in ,

Apakah Yang Sebenarnya Berlaku Pada Malam 8 Oktober 1967?

TO GO WITH AFP STORY BY GABRIEL RUBIO GIRON (FILES) A picture taken on October 10, 1967 shows the body of Ernesto "Che" Guevara, the Argentine-born hero of Latin American revolutionaries is on public display in Vallegrande. Lost for half a century, historic photographs of Cuban revolutionary Che Guevara taken by an AFP photographer shortly after his execution have come to light in a small Spanish town. The photographs belong to Imanol Arteaga, a local councillor in the northern Spanish town of Ricla. He inherited them from his uncle Luis Cuartero, a missionary in Bolivia in the 1960s. AFP PHOTO/ MARC HUTTEN

Petang 9 Oktober 1967 itu sekitar jam 5, helikopter yang membawa mayat Che mendarat di bandar kecil Vallegrande, selatan Bolivia. Khabarnya pertempuran begitu sengit, dan Che antara yang terawal terkorban. Di sampingnya, pengawal Antonio dan juga Pancho juga terkorban. Komrad semuanya tak berhenti berjuang untuk mendapatkan kembali mayat Che, tetapi gagal. Setelah 30 jam bertempur, Rangers, askar Bolivia yang dilatih USA berjaya melarikan diri.

Mayat Che yang diikat kepada helikopter mendarat sejam sebelum suasana menjadi gelap. Di hujung padang, sebuah kereta menunggu. Suasana hiruk pikuk dengan ramainya penduduk Vallegrande yang sudah lama menunggu sejak mendengar berita. Tentera terpaksa mengacukan senapang kepada orang awam agar mereka tidak mendekati helikopter dan mayat Che. Che kemudian dibawa masuk ke kereta dan bergerak ke hospital Vallegrande.

Bagaimanakah Che mati? Tentera menyatakan dia cedera teruk dan meninggal pagi Isnin. Walaubagaimanapun ada juga sumber menyatakan dia ditangkap malam Ahad, dan dihukum bunuh oleh tentera. Doktor juga menyatakan versi tentera mustahil kerna dia telah mati lebih awal akibat komplikasi jantung dan paru-paru, lama sebelum dia dibawa ke hospital.

Setelah menghilang dari Cuba, Che dikhabarkan menjalankan mesyuarat tertutup awal Mei 1965. Di dalam mesyuarat itu antara yang hadir ialah sekumpulan rakyat Bolivia, yang akhirnya menjadi punca kepada gerakan gerila. Mereka mendengar Che menerangkan bagaimana seharusnya mereka mempersiap diri mereka untuk melalui situasi revolusi di Amerika Latin. Di antara yang berada di situ ialah Coco Peredo, ahli Ahli Majlis Parti Komunis Bolivia yang kemudiannya ke Utara Vietnam untuk menerima latihan gerila.

Hujung 1966 kumpulan ini kembali ke Bolivia, membeli sebuah ladang dan mula menjalankan latihan ketenteraan. Malangnya tidak seperti dirancang, salah seorang ahli yang berada di dalam mesyuarat di Prague itu membuka mulut kerana wang.

Awal 1967, CIA dan tentera Bolivia akhirnya menghidu sesuatu. Mereka berjaya bergerak sehingga Ogos sehinggalah Rangers berjaya mengepung mereka. Joaquin, salah seorang ahli penasihat dan Tania akhirnya mati di sungai pada Ogos itu. Coco Pedero mati hujung September. Dan Che, mati 2 minggu selepasnya.

Thukul Cetak

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Pendosa Bola Sepak Malaysia – Bahagian 1

Peniaga Malaysia: Terlajak Ramai?