in ,

Berapa RM Nak Masuk Dalam Salam Kaut?

Gambar : http://6giosang.com/

“TR, saya dapat jemputan majlis kahwin kawan sepejabat yang berbangsa Cina. Beliau akan adakan majlis di hotel. Soalnya, berapa RM saya nak masukkan ke dalam sampul untuk salam ‘kaut’?”

Kita bertuah hidup di dalam negara yang majmuk. Ini adalah peluang yang sangat besar untuk kita pelajari adat dan budaya yang berbeza. Apatah lagi dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan pula.

Sebenarnya, jika kita diundang ke majlis perkahwinan sahabat daripada bangsa Cina, kita harus tahu asas penting tatacara menghadiri majlis tersebut.

Biasanya rakan berbangsa Cina akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan di hotel. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita melakukan perkara-perkara ini;

Pertama,

Kita harus menyatakan RSVP kehadiran ke majlis tersebut. Oleh kerana majlis akan dilangsungkan di hotel, maka ia melibatkan kos yang bukan sedikit. Tuan rumah akan mudah mengira kos jamuan berdasarkan jawapan mereka yang hadir untuk mengelakkan pembaziran.

Kedua,

Budaya memberi wang di dalam sampul sudah menjadi amalan dalam mana-mana majlis perkahwinan di negara ini. Bagi majlis perkahwinan sahabat dari kaum Tionghua yang diadakan di hotel, kita disarankan untuk bertanya kepada pihak hotel, berapakah harga pakej makan malam untuk satu orang di hotel tersebut.

Dengan cara itu, ia memberi kita panduan untuk memasukkan sejumlah wang ke dalam sampul untuk dihadiahkan kepada pengantin nanti. Jika kita datang berdua, maka jumlah wang juga akan didarab dengan dua.

Jumlah wang yang terkandung di dalam sampul lazimnya dikehendaki bermula dengan angka genap kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang yang diberi ketika majlis pengkebumian.

Ketiga,

Pemilihan warna sampul juga perlu kita ambil berat. Pilihlah sampul yang bukan dari warna putih. Kaum Tionghua biasanya menggunakan sampul warna putih untuk majlis pengkebumian.

Pemilihan warna sampul merah lebih baik kerana ia melambangkan ‘tuah’ bagi kaum itu.

Keempat,

Sampul berisi wang tersebut hendaklah diserahkan di meja pendaftaran di pintu masuk dewan majlis resepsi. Bukan kepada pengantin atau ibubapa pengantin.

Menulis nama di sampul berkenaan adalah digalakkan. Di mana, pengantin akan “memulangkan” kembali wang berkenaan ketika majlis perkahwinan kita pula.

Inilah budaya muafakat tetangga yang lazimnya wujud di dalam masyarakat Asia.

Saya percaya panduan di atas sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua yang akan hadir di majlis perkahwinan kaum Cina.

Rudy Ludinata

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

7 Tips Dari Kristina Kuzmic Untuk Kau Terus Sengsara

Daging Arnab Lebih Berkhasiat?