, ,

Bayangkan Jika Colonel Sanders Berjaya Bunuh Diri

Colonel Harland D. Sanders of Kentucky Fried Chicken

Semasa umurnya baru 5 tahun, Ayahnya meninggal dunia. Ketika 16 tahun, beliau berhenti bersekolah dan mula bekerja di serata tempat.

Dalam masa setahun saja, beliau sudah hilang 4 pekerjaan atas pelbagai sebab.

Umur 18, beliau berkahwin. Selepas itu beliau bekerja sebagai konduktor kereta api sehinggalah umur 22, dan akhirnya gagal.

Beliau pergi pula mencuba nasib sebagai tentera. Masih tidak ada nasib, beliau dihantar pulang ke kampung.

Selepas itu, beliau membuat permohonan untuk memasuki sebuah kolej undang-undang. Malangnya, beliau ditolak mentah-mentah.

Untuk menampung kehidupan, beliau menjadi Ejen Insuran. Selepas beberapa bulan sahaja, kerjaya ini pun gagal.

Umur 19, beliau menjadi seorang Ayah. Isteri beliau pergi meninggalkan beliau ketika umur 20 bersama-sama anaknya yang masih bayi.

Beliau cuba pula menjadi tukang basuh pinggan mangkuk di sebuah kafe kecil.

Pernah pada satu masa beliau cuba untuk menculik anak sendiri daripada isterinya, tetapi gagal. Namun usaha tu berjaya meyakinkan isterinya untuk kembali bersama.

Pada umur 65, beliau bersara dan menerima cek $105 daripada kerajaan. Beliau tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan. Terasa seperti ditipu hidup-hidup. Beliau nekad untuk membunuh diri. Mujurlah tidak berjaya.

Satu petang, beliau duduk di bawah sebuah pohon beserta pen dan buku nota di tangan. Asalnya, beliau nak tulis wasiat sebelum meninggal dunia.

Namun akhirnya, beliau menyenaraikan apa lagi yang belum capai sepanjang hidup. Dah habis semua, barulah beliau sedar betapa banyak benda yang beliau belum pernah buat berbanding yang sudah.

Beliau juga baru sedar, ada satu perkara yang beliau sangat yakin boleh buat dengan baik berbanding orang lain – memasak. Masa tu barulah terbeliak biji mata. Adrenalinnya naik kerana teruja.

Terus beliau cashkan cek dan ambil $87 daripada jumlah tu buat modal beli ayam. Lepas tu, beliau goreng gunakan resepi sendiri. Dah siap, beliau keluar dan jual di kawasan kejiranannya dari pintu ke pintu.

Ingat balik, masa umur 65 beliau sudah nekad untuk membunuh diri. Ketika berumur 88 tahun, Colonel Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC) sudah bergelar bilionair.

Kita tak pernah lambat untuk bermula. Apa yang penting adalah sikap dalam diri kita sendiri. Putus asa adalah musuh utama yang kena elak sama sekali.

Semua orang ada ciri untuk berjaya. Mesti ada.

Tak ada sesiapa pun yang terlalu tua untuk bermimpi.

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jaga-Jaga Hari Gaji!

Sejarah Ringkas Onani