Sudah lama rasanya tak kongsikan resepi dengan kalian. Petang tadi sempat hidangkan menu ini untuk anak anak. Kalau tak habis kau tapau jadikan bento untuk laki kau esok. Bahan dan cara semua ada di gambar.
Lasagna Daging Lapis Kraker
Bahan Inti
400 gram daging kisar ramly
2 sudu teh lada putih
4 sudu besar tomato puri
2 labu bawang holland potong dadu
2 tangkai cili hijau potong dadu(optional)
1/2 sudu teh garam
Bahan Lapis Kraker
30 keping biskut lemak kraker
4 sudu besar susu tepung bancuh dengan air panas
2 cawan air panas
1/2 sudu lada putih
4 biji kuning telur
3 biji telur
Bahan Hiasan
Keju parut secukupnya
Telur rebus secukupnya
Panaskan sedikit minyak.
Kemudian tumiskan bawang besar. Anak anak tak suka bawang jadi saya kisarkannya seperti dalam gambar. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan daging, lada putih, tomato puri dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
Nampak tak minyak tu semua dari daging huhu. Kacaukan sahaja sehingga daging kering sedikit kemudian padamkan api.
Inilah dia daging tadi tapi saya tak ambil minyaknya tau. Korang pandai pandai la guna tapisan masa keluarkan daging tu. hihi
Ini pula bancuhan susu tepung bersama air panas.
Bancuhan telur bersama air panas dan lada putih. Whiskkan sahaja.
Ok jom mulakan misi. Celupkan biskut kraker ke dalam susu dan susun dalam loyang.
Macam ini susunnya.
Lapiskan pula daging atasnya.
Kemudian susunkan telur dan tabur keju parut.
Tuangkan bancuhan telur tadi jangan semua tau simpan untuk lapisan seterusnya. Buat sampai habis.
Ini lapisan terakhir atasnya ada bahan hiasan.
Panaskan ketuhar pada suhu 170 °© dan bakar selama 20 – 30 minit atau sehingga masak.
Aduhhhh…. Ngencesss tak haha