in ,

Apa Yang Membuatkan Cerita Jadi Menarik Untuk Dibaca?

Gambar : http://www.macleans.ca

Persoalan ini mungkin telah ditanyakan selama beribu tahun. Di dalam tempoh itu, kita telah menamakan Shakespeare, Roald Dahl, Walt Disney, Tolkien, Tarantino, George Orwell, Ridley Scott dan begitu ramai lagi sebagai penglipur lara yang terbaik dalam menyampaikan sebuah naskah yang disebut sebagai ‘cerita’.

Senarai ini tidak akan putus selagi cerita di dalam apa bentuk pun terus menerus ditulis. Juga paling penting, industri storytelling adalah antara industri paling mahal pada hari ini dan bernilai multi billion. Ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup ditemui dalam bentuk industri filem, penerbitan rancangan tv, buku-buku fiksi, komik, pendidikan, kewartawanan, copywriting, rekabentuk game, merchandising dan sekecil-kecil penceritaan di media sosial.

Penerbitan novel Uncle Tom’s Cabin pada 1852 yang membawa intipati penentangan terhadap hamba kulit hitam dikatakan telah mencetuskan perang saudara di United States. The Kite Runner karya Khaled Hosseini telah menimbulkan kesedaran tentang pelarian perang daripada Afghanistan dan telah menyelamatkan ribuan daripada mereka. Tahun pertama siri tv Game Of Thrones ditayangkan di HBO, dikatakan lebih 40,000 bayi perempuan yang lahir di Amerika dinamakan ‘Khaleesi’ sempena gelaran watak Daenerys Targaryen. Apabila filem Hunger Games dan animasi Brave ditayangkan, penglibatan wanita di dalam sukan memanah meningkat sebanyak 105%. Semua ini bukti yang cerita tidak berhenti sekadar menjadi cerita.

Kajian tentang ‘cerita’ menunjukkan signifikan yang begitu luas dalam hidup. Ia bukan sahaja mempengaruhi hobi, malah pilihan karier, emosi, identiti, perhubungan cinta, kesihatan mental juga status perkahwinan. Juga atas sebab-sebab ini, pengaruh sebuah cerita jauh besar meninggalkan industri non fiksi.

Persoalan, apa yang membuatkan sebuah cerita itu diingati tidak akan dibincangkan di sini. Seperti mana-mana cerita yang punya kitaran berulang, proses pembelajaran menulis cerita juga tidak akan berakhir. Ingatlah. Laila Majnun dan Uda Dara mengulang takdir Romeo Juliet. Zainuddin mengulang dendam terhadap Hayati seperti mana Count of Monte Cristo mahu membalas kesumat terhadap Mercedes. Juga kisah Nabi Ibrahim menyelamatkan Siti Sarah daripada rakus asmara Raja Mesir diulang kembali dalam epik cinta agung Ramayana-Sita melawan Vishnu.

Pengulangan ini tidak akan pernah menjadi bosan. Kerana ada pengkarya yang terus belajar menulis tentang watak-watak yang diingati. Bagaimana konflik dicipta? Latar apakah yang menolak cerita? Apakah perspektif yang dibawa penulis? Sebuah cerita yang baik sentiasa mendapat kedudukan lebih tinggi daripada lenggok bahasa, persembahan pelakon, sinematografi, kesan khas dan lagu epik. Semua ini bertolak daripada satu ayat.

Kata guru penulisan saya, Sol Stein; ‘fiction is about evoking emotion.

Raiha Bahaudin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Kenapa Starbucks Selalu Sangat Salah Eja Nama?

Bahaya Ekzema Kepada Bayi