in ,

Asal Percuma, Kau Membazir

A person receives a test for diabetes during Care Harbor LA free medical clinic in Los Angeles, California September 11, 2014. The four-day clinic provides free medical, dental and vision care, prevention resources and follow-up care to thousands of uninsured, under-insured and at-risk individuals and families. REUTERS/Mario Anzuoni (UNITED STATES - Tags: HEALTH) - RTR45WIO

Kecoh minggu ini tentang pembaziran insulin yang dikongsikan oleh seorang farmasi sehingga mendapat perhatian Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri. Kemudian entah dari mana, ada seorang doktor yang tampil menyalahkan doktor yang lain. Katanya, kesalahan ini berpunca daripada para doktor yang tidak memberikan penjelasan dan menggunakan kaedah lama yang menjadi punca pesakit membazirkan insulin mereka.

Okay, bab menyalahkan orang ini memang aku bengang. Tambahan lagi tentang hal pembaziran insulin ini.

Mak aku pernah dimasukkan ke wad kerana paras luka yang tidak terkawal dan perlu menjalani amputasi sebanyak dua kali. Sekarang mak sudah tidak mengambil ubatan lain dan hanya bergantung sepenuhnya pada insulin.

Semasa kali pertama mak dimasukkan ke wad, aku pulang jenguk mak dengan kadar segera. Sampai sahaja di hospital selepas bersalaman dengan mak, terus aku cari doktor yang bertanggungjawab untuk menceritakan kepada aku tentang masalah yang menimpa mak aku.

Alhamdulillah, dengan berlatar belakangkan sebagai seorang doktor gigi dan ada sedikit sebanyak ilmu perubatan, aku mudah untuk memahami apa yang diterangkan kepada aku. Aku memberitahu abang-abang dan adik-adik aku tentang apa masalah mak, apa rawatan yang diperlukan, apa rawatan susulan untuk mak dan apa jenis ubat-ubatan yang perlu diambil oleh mak selepas ini.

Selepas menjalani pembedahan, dua hari kemudiannya mak telah dibenarkan untuk pulang dan dibekalkan dengan insulin. Jujurnya aku tidak tahu apakah suntikan insulin pada waktu itu. Apa aku buat?

Aku bertanya pada farmasi di Hospital Sultanah Aminah satu persatu tentang apa yang perlu dilakukan. Aku rujuk doktor dan jururawat di wad sebelum discaj. Aku rujuk kawan-kawan aku Dr. Mohammad Nur Amin Kalil dan Dr. Muhammad Hazwan Bin Nasarudin tentang insulin ini. Okay, aku dah ada ilmu tentang insulin ini. Aku ajar pula abang-abang aku dan mak aku bagaimana cara menggunakan insulin. Aku belikan jarum suntikan insulin, aku belikan glucometer untuk mak periksa dan kawal paras gulanya, apabila barang-barang ini habis aku belikan lagi dan mak sehingga hari ini alhamdulillah sihat. Kali kedua amputasi berlaku hanya kerana tidak perasan ada luka kecil yang akhirnya sukar untuk sembuh.

Jadi dalam kes pembaziran ini, aku cukup tak faham. Sekalipun pesakit tadi tidak memahami tentang insulin, apakah peranan orang sekeliling terutama sekali ahli keluarga dan anak-anak mereka? Mana pergi mereka ini? Alhamdulillah aku ada ilmu perubatan sedikit sebanyak sebagai doktor gigi. Maka, aku gunakan kelebihan itu untuk mendidik abang-abang aku bagaimana cara nak jaga mak dan aku ajar mak tentang insulin ini. Inilah peranan kita. Sepatutnya begitu. Bukan asyik menuding jari sahaja.

Kalau asyik menyalahkan orang lain, sampai bila-bila masalah ini takkan selesai. Sedangkan ahli keluarga sendiri tidak memainkan peranan mereka, orang yang tidak ada pertalian darah pula perlu memikul tanggungjawab ini?

Sekarang aku sudah berkahwin, ada ayah mertua juga seorang penghidap Diabetes. Eh, aku menantu ambil tahu juga penyakitnya.

Jadi sekali lagi aku bertanya, apakah peranan kita sebagai anak-anak dalam menjaga kebajikan dan kesihatan mak bapa kita? Hentikanlah budaya meletakkan kesalahan pada pegawai perubatan, farmasi, jururawat dan staf hospital kalau diri sendiri tak ada rasa tanggungjawab pada tubuh badan sendiri.

Iqbal Rosali

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Siapa Kata Rumah Kena Besar Baru Lawa?

Manusia Paling Lawak Di Dunia vs Manusia Paling Busuk Hati Di Dunia