sudu besar dulu. Kacau rata sampai serbuk koko cair elok. Kalau belum tambahlah air lagi.

 

Kalau dah elok, kau masukkan sesenduk adunan tadi. Kacau rata lagi.

 

Ha jadi begini.

 

Letak parchment paper di bahagian bawah dan grislah loyang kau supaya senang nak keluarkan kek nanti. Nak gris macam mana bang? Itulah kau tanya nanti,

Ambil dalam sikit sahaja marjerin, sapu rata dalam loyang bersaiz 8 inci , kemudian kau ambil sesudu besar tepung dan lalukan di dalam loyang sampai semuanya rata. Tak reti juga kau google jelah.

 

Baik, ini bahagian yang kau kena faham. Lapisan paling bawah kena sesenduk. Yang putih.

 

Kemudian kau ambil sesudu kecil sahaja yang berwarna coklat.

 

Dan letak di atasnya.

 

Ulang letak yang putih kembali, juga sesenduk.

 

Sampai dia dah tinggi, kau letak lagi.

 

Kemudian kau hempas-hempaskan loyang supaya adunan ini elok sahaja meliputi semua ruang.

 

Teruskan letak adunan, dan pastikan bahagian paling akhir itu bewarna putih. 

Oh ya lupa nak cakap, panaskan ketuhar dalam 15 minit dahulu ya. Gunakan suhu 170 darjah dan masak selama 35 minit api atas bawah.

Aduh. Sedikit burn. Sedap ja ni. Keluarkan dan sejukkan dalam 30 minit.

Apabila kau letak parchment paper dan kau griskan loyang dengan baik, sangat senang kau nak keluarkannya. Hanya terbalikkan sahaja.

Potong kek dan tadaaaaaaa! Lawa tak? Hihihi. Alhamdulillah.

Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Berjaya Buat Jualan RM1 juta Sehari, Ini 10 Perkara Yang Saya Belajar Dari Pengerusi Mofaz

Rentak Rap Bola Sepak Malaysia