in ,

Ayat-ayat Cinta 2 : Calon Filem Paling “Absurd” 2018

“Ayat-ayat Cinta 2” (2017), filem paling “absurd” yang ditonton setakat ini. Antara sebabnya:

1. Filem ini berlatarkan sebuah perkampungan Indonesia di Edinburgh, Scotland. Haaa?
2. Semua orang Scotland boleh berbahasa Indonesia termasuk yang berbangsa Yahudi, jangan buat main.
3. Fahri seorang malaikat yang diturunkan di dunia untuk membantu siapa sahaja.


4. Fahri seorang malaikat yang kaya raya dengan kerjayanya sebagai seorang pensyarah, mampu membeli sebuah rumah banglo untuk membantu nenek Yahudi. Hartanah di Scotland bernilai 1 Juta Rupiah mungkin.
5. Semua gadis gilakan Fahri, semua mahu berkahwin dengan dengannya. Termasuklah Kiera gadis Kristian Scotland yang mampu berbahasa Indonesia walaupun ibu bapanya orang Scotland. Mai mana?
6. Bergaduh dengan seorang Yahudi (lakonan Bront Palarae) di kedai makan tetapi tidak bertumbuk. Tiba-tiba ajak berdebat di universiti dan pihak universiti benarkan. Permintaan malaikat, mana boleh tolak.
7. Sampai tidak tidur malam mencari bahan debat tetapi Fahri berhujah tidak sampai 2 minit.
8. Kata mahu berdebat tentang isu Palestine dan Israel tetapi hujah Fahri langsung tidak ada kaitan.
9. Tiba-tiba di pentas debat, nenek Yahudi bangun mengesahkan Fahri adalah malaikat yang diturunkan di bumi.


10. Malaikat dan Islam macam mana pun Fahri, dia melamar Hulya dan berkahwin ikut budaya Kristian.
11. Aishah patah hati lalu berlari balik ke rumah dan bermain biola. Ha?
12. Aishah sangat mahu merahsiakan identitinya, tiba-tiba nampak Bahadur perogol dari AAC 1, dia pun tegur macam dekat pasar ikan. Hang kenapa?
13. Sebab Fahri adalah malaikat, Aishah yang sama sekali sudah hodoh tidak “cocok” dengannya.
14. Maka, Aishah bersetuju muka Hulya yang sudah meninggal dunia dibedah/dipotong macam topeng ditampal di muka Aishah. Kegilaan apakah ini? Memang tergelak tengok babak ini.


15. Macam mana sekali pun, poligami tidak akan dibenarkan. Hulya harus dimatikan tanpa sebab.
16. Kenapa gadis di belakang menangis teresak-esak? Kenapa?!

Filem ini tiada fokus, terlalu banyak subplot. Konflik tidak jelas. Awalnya seperti menonton “My Name is Khan” tiba-tiba menjadi sains fiksyen filem Tamil. Lakonan semua pelakon Indonesia kaku terutama Fedi Nuril. Bila datang Fazura dan Bront Palarae dengan lakonan yang bersahaja mereka semua tenggelam. Bersahaja ya, bukan lakonan secara “art berat”.

1.5 ⭐ / 5

Nazreen coklat

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 3

Upvotes: 2

Upvotes percentage: 66.666667%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 33.333333%

Leave a Reply

Rahsia Yang Dato Aliff Syukri Tak Nak Orang Tahu!

Ini Cara Guna Mesin Fogging Dengan Betul