, ,

Bagaimana Donald J. Trump Dipilih Menjadi Presiden Amerika Syarikat

Sedikit tentang pilihanraya Presiden Amerika dan bagaimana Presiden dipilih.

1. Electoral College.
Presiden Amerika Syarikat sebenarnya bukan ditentukan oleh undi popular rakyat Amerika. Presiden Amerika dipilih oleh satu badan yang dinamakan Electoral College.

2. Jadi masa hari mengundi, rakyat Amerika pergi mengundi apa? Kau tanya. Pada hari mengundi rakyat Amerika sebenarnya pergi mengundi Electors.

3. Macam ni, Electoral College ni ialah 538 wakil (dipanggil Electors) dari setiap negeri dalam persekutuan Amerika yang akan memilih siapa Presiden Amerika.

4. Dalam perlembagaan Amerika, setiap negeri akan ada 3 electors untuk permulaan, dan tambahan kerusi electors akan ditentukan mengikut berapa jumlah populasi penduduk.

5. Untuk membolehkan seseorang jadi Presiden Amerika, dia memerlukan sekurang-kurangnya 270 electors untuk mengundi dia.

6. Kita buat contoh, kata lah Kelantan nak pilih menteri besar guna sistem electoral college.

7. Jadi parti agama Pas pun letaklah Nik Amar jadi calon MB, parti BN letak Asyraf Wajdi (harapan lah, tapi kau ni hipotetikal).

8. Dalam negeri Kelantan ada 10 jajahan, jadi setiap jajahan akan dapat 3 wakil electors, untuk permulaan, Kuala Krai akan dapat 3 wakil, Kota Bharu dapat 3 wakil juga.

9. Tapi sebab Kota Bharu lagi padat, Kota Bharu akan dapat tambahan lagi 3 wakil electors.

10. Pada hari mengundi, parti agama Pas dan parti BN akan letak calon electors di setiap jajahan.

11. Kita kata, di Kuala Krai, Pas letak aku jadi salah seorang calon electors, dan BN letak Mimi Amira Ramlee jadi calon.

12. Pada hari mengundi, rakyat Kuala Krai akan undi sama ada aku atau mimi tadi untuk jadi elector wakil Kuala Krai.

13. Kata kan lah aku menang, aku dapat jadi elector. Dan masa tu Nik Amar dan Asyraf Wajdi seri 269 undi, adakah aku akan beri juga undi pada nik amar sebab aku wakil parti agama Pas?

14. Tak semestinya. Jadi kalaupun parti agama Pas menang banyak wakil electoral tak semestinya Nik Amar dapat jadi MB, sebab tak semua akan ikut arahan parti. Macam kes seorang elector republican yang kata dia tak sanggup nak undi Trump. Macam tu lah electoral college berfungsi di Amerika, kuasa memilih Presiden bukannya langsung di tangan rakyat majoriti tapi di berikan kepada 538 wakil electors.

 

Faisal Mat Zawi

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kini Sudah Ada Uber For Tailor Di Kuala Lumpur!

Bagaimana Nestle Mencipta Hero Dalam Setiap Segmen Market