in ,

Ayuh Rakyat Malaysia. Kita Undi Sampai Berjaya!

The Beauty & The Book Award merupakan pertandingan yang diadakan bersemperna dengan Pameran Buku Frankfurt yang akan diadakan pada 11 hingga 15 Oktober 2017 ini di Jerman. Tujuan The Beauty & The Book Award yang mula diperkenalkan sejak tahun 2014 ini adalah untuk menghargai buku-buku yang mempunyai kulit hadapan buku yang menarik dan cantik.

Kriteria yang diambil kira dalam menilai buku-buku ini adalah berdasarkan reka bentuk kulit hadapan buku semata-mata dan tidak mengambil kira kandungan buku tersebut. Tak ada had general buku dan tahun penerbitan buku yang disyaratkan. Pendaftaran pencalonan boleh dilakukan di laman web yang telah ditetapkan sehingga 8 September 2017 ini. Penilaian kulit buku dibuat oleh orang ramai melalui atas talian di laman web The Beauty & The Book Award (https://beautyandbook.com).

Terdapat 7 buah buku yang mewakili Malaysia telah tercalon dalam pertandingan ini:-

  • Buku Peranakan Cina Kelantan: Sintesis Cina Tanah Besar dan Melayu Tanah Melayu yang ditulis oleh Zinitulniza Abdul Kadir ini telah dicalonkan oleh Sakri Abdullah. Kulit buku ini yang cuba menerangkan tentang komuniti rakyat China yang berhijrah ke Tanah Melayu cuba menyesuaikan diri dengan cara hidup di sini tanpa melupakan identiti dan agama yang dibawa oleh mereka. Selain itu, kulit buku ini juga menyelit maksud tersirat seperti upacara sembahyang, cara pemakaian serta perubahan generasi dengan meletakkan dua objek yang mempunyai umur yang berbeza. Tulisan pada kulit buku juga digunakan berinspirasikan daripada kebiasaan kaum China yang mana menggunakan warna merah yang bermaksud kekayaan.

https://beautyandbook.com/en/peranakan-cina-kelantan-sintesis-cina-tanah-besar-dan-melayu-tanah-melayu-kelantan-peranakan-chinese-the-synthesis-of-mainland-chinese-and-malays-of-the-malay-peninsula/

  • Buku The Eternal Storm – Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah yang ditulis oleh Zulkifli Hamzah, Razak Aziz, Azy Morni & Aminuddin Zakaria. Kulit buku yang cuba menyampaikan makna bagi berkongsi pengalaman secara ilusi dengan menggabungkan ilustrasi, gambar dan puisi tentang bencana yang melanda tanpa amaran. Ungkapan ‘Sekali Air Bah, Selamanya Pasir Berubah’ dipilih untuk menerangkan secara ringkas tentang tentang bencana yang melanda mampu merubah segalanya.

https://beautyandbook.com/en/the-eternal-storm-sekali-air-bah-selamanya-pasir-berubah/

  • Buku Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam di Dunia Melayu Benua. Dalam buku ini yang tertulis dialog “Orang Melayu tidak perlu lagi duduk termenung dalam dilema yang tidak sudah-sudah. Orang Melayu tidak perlu lagi berasa kecil kerana telah dikecilkan oleh sejarah hasil tipu muslihat penjajah, maka yang paling utama ialah sempadan sejarah dan ilusi yang menyempitkan minda Melayu itulah yang perlu ditiadakan dahulu!” Secara keseluruhan, kulit buku ini menerangkan tentang perasaan sedih, gembira, kecewa dan sebagainya dalam realiti perjalanan kehidupan bangsa Melayu.

https://beautyandbook.com/en/kias-tersirat-perantauan-bertemu-melayu-islam-di-dunia-melayu-benua/

  • Buku Puteri Gunung Ledang yang ditulis oleh Emila Yusuf ini mempunyai kulit hadapan yang menggunakan objek orang kartun mengenakan pakaian kain sarung batik Melayu dengan reka bentuk bunga dan tumbuhan berulang yang diletakkan secara simetris. Hal ini menggambarkan Puteri Gunung Ledang yang kehidupannya lebih tropikal dan melayu.

https://beautyandbook.com/en/puteri-gunung-ledang/

  • Legendary Princesses of Malaysia ditulis oleh Raman menunjukkan ilusi gadis yang berpakaian seperti puteri  zaman dahulu yang berupa songket. Puteri yang sedang menunggang kuda memperlihat watak puteri tersebut seorang yang berdikari dan berani. Buku yang mengandungi 10 buah kisah tentang puteri dongeng di Malaysia ini mempunyai warna dan ilustrasi kartun yang menari dan mampu menarik minat pembaca kalangan kanak-kanak.

https://beautyandbook.com/en/legendary-princesses-of-malaysia/

  • Puteri Tioman the Green Turtle merupakan buku yang ditulis oleh Rossiti Aishah Rashidi dan ilustrasi oleh Farrah Ashiela Samsuri. Buku yang menceritakan tentang Puteri Tioman, seekor penyu hijau yang pulang ke daratan untuk bertelur dan kehidupan serta ancaman seekor penyu. Kulit hadapan ini disesuaikan dengan isi cerita buku yang mana ilustrasi yang menggunakan warna dari cat air yang menggambarkan suasana dasar laut dan seekor penyu hijau yang sedang berenang. Posisi tulisan yang berombak menambahkan lagi ilusi dalam air dengan lebih menarik.

https://beautyandbook.com/en/puteri-tioman-the-green-turtle/#

  • Buku tulisan Awang Fadilah bertajuk Puteri Gambus: Princess of the Lute mempunyai muka depan yang diilustrasi deengan objek wanita memegang alat muzik tradisional gambus yang mana menggambarkan jalan cerita buku ini tentang seorang wanita, Dang Sitra yang merupakan pemain alat muzik itu dan berbakat dengan suara yang indah.

https://beautyandbook.com/en/puteri-gambus-princess-of-the-lute/

Senarai pendek akan diumumkan pada 25 September ini dan undian akhir akan dilakukan secara langsung pada FBF dan pemenang akan diumumkan dalam acara sama pada 14 Oktober ini. Anugerah ini akan diketahui pemenangnya pada acara buku terbesar dunia tersebut. Undian boleh dibuat di link https://beautyandbook.com/ , klik ‘VOTEN’ dan warna bertukar pink bermakna undian telah dibuat. Link yang telah tersedia di atas merupakan link bagi buku mewakili Malaysia yang telah tercalon.

Mari sama-sama mengundi buku-buku dari Malaysia sepertimana anda mengundi artis-artis kegemaran anda di Anugerah-anugerah Popular dan juga di Anugerah Bola.

Buktikan kepada dunia, apa sahaja berkaitan undian, don’t mess with Malaysian!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Mengejek Si Pembunuh Diri

Jangan Bimbang Janna Nick, Abang Ada