, ,

Banyak Betul Pengajaran Dalam Filem Ini

Berkali-kali menonton filem ini pun, tak pernah bosan, tak-pernah-tak-nangis. Dalam saat kerapuhan dan kegelisahan hidup, filem ini menyembuhkan. Terimakasih Good Will Hunting. Thank you Dr. Sean Maguire (Robin William). My real therapist. I miss you.

Entah kenapa entah rajin. Kali ni aku tulis ingatan-ingatan bermakna yang aku jumpa dalam filem ini. Enjoyyyy. 🙂

1) Kita semua sedang mencari tujuan hidup. Sesetengah mengambil masa yang lebih lama dari orang lain. Sedikit bantuan dan gesaan (push) kepada direction yang tepat diperlukan, untuk melajukan proses itu.

2) Dalam menentukan perjalanan, kita perlukan sahabat yang telus dan motivator untuk menggerakkannya. Cepat atau lambat progress bergantung kepada sejauhmana kita respond dan bertindak terhadap pendapat dan nasihat itu.Sayangnya ramai orang yang tidak berpeluang bertemu dengan seseorang yang boleh menggerakkannya. Dan akhirnya yang paling menyedihkan adalah kebanyakkannya membuat sesuatu yang jauh dari apa yang sepatutnya ia lakukan.

3) Kita menghabiskan terlalu banyak masa memikirkan apa yang orang lain fikir dan lihat tentang kita, yang akhirnya kita kehilangan jejak siapa kita sebenarnya.

4) Pendidikan adalah over-rated. Melainkan kita mempunyai bakat dan cita-cita untuk menyokong teori tersebut.

5) Pengetahuan adalah kuasa. Ilmu pengetahuan boleh datang dengan pelbagai cara dan boleh didapatkan di mana-mana. Dan bilik darjah boleh mengajar macam-macam perkara yang mungkin hidup di luar tidak ada, selagi kita mahu belajar dari semua benda dan semua orang yang berada di sekeliling kita. Yang penting, keinginan untuk belajar saja!

7) Kenyataan yang harus selalu diterima —Ada orang yang dilahirkan lebih bijak dari orang lain. Lebih bijak dari kita. Jangan cuba lawan, tapi buat kawan.

8) Hanya dengan kembara kita belajar banyak perkara tentang kehidupan. Tapi malangnya kita selalu risau tentang esok dan masa depan hingga terlupa kita harus hidup untuk ‘hari ini’.

9) Cinta itu sesuatu yang berbaloi. Tiada istilah menyesal untuk cinta. Di sepanjang perjalanan pasti kita akan putus asa dan melepaskan sesuatu, tapi cinta adalah alasan paling kuat untuk menggantikan peluang-peluang yang pernah terlepas.

10) Tiada yang sempurna di dunia ini. 2 orang yang tidak sempurna, mencintai satu sama lain boleh saja menjadi sempurna. Cara menghargai kelemahan dan kebaikan pasangan kita dan bagaimana kita saling ‘fit’ satu sama lain –itu cinta sempurna.

Cinta adalah mencintai lebih dari kita mencintai diri sendiri. Untuk mencintai kita harus memecahkan tembok ketakutan yang ada dalam diri. Selagi orang yang kita cintai ada, ia akan selalu menyembuhkan jiwa kita.

 

Fazleena Hishamuddin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cheapskate Tapi Nak Tengok Wayang Secara Halal?

Eksklusif: Kronologi Kes Buku Manifesto Komunis di IIBF 2016