in ,

Benda Mewah Untuk Kita, Belum Tentu Mewah Untuk Orang Lain

Gambar : marketeers.com

Hari ini aku beli KFC sikit dan Domino’s sikit untuk makan seisi keluarga. Ini sebenarnya ialah makanan mewah untuk orang ‘miskin bandar’ macam aku (dan mungkin macam kita). Jadi kalau duduk bandar, dan bila kau makan makanan macam ni kau rasa mewah dah, maknanya kau miskin bandar la tu. Sedar diri sikit.

Aku jadi terkenang masa zaman kecil aku di kampung, dan tetap miskin. Miskin hakikat. Sebagai orang miskin, makanan kami setiap hari ialah nasi berlaukkan udang galah, udang harimau, udang lipan, ketam nipah, ikan siakap, ikan sembilang dan macam-macam lagi. Semuanya atuk dan pak cik aku tangkap dari laut di depan rumah kami.

Sampai satu tahap tu aku bosan gila dengan lauk-pauk tersebut. Bila sesekali dapat makan ayam goreng, seronoknya bukan kepalang. Itulah lauk mewah bagi aku masa tu. Dan bila berkunjung ke rumah saudara di bandar biasanya aku seronok sebab lauk makan nasi, mereka akan hidangkan ayam. Aku terfikir syok la jadi orang bandar, banyak duit dapat makan ayam selalu.

Bila ditanya oleh saudara, selalu di kampung makan lauk apa, aku cakaplah lauk-pauk yang biasa aku makan, dan biasanya mereka akan balas untunglah dapat makan makanan tu semua. Aku tak faham sangat. Pada aku apalah untungnya hari-hari makan udang ketam apa semua tu.

Sekarang baru aku faham. Dan kata-kata arwah Atuk pada aku satu malam tu rupanya untuk mengajar aku supaya bersyukur. Katanya : “Kita ni memang tak kaya, tapi orang kaya pun tak sanggup makan lauk yang kita makan ni hari-hari”.

Sekarang bila semua tu dah tak ada baru aku terasa betapa bertuah rupanya aku dulu. Baru aku rindu segala jenis makanan ‘low class’ yang aku makan dulu.

Jadi bila sesuatu benda itu mewah pada kita, tak semestinya ia mewah juga pada orang lain. Dan jika kita rasa bila kita pakai BMW 730i tu dah power gila, masuk simpang tak payah bagi signal, dekat line smart tag pun nak potong queue lagi, berlagak gila buat balik kampung tayang ke sedara, ingatlah ada orang tu BMW 730i orang gaji dia buat pergi pasar je beli ikan.

Rezeki Tuhan bagi tu cukup untuk kita, dan yang menjadikannya masalah tu adalah bila kita jenis tak sedar diri. Tapi walaupun aku dah cakap Tuhan bagi itu cukup, bukanlah maksudnya kau tak payah berusaha. Sebab Tuhan bagi pun ikut jugak kesungguhan dan usaha kita.

Jadi sekian dulu, itulah saja dari saya ; Pembimbing Rakan Sebaya anda.

Aloy Paradoks – full

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Total votes: 2

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Vincent Van Gogh, Pelukis Agung Yang Mati Bunuh Diri

Selepas Ini Tiada Lagi Hanger Bersepah!