in ,

Apa Itu Sukan Chinlone?

Gambar : https://stadium.my

Chinlone merupakan sukan yang berasal dari Myanmar. Ia mula diperkenalkan di Sukan SEA Myanmar pada tahun 2013. Mesti kau tak tahu pasal Chinlone sebelum ni kan?

Kami cerita sedikit berkenaan sukan ini yang juga dipertandingkan di KL2017.

Chinlone merupakan sukan tradisional yang dimainkan di Myanmar yang membawa maksud raga bulat, dimainkan hampir sama seperti sepak raga namun mempunyai perbezaan daripada teknik sepakan dan bola yang digunakan. Permainan yang merupakan kombinasi sukan dan tarian yang mana permainan ini tiada pasukan lawan juga memerlukan kemahiran pemain untuk menimbang bola takraw mengikut disiplin berdasarkan kategori.

Chinlone dimainkan seramai enam orang satu pasukan di dalam bulatan. Permain Malaysia diwakili oleh Muhammad Faiz Roslan, Ab Muhaimi Che Bongsu, Mohammad Kamal Aizzat Azmi, Izuan Affendi Azlan, Iskandar Zulkarnain Salim, Putera Aidil Israfil Kamaruzaman, Mohamad Azlan Alias dan Muhammad Zaim Razali yang mana meraih pingat emas pertama Malaysia di sukan SEA 2017. Pingat perak pula milik Filipina yang mengumpul 271 mata di pentas final manakala Brunei di tempat ketiga dengan 157 mata.

Permainan ini menggunakan bola rotan seperti bola takraw tetapi mempunyai saiz lebih besar. Kiraan matanya pula menerusi setiap timbangan sempurna oleh setiap pemain dalam masa 10 minit. Jika bola jatuh, permainan akan dimulakan semula. Terdapat empat kategori dipertandingkan non-repetition event (primary), same stroke event, linking event dan non-repetition event (secondary).

Myanmar merupakan kuasa besar dalam sukan Chinlone tetapi negara tersebut tidak menyertai acara ini dalam Sukan SEA 2017. Chinlone buat pertama kali diperkenalkan dalam Sukan SEA 2013 di Myanmar. Chinlone menjadi acara pembuka tirai Sukan SEA Myanmar yang ke-27 dan Myanmar berjaya merangkul enam pingat emas ketika sukan itu pertama kali diperkenalkan, manakala pasukan Malaysia berjaya meraih pingat gangsa bagi pasukan lelaki dan wanita.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Sistem Yang Mampu Membendung Masalah Penyewa Puaka Di Malaysia

KLAB : Hari Raya Dak-dak Buku Indie