in ,

Bakteria Baik Pertama Malaysia

Bakteria baik Shirota (Lactobacillus casei Shirota) merupakan bakteria probiotik yang baik untuk tubuh badan manusia. Dr Minoru Shirota, ketua penyelidik mikrobiologi universiti Kyoto, Jepun bersama pengkaji dari Jabatan Perubatan universiti tersebut menemui bakteria tersebut melalui beberapa uji kaji ketahanan bakteria baik.

Penyelidikan Dr Shirota juga didorong oleh penyelidikan saintis terdahulu seperti Elie Metcnikoff dari Bulgaria pada 1907 yang membuat kajian mengenai mengenai kesan yogurt terhadap memanjangkan hayat manusia. Usaha beliau itu bermula apabila masyarakat Jepun ketika itu dilanda penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Ia disebabkan kekurangan nutrien, penjagaan kebersihan yang kurang dan kerana keadaan ekonomi Jepun yang kurang baik pada ketika itu.

Beliau mula mengasingkan hampir 300 jenis bakteria baik antara tahun 1930 dan 1935 bertujuan mencari jenis bakteria yang sesuai untuk membantu memulihkan sistem penghadaman manusia. Setiap jenis bakteria tersebut akan diuji dengan asid dan melihat daya tahan terhadap cecair hempedu. Antara 300 spesis bakteria tersebut hanya satu spesis sahaja yang benar-benar tahan dengan asid iaitu bakteria Lactobacillus Casei. Dr Shirota kemudiannya mula menggabungkan bakteria kepada minuman berasas tenusu di dalam makmalnya.

Bakteria baik ini mampu merangsang pertumbuhan baik lain dalam usus. Bakteria baik Shirota berfungsi untuk membantu mengaktifkan daya tahan imunisasi tubuh badan, menjadikan usus lebih sihat dan pastinya tanpa kesan sampingan. Shirota menemui bakteria baik ini dalam keju yang mana keju sendiri mempunyai banyak khasiat dan ada bakteria probiotik.

Bakteria Shirota dapat bertahan dalam suhu badan manusia dan dalam kandungan asid terutama asid dalam perut manusia. Bakteria probiotik termasuk bakteria baik Shirota selalunya diaplikasikan ke dalam bidang pemakanan contohnya produk minuman susu kultur.

Tahukah anda, bakteria baik ni adalah sel hidup. Maknanya, jika dikenakan suhu yang tinggi, dia akan mati. Kita pun tahu, di kilang pemprosesan, mereka akan gunakan suhu tinggi semasa pembotolan. Terus bakteria baik ini mati sebelum sampai ke pelanggan.

Habis apa yang kita minum tu? Cumalah air yang manis dan sedap semata-mata tanpa ada bakteria baik untuk perut kita.

Rupanya sekarang sudah ada anak tempatan yang mencipta bakteria baik yang mampu menahan suhu tinggi yang dinamakan La-Biotic. Produk ini yang dimajukan oleh pasukan penyelidik UMP diketuai oleh Dr. Nina Suhaity Azmi. La- Biotic adalah serbuk premium probiotik yang diformulasi khas menggunakan bakteria baik dari sumber tempatan, halal dan tahan suhu yang tinggi serta boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi dan baik untuk kesihatan usus anda.

Bagusnya La-Biotic ni adalah ianya Halal, bakteria baik sumber tempatan, baik untuk kesihatan usus, dan dapat bertahan di dalam perut berasid. Kalau ikut sudut komersial, La-Biotic dapat tahan suhu yang tinggi semasa proses manufacturing plant. Jadi bolehlah kenakan suhu tinggu sekalipun, tak mati bakteria tu.

Dalam setiap gram La-Biotic ni terkandung sehingga 1 bilion bakteria baik, mencukupi untuk bekerja di dalam usus, tak perlu simpan dalam peti sejuk. Boleh nak simpan di mana-mana walaupun suhu bilik.

Kajian ini sangatlah bagus untuk diketengahkan. Impaknya kepada masyarakat dan industri sangatlah besar. La-Biotic telah dipilih sebagai salah satu daripada 20 produk yang akan bertanding di FINAL Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) kelolaan TERAJU dari lebih 800 produk yang disaring di peringkat awal.

Mereka memerlukan undian daripada anda semua. Caranya cukup MUDAH:

1. Klik di pautan berikut :http://www.teraju.gov.my/superbfinals/#!/project/la-biotic-a-premium-probiotic-powder-for-multipurpose-applications mulai dari Rabu 16 Ogos 2017 jam 12.00 tengahari hingga Sabtu 26 Ogos 2017 jam 12 tengahari

2. Tekan “Like”.

3. Selesai

Kalau dulu, Jepun jajah kita. Mereka kata kita nak buat jarum pun tak mampu, apatah lagi nak bina pembangunan. Tetapi zaman sudah berubah. Bakteria pun kita dah mampu buat. Kita dah boleh berdiri sama tinggi dengan mereka.

Paling BAGUS kita sokong produk teknologi Biotech tempatan ini SEGERA, dan kongsikan di Facebook dan media sosial yang lain⁠⁠⁠⁠.

Shirota vs La-Biotic. Pastilah kita pilih, La-Biotic, produk anak Malaysia.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

3 Kesilapan Bisnes Berkedai Yang Kau Kena Tahu

Kenapa Ramai Tak Tahu Dia Ada Kencing Manis?