in

Berdoalah

“Semua doa kita diterima Allah. Cuma time bila Dia nak makbulkan tu je kita tak tau.”

Aku terima WhatsApp dari bini aku semalam mengatakan Anggun kena Rashes. Dah di bawa ke klinik dan doktor suruh rujuk kepada Pakar sebab doktor tu sendiri tak sure sama ada rashes tu Viral Rashes atau Rashes Measles. Dan kalau Measles, bini aku kena report pula ke KKM, sebab Rashes Measles ni tiba-tiba muncul kembali setelah sekian lama pupus.

Allahu, boleh pula benda ni jadi bilamana aku jauh dari dia. Dah lah kat sini dua hari dah aku nak buat video call tak dapat-dapat. Dekat sini jugalah baru aku tau rindu anak tu macam mana. Bukan macam kau, anak banyak terkorban di tilam bujang.

Usai terima WhatsApp tersebut, aku terus ke Raudhah; Tempat jutaan manusia berebut masuk ke dalamnya untuk berdoa. Kau bayangkan berjuta orang yang datang ke Madinah, nak masuk ke kawasan yang ukurannya 22 Ă— 15 meter je? Tapi syukur, perjalanan aku amat mudah kali ini. Tak perlu bersesak dan berhimpit. Ya, kalau kau ke mari dan berhajat nak ke Raudhah secara mudah, pergilah selepas Asar.

Doa aku di Raudhah cuma satu, supaya Anggun sembuh. Tiada yang lain.

Subuh tadi aku terima WhatsApp dari sang bini,

“Dah hilang pula rashes Anggun. Doktor semalam cakap kalau rashes hilang sendiri tu maknanya bukan measles.”

Allahu. Malu aku bilamana doa orang berdosa seperti aku pun Tuhan masih terima.

“Ada yang Dia bagi di dunia, ada hat Dia bagi di akhirat kelak,” sambung Lutfi Lokman lagi, Mutawif aku.

 

 

Mutalib Uthman

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Terima Kasih – Ungkapan Yang Semakin Mahal Harganya Di Zaman Ini

Mujur Madagascar Masih Aman