in ,

Bagaimana Nak Gunakan Lif?

1. 1st come, 1st served. Maksudnya kau beraturlah kalau kau nampak depan elevator tu dah ada dua, tiga orang yang sedang berlakon jadi tunggul menunggu ketibaan elevator. Jangan buat muka tak bersalah potong semua que dan kau tercongok depan pintu elevator!

2. Kalau belakang kau ada orang tua, baby pram, ibu mengandung, bagilah keutamaan kepada diorang untuk naik dulu. Kalau ada 10 orang yang mengandung belakang kau, selitlah gilir-gilir, jangan kau bagi semua sekali naik one go, nanti bila kau nak naik?

3. Kalau elevator dah sampai, kau clearkan laluan exit untuk orang yang dalam elevator tu boleh keluar dengan cepat dan selamat. Kalau kau berhimpun depan elevator tu macam orang tak bersalah, macam mana orang dekat dalam nak keluar dan macam mana korang nak masuk kalau orang dalam tu tak keluar???

4. Kalau kau adalah orang pertama masuk dalam elevator, make sure kau tolong tekan button “OPEN DOOR” untuk bagi orang belakang kau masuk dan elevator penuh sebelum tekan tingkat mana kau nak pergi. Kau jangan buat perangai hapak kau, masuk-masuk kau tekan tingkat mana kau nak pergi, then kau biar je pintu elevator tutup sedangkan orang belakang kau tengah terkial-kial dengan trolley nak masuk. Hancing!

5. Kalau kau bawa trolley, make sure kau utilise space dalam elevator tu supaya tak nampak macam elevator tu hak milik persendirian. Berkongsilah!

6. Sesiapa saja yang masuk elevator sebagai orang terakhir, beliau kena pastikan yang orang yang di sebelah dalam sekali dapat keluar ikut tingkat yang orang dalam tu nak keluar. Maksudnya, dekat setiap tingkat, kalau elevator penuh, orang terakhir kena keluar dulu supaya orang yang di sebelah dalam boleh keluar dengan cepat.

7. Kalau semua nak keluar pada tingkat yang sama, pastikan keluar mengikut giliran. Siapa yang masuk terakhir kena keluar dulu diikuti yang berikutnya. Jangan pula kau berdiri sebelah dalam sekali, sibuk nak celah menyelit pergi sampai depan pintu elevator sedangkan orang dekat depan pintu elevator pun belum sempat keluar.

8. Rajinkan mulut untuk minta tolong pada orang yang berdiri berhampiran button elevator untuk tekan bagi pihak kita sekiranya kita tidak sampai untuk tekan button elevator tersebut.

fart_in_elevator

9. Jangan kentut dalam elevator! Dekat overseas kentut tak apa, dekat dalam Malaysia, sila fikir dua, tiga kali!

10. Jangan sembang kuat-kuat, gelak macam orang gila, jawab telefon macam kau sorang ada telefon dan yang paling berharga dan bermakna, sentiasa senyum kalau orang senyum dekat kita.

Ini antara 10 cara asas untuk Dummies yang aku perhatikan tadi.

Kalau perempuan tadi pandai berbaris ikut line, tak melulu terpacak depan elevator macam tak nak bagi orang lain naik, aku rasa tak tertulis panduan untuk dummies ni.

Sayang, muka cantik, tapi nak naik elevator tak reti.

Amar Aziz

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Siapa Pegang Teknologi Dan Sains, Merekalah Bakal Kuasai Dunia

3 Wanita Ini Tekad Berhenti Kerja Demi Anak-Anak. Dan Kini, Inilah Hasilnya