in ,

Asal Usul Anugerah Nobel Yang Perlu Kau Tahu

Gambar : http://www.alfrednobel.org

Sebab sekarang ini musim-musim makluman penerima anugerah-anugerah Nobel tahun 2017, aku nak kongsi sikit asal-usul anugerah ini.

Asal-usul Nobel Prize datang daripada Alfred Nobel sendiri. Alfred Nobel ini terkenal sebagai seorang pereka cipta.

Ciptaan dia yang paling dikenali adalah dinamit (dynamite). Dinamit ini bahan letupan. Banyak digunakan semasa Perang Dunia. Dia pun ada reka ‘ballistite’ iaitu bahan letupan juga yang kemudiannya membentuk teknologi pelbagai peluru. Sebenarnya dia dah mencipta sebanyak 355 jenis ciptaan. Bahan-bahan letupan adalah yang paling terkenallah.

Disebabkan banyak ciptaan Nobel dipatenkan, dia jadi sangat-sangat kaya.

Pada suatu hari, iaitu tahun 1888, Nobel ada terbaca sebuah artikel pasal kematian abangnya, Ludvig Nobel. Artikel ini menjadikan Nobel untuk buat sesuatu yang membolehkan dirinya diingati.

Jadi, dia ada tulis sebuah wasiat sebelum dia mati. Nobel meninggal pada tahun 1896 di Itali.

Dalam wasiat itu, Nobel nak semua harta dan asetnya digunakan untuk mencipta sebuah siri-siri anugerah.

Anugerah tersebut menurut Nobel diberikan kepada lelaki dan wanita yang telah memberikan faedah yang paling agung untuk manusia dalam bidang fizik, kimia, perubatan, keamanan dan sastera.

Nobel tulis, “greatest benefit on mankind” yang kemudiannya menjadi moto Yayasan Nobel.

Anugerah untuk bidang-bidang ini menggambarkan kehidupannya sebagai seorang saintis dan minatnya dalam sastera.

Dikatakan, tujuan Nobel munculkan anugerah untuk keamanan sebab dia macam menyesal mencipta bahan-bahan pemusnah yang telah membunuh ramai manusia.

Tapi realitinya, Nobel pun ada cipta benda-benda yang membangun untuk manusia.

Orang pertama yang menerima Anugerah Nobel adalah Wilhelm Röntgen iaitu anugerah dalam fizik kerana penemuan sinaran-x.

Zamir Mohyedin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kau Pernah Dengar Air Zamzam Special?

Bikin Rak Sidai Tuala Sendiri