in ,

Bahaya Ekzema Kepada Bayi

Gambar : http://penawarasma.com.my

Hati ibu mana yang tidak runsing dan susah hati jika anak terkena Ekzema. Sedangkan anak demam pun ibu sudah tidak senang duduk ini kan pula anak mendapat Ekzema.

Ia biasanya terjadi kepada bayi atau kanak-kanak dimana berlaku radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair.

Jika berpanjangan, ia akan menyebabkan kegatalan.

Ekzema biasa terjadi pada bahagian muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.

Kebiasaannya, kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Ekzema bukanlah satu jangkitan. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma.

Antara penyebab Ekzema adalah :

  1. Keturunan.
  2. Bukan alahan tetapi mempunyai pelbagai pencetus contoh :
  • Alahan makanan : Alah kepada makanan tertentu seperti susu lembu, telur, kekacang, kacang soya atau gandum.
  • Faktor persekitaran : Cuaca yang terlalu sejuk, atau terlalu kering, akan mengeringkan kulit. Kulit yang terlalu kering akan menjadi gatal, dan sekaligus menggalakkan radang ekzema. Hama, habuk, debunga, lipas, kotoran juga boleh menjadi pencetus kegatalan ekzema.
  • Bahan perengsa : Sabun dan bahan pencuci seperti syampu, mandian dan sabun mencuci baju.
  • Bahan-bahan tertentu : Alah dengan fabrik bulu, sintetik, bahan logam, dan lain-lain.
  • Jangkitan kulit : Apabila menggaru terlalu kerap hingga berdarah, kegatalan ekzema pada kawasan kulit tersebut akan menjadi lebih teruk dan meradang. Jika jari yang sama digunakan untuk menggaru, radang akan merebak di tempat lain pula.

Pencetus kegatalan Ekzema yang dikongsikan ini adalah untuk panduan umum sahaja. Ia berbeza di antara setiap individu.

Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-

  • Infeksi virus.
  • Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
  • Lain lain jangkitan.
  • Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

Tanda-tanda dan gejala ekzema :

  • Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki.
  • Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
  • Bengkak kecil yang berair.

Ekzema dirawat secara perubatan melalui proses :

Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti pemberian ubatan contoh :

  • Ubatan pencegahan gatal seperti antihistamin
  • Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
  • Krim steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
  • Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman.

Perlu diingat, rawatan tersebut di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara anda boleh membantu anak yang mendapat Ekzema?

  • Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  • Elakkan mandi air panas/suam.
  • Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  • Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  • Elakkan dari fabrik yang kasar.
  • Jangan gunakan sabun apabila mandi.
  • Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  • Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor untuk tindakan seterusnya.

Adakah ubat tradisional atau rawatan alternatif yang berkesan di luar sana untuk merawat Ekzema?

Kebanyakan ibu-bapa memilih untuk menggunakan rawatan alternatif seperti krim herba yang banyak dijual di luar. Analisa yang telah dijalankan ke atas kebanyakan krim-krim herba yang di gunakan menunjukkan bahawa sebahagian besar krim-krim jenis ini mengandungi steroid yang berpotensi tinggi. Jika tidak digunakan dengan betul, krim herba begini juga akan mendatangkan kesan sampingan. Sebaiknya, dapatkan khidmat nasihat doktor yang berkenaan terlebih dahulu sebelum penggunaan sesuatu ubatan.

Contoh Ekzema pada bahgian muka

Bahagian anggota badan yang biasa terkena Ekzema.

Artikel ini hanyalah penerangan ringkas tentang Ekzema sebagai pengetahuan asas. Sebarang nasihat dan konsultasi, sila rujuk kepada doktor yang berkenaan.

Rujukan : Myhealth info Kkm

Lara Marina
Jururawat Terlatih Kkm

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Apa Yang Membuatkan Cerita Jadi Menarik Untuk Dibaca?

15-20 Pekerja Dikhuatiri Tertimbus Di George Town