in ,

Aplikasi Touch ‘n Go: Tak Perlu Lagi Beratur Di Lorong Tambah Nilai

Pada tahun lalu, Touch ‘n Go telah memberitahu umum tentang perancangan mencipta E-dompet bagi memudahkan penawaran transaksi nirtunai.  Setelah mendapat kelulusan oleh Bank Negara Malaysia, kini kita sudah boleh menggunakan E-dompet ini melalui aplikasi Touch ‘n Go.

TNG Digital Sdn Bhd dengan usaha sama dengan Ant Financial Group (Ant Financial) akan mengendalikan perkhidmatan ini dengan menggunakan Alipay sebagai platform.

Perkhidmatan Touch ‘n Go bukan sahaja digunakan semasa di lebuh raya, malah perkhidmatan awam seperti LRT, KTM, makanan, farmasi dan kedai buku juga akan lebih mudah digunakan dengan adanya Touch ‘n Go.

Antara keistimewaan E-dompet Touch ‘n Go ialah:

1.Tambah-nilai – Tambah-nilai melalui Touch ‘n Go App menggunakan kad kredit / Debit perbankan dalam talian, JomPAY (laman web perbankan dalam talian dan ATM bank) atau beli PIN Reload Touch’ n Go (softpins) melalui cawangan terpilih. Boleh juga menetapkan fungsi auto-tambah nilai ke Touch ‘n Go App jika nilai dalam kad TNG telah berkurang.

2.Peer-to-Peer (P2P) – Pindah kredit antara pengguna Touch ‘n Go App, dari satu akaun Touch’ n Go App yang lain. Tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk kongsi kredit.

3. Pembayaran melalui aplikasi – Buat bayaran segera melalui aplikasi mudah alih Touch ‘n Go App untuk tambah-nilai prabayar, bayaran bil, tiket wayang (TGV, Cathay, MBO), serta tiket penerbangan.

4. Pembayaran E-dagang dalam talian – Buat pembayaran cepat dan mudah di laman web e-dagang seperti Lazada, Shopee dan lain-lain. Hanya perlu masukkan ID, kata laluan dan PIN 6 digit anda di halaman checkout.

5. Pembayaran fizikal melalui Kod QR – Hanya perlu imbas kod QR dari aplikasi mudah alih Touch ‘n Go App di kedai fizikal untuk melakukan apa-apa pembayaran.

6. Pelaksanaan RFID – RFID adalah inisiatif di bawah Kementerian Kerja Raya (MOW) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk meningkatkan operasi, memudahkan penguatkuasaan dan memberi pengalaman pengguna yang lebih baik di lebuh raya dan kemasukan sempadan. Bagi MOW dan agensinya, Lembaga Lebuhraya Malaysia (MHA), pelaksanaan RFID adalah langkah pertama ke arah mencapai wawasan yang lebih besar, iaitu aliran bebas lorong di mana tiada lagi kutipan bayaran tol.

Daftar tag RFID di Pusat Fitment yang dilantik di seluruh Malaysia dan gunakan aplikasi mudah alih Touch ‘n Go App untuk menguruskan tag RFID anda. Perjalanan akan lebih lancar di lebuh raya dengan sentiasa memastikan jumlah kredit mencukupi dalam akaun App Touch ‘n Go.

7. Ganjaran – Kumpul mata bagi setiap transaksi pembayaran menggunakan akaun Touch ‘n Go App dan tebus mata terkumpul untuk tawaran istimewa dari Touch’ n Go App Merchants.

Walaupun pihak TNG masih belum mengumumkannya secara rasminya, tetapi aplikasi Touch ‘n Go sudahpun ada di Google Play Store dan Apple AppStore. Download sekarang untuk memudahkan urusan masa depan anda.

APEMAZING

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Akta Perlindungan Jika Data Peribadi Kau Dijual

Macam Tak Percaya Ini Tanah Rancangan Felda