, ,

Bagaimana Nestle Mencipta Hero Dalam Setiap Segmen Market

Pada September 1866, Henri Nestle menubuhkan sebuah syarikat yang mengeluarkan produk susu pekat manis dan makanan untuk bayi. Setahun selepas itu, adik-beradik Charles dan George Page dari Illionis, mengasaskan Anglo-Swiss Condensed Milk Company di Cham, Switzerland. Sehinggalah pada tahun 1905, kedua-dua syarikat ini bergabung.

Sekarang, Nestle adalah pengeluar produk makanan paling besar di dunia. Nestlé mempunyai lebih 2,000 produk dan 447 kilang di seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Ia beroperasi di 194 negara, dan mempunyai sekitar 339,000 pekerja. Untuk tahun 2016 ini saja, sehingga September, jumlah sales keseluruhan mereka adalah CHF 65.5 bilion.

Macam mana sebuah syarikat yang awalnya hanyalah pengeluar coklat susu boleh begitu berjaya?

Pasukan pemasaran Nestle mengamalkan apa yang boleh kita sebut sebagai “Teori Hero Produk”. Mereka menonjolkan produk-produk hero ke depan bagi setiap segmen.

Contohnya dalam segmen makanan segera, mereka meletakkan jenama Maggi. Daripada mee segera sehinggalah kepada perencah makanan. Kalau kita nak makan yang segera, pilihan paling mudah adalah mee Maggi. Sampai ke tahap orang kalau nak makan mee segera di mana-mana kedai atau di rumah walau jenamanya berbeza, orang akan sebut “maggi satu!”

Milo pula dijenamakan sebagai minuman nutrisi untuk kanak-kanak kekal sihat dan bertenaga. Mak-mak kat rumah pun bagi anak-anak minum Milo masa sarapan pagi sebab percaya akan bekalkan nutrisi.

Punyalah power minuman ini sampai ke tahap ahli sukan semua menjadi ikon dan selebriti bagi pihak Milo. Dan ia memang menjadi di seluruh dunia.

Kau lupa ada satu minuman power yang menggantikan kopi di setiap rumah. Asasnya ia juga adalah kopi. Bayangkan, bagaimana Nestle berjaya menukar perkataan kopi kepada Nescafe.

Segmen ini diletakkan sebagai minuman untuk dewasa. Jenama ini terlalu kuat sehingga kita tak sebut pun kopi walhal ia memang kopi. Macam-macam bentuk cara Nescafe ni dinikmati. Nescafe O, susu, tarik, takpun campur dengan minuman lain seperti Milo.

Inilah macam mana Nestle begitu berjaya di seluruh Malaysia. Masuk saja ke mana-mana kedai sama ada besar atau kecil, pasti ada saja produk mereka dijual. Atau cuba lihat di rak-rak dapur dalam segenap rumah. Mesti ada sekurang-kurangnya satu jenama Nestle disimpan.

Produk-produk hero ni digunakan mereka untuk turut menjual produk-produk Nestle yang lain.

Hari ni, kita suka buat produk banyak-banyak dan cuba untuk jual semuanya serentak. Tak ada satu pun produk hero yang dibangunkan. Akhirnya kita mati akal nak menjual.

Jika kau nak tahu, kau boleh sahaja keluarkan beribu produk, cuma, kau kena tahu produk mana yang akan bawa syarikat kau pergi jauh.

Bukan kata produk lain tak bagus. Produk lain boleh jadi sampingan kerana permintaan yang ada bersifat niche atau terlalu diposisikan kepada komuniti.

Sedangkan produk hero pula wajib ada di setiap rumah.

Kau bayang sendiri, kenapa syarikat pengeluar sos, hanya fokus iklankan kepada sos cili dan sos tomato? Sedangkan mereka juga jual macam-macam jenis sos termasuk sos barbeque. Kerana mereka tahu yang sos cili wajib ada pada setiap manusia yang memerlukan.

Begitulah.

Buat produk, cipta hero. Kemudian, promosi dan menjuallah.

 

Zulhilmi Daud

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *