in

Apa yang Kita Semua Terlepas dengan Atlet Paralimpik

Image via www.mynewshub.cc
Image via www.mynewshub.cc
Image via www.mynewshub.cc

 

Baru kejap tadi Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, 27 pecahkan rekod dia sendiri dalam acara 400 meter akhir T20 dengan catatan masa 58.55 saat.

Walaubagaimanapun dia gagal dapat Gangsa sebab pelari dari Polish terjatuh ke depan dan dapat catatan masa 58.51 saat. Bayangkan, beza 0.04 saat!

Kalau dapat Gangsa, Siti berpeluang dapat pencen seumur hidup RM3000, RM300,000 tunai, mungkin kereta, mungkin rumah sebiji serta tiket kapal terbang mana-mana dia nak pi pun dan tajaan umrah sekeluarga.

Tapi Siti ni bukan calang-calang. Dia set Asian Record dengan 61.33 saat di Asian Para Games Korea Selatan 2014 kemudian pecahkan rekod tersebut dengan 60.35 saat bila dia menang Gangsa di IPC World Athletics Championships in Doha, Qatar pada 2015.

Semalam pun dia pecahkan balik rekod tu pada saringan dengan 58.96 saat.

Sekarang cuba bayangkan, kita semua rakyat marhaen ni kerja pagi balik malam semata-mata nak beli rumah, kereta dan simpan sikit duit untuk hari tua. Tapi lihat bagaimana atlet Paralimpik ni berjaya jadikan sukan sebagai tujuan hidup mereka.

Kalau dah dapat rumah, kereta, pencen RM5000, tak perlu dah rasanya kita keluar pagi balik malam buta kan? Jadi siapa kata sukan tak mampu jadikan masa depan kita cerah?

Cuma satu je masalahnya sekarang, sukan dah jadi benda mahal dalam hidup anak-anak kita. Nak main Futsal kena bayar gelanggang. Nak main Badminton kena bayar. Nak main Tenis, nak main Ping Pong pun kena bayar.

Nak belajar Ragbi kena masuk kelab. Tak macam dulu-dulu, ibu bapa kita main sebab passion. Mereka boleh main di mana-mana sahaja, bila-bila masa.

Kita pula, sebab kena bayar RM9 untuk Futsal, main sekali seminggu saja lah. Macam mana nak power kalau main takat seminggu sekali?

Masyarakat tak rasa sukan ialah industri yang boleh jana pendapatan. Ibu bapa tak rasa bangga kalau anak berlari laju. Guru tak rasa anak hebat kalau pandai main Ping Pong. Kita akhirnya, tak terfikir nak jadikan sukan sebagai karier.

Dan kita terlepas semua yang atlet Paralimpik ini buktikan beberapa hari kebelakangan ini!

ZF Zamir

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

One Comment

Leave a Reply
  1. Teringat masa primary school…rakan sekelas memang pemain bola sepak yang berbakat..selalu kena pergi practice dan game hingga peringkat negeri..malang cikgu denda dia berdiri atas kerusi sambil peluk bola sebab tak hadir kelas sbb ad perlawanan..masa tu rasa sgt tak adil for him

Leave a Reply

Kaum Kidal, Bersatulah!

Kisah Burger Paling Sedap di Alam Semesta