in ,

Apa Guna Travel Cheapskate Tapi Menyusahkan Diri Sendiri Dan Mak Bapak

1. Dalam hal pergi berjalan ni, berjalan guna duit banyak, guna duit sikit atau tak guna duit langsung semuanya bergantung kepada pilihan masing-masing. Ada orang belanja sampai RM25K untuk pergi London, ada yang dengan RM2.5K pun dah cukup untuk dia sampai London. Ada yang cuba pergi free, menyorok dalam tempat tayar kapal terbang lepas tu arwah.

2. Perbezaan dari jumlah perbelanjaan itulah yang membezakan bagaimana kita pergi, di mana kita tidur, tempat apa kita lawat dan apa kita buat kat sana. Naik kelas perniagaan Malaysia Airlines dalam A380 pergi London tak sama dengan naik A320 Air Asia pergi Kota Kinabalu, walaupun yang London tu makan masa 13 jam. Tidur di The Westin San Francisco harga melampau tak sama dengan Airbnb bajet tak ada heater di Melbourne.

3. Cuma yang masalahnya sekarang ini, macam menjadi kegilaan buat kita semua untuk cipta rekod pergi berjalan pada kos serendah mungkin. Melancong 13 negara pada kos RM4K, berjalan ke Jakarta bawah RM200, pergi Jepun tak sampai RM1K. Kalau ada sorang pergi Perth guna bajet RM800, sebulan kemudian ada sekor lagi pulak akan claim pergi Perth guna bajet RM500. Semua nak cipta rekod. Semua nak tunjuk terer.

4. Untuk apa? Untuk viral. Balik nanti, kau berebut jaja cerita kau berjalan dengan bajet rendah dan laman media macam The Pocket atau Rotimiskin akan viralkan kisah kau sampai menjadi benchmark untuk orang lain. “Apa?! Lucius belanja RM8K berjalan kat Melbourne? Tak bijaklah dia, aku guna RM800 je pun dah boleh berjalan sana.”

5. Jadi bila Encik Mufarwa Farid bercakap tentang pergi berjalan tak murah melainkan ada sesuatu yang kau terpaksa berkorban atau let go untuk berbangga dengan percutian bajet kau, aku boleh memahami sudut pandangan beliau. Bukanlah dia nak ukur semua dari segi duit atau mengkastakan percutian, tapi lebih kepada nak menyedarkan kita semua jangan terikut jadi cheapskate sangat dan cipta rekod.

6. Sebab itu aku suka approach yang #Apemazing guna. Lepas artikel Encik Mufarwa, Apemazing keluarkan pula kisah Libyaman Zulhazry Mohd Yusoff yang keluar duit bayar insuran untuk pergi berjalan. Bagus Apemazing ini kerana mengimbangi kisah percutian dan pengembaraan ini dengan aspek tanggungjawab ketika laman media lain sibuk viral kisah pergi Korea bajet RM200 makan sardin.

14907123_10154626777279323_5002426871652398447_n

7. Ya tanggungjawab dalam berjalan ini perlu ada. Dalam agama pun kita ada diajar adab bermusafir. Dan benda ini tidak terhad dalam menjaga diri sendiri, tapi juga mengambil kira sampai tidak menyusahkan orang lain sama. Salah satu adab bermusafir ialah jangan memalukan agama, bangsa dan negara; serta jangan mendatangkan perasaan jelek tuan rumah pada kita. Bila kau pergi mengembara dan tidur di stesen bas, fikirkan juga adakah itu memburukkan agama, bangsa dan negara? Bila kau bersila makan nasi masa berjalan macam ada tauke herba pernah buat, fikirkan juga adakah itu membuatkan orang lain meluat tengok perangai kita itu.

8. Yang menjadi masalah sekarang, pergi berjalan nak bajet serendah mungkin. Insuran kita tak peduli, pengangkutan kalau boleh nak hitch a ride, penginapan kalau boleh nak yang percuma asalkan dapat baring. Kemudian bila jatuh sakit, minta rakyat Malaysia derma untuk bayar kos perubatan. Kalau mati, menyusahkan mak bapak dan ahli keluarga nak tanggung kos bawa balik mayat kau. Bila kena liwat masa couchsurfing, peningkan kepala pegawai kedutaan nak fikir kenapalah muka jamban macam kau pun boleh kena liwat.

9. Jadi kesimpulannya, berjalan tu ikutlah pada kemampuan dan tak lupa keperluan masing-masing. Kalau kau nak buktikan dengan RM200 boleh pergi Turki, silakan. Tapi pertimbangkan juga aspek keselamatan dan keselesaan diri. Dan paling penting, jangan menyusahkan orang lain. Contoh kalau kau nak backpacking cheapskate tanpa insuran dan berisiko tinggi, pesan siap-siap kat mak bapak kalau kau mati kat Turki tu tak payah la kacau kedutaan minta hantar mayat kau balik kampung atau keluar duit Tabung Haji nak ke sana tuntut mayat kau. Dan untuk kita yang lain, jangan terikut sangat nak percutian bajet macam orang lain. Ikut acuan sendiri. Bak kata Encik Mufarwa, adalah tu yang kau kena pertaruhkan bila nak percutian bajet ni.

10. Aduh, dah cukup sepuluh. Apa pun yang penting, kau berjalan biar puas hati. Dan bawa balik memori indah, bukan cerita kau guna duit sikit je sebab nak bangga diri.

 

Lucius Maximus

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

12 Comments

Leave a Reply
  1. Generasi sekarang dah salah faham travel budget ni & banyak travel agent dah guna concept travel murah nak raih follower, padahal travel budget couchsurf / hitchhiking etc ni dari 80s dah wujud bukan sbb murah semata2 sebab social & engaged dengan local barulah travel tu interesting & memorable. kalau dulu dulu macam concept berkelana. xpaham sekarang isu ni pun nak digaduhkan.

  2. Saya sangat -sangat setuju! Ape2 ikut kemampuan diri sendiri. Nama pun bercuti, ikut common sense, kalau travel nak yg murah sesaje dan terlalu berkira.. baik simpan aje duit tu…

  3. Nk travel mestilah bijak. Lihat pada kemampuan. Dengan sedikit research anda masih boleh travel dengan selesa dan bergaya dengan kos yg reasonable. Semak transportation, semak tempat penginapan kerana ada hotel2 4* menawarkan harga 2* pada masa2 tertentu. Prepaid di internet untuk pass lawatan ke tempat2 tumpuan pelancongan dan sebagainya. Pendek kata ilmu untuk traveling penting sebelum memulakan sesuatu perjalanan.

  4. Saya tak rasa yg mereka viral travel
    bwh 200 ke 1000 ke ape nk popularity ke apa cuma nk tunjuk skrg ni xperlu nk mah pun nk travel luar shows that travelling is affordable to all. those yg travel tido free ke hitch hike ke i dint think its memalukn org zaman dulu dh buat ape kena malukan negara. plus if tido rumah org kte dpt thu culture org tuh mcm mana bukannyaa tido 5 stat then selfie and wow so luxurious then defeat a purpose lah at the end terpulang lah masing2 nk travel cmne who r we to judge. owh ke sebab we r asian thats y we judge 😝

  5. Orang travel dengan pelbagai sebab. Ada yang nak cari pengalaman berbeza, sebab tu backpackin, couch surfing dan sebagainya. Ini cara mereka mencari adventure dan pengalaman tentulah berbeza dengan cara travel yang lebih have2. Apa pun, they might have more fun dan belajar lebih banyak dari travellers lain. Dan tak semestinya mereka tidak study dulu sebelum mereka travel. Don’t be too fast to judge.

  6. Alah.. bende mcm nih pun nak jadikan isu.. Dah.. dah.. takyah share ape2 pasal percutian korang.. backpack ke.. couchsurfing ke.. 4*/5* hotel ke.. dulu sblm ader nyer internet.. ok jer sume orang pegi bercuti..

  7. Agree dengan article ni. Lebih ramai abaikan isu keselamatan dan pengalaman yang dapat ditimba sewaktu travel. Apa yang penting zaman skrg ni ialah travel pada harga yang paling murah sekali tanpa memikirkan kesan yang boleh dtg.

    Org travel bukan sbb nak viral, tapi utk share pengalaman dan lihat kebesaran Allah. Tapi nak buat mcm mana, kalau cakap benda ni salah, mesti ada yang melenting kata travel kena murah la apa lah. Kalau sesuatu terjadi kepada mereka, tau lah terduduk diam.

  8. TIDAK BERAPA SETUJU.. bagi aku, travel bajet atau tak bajet semuanya berunsur membanggakan diri jika diwar-warkan. Tak kisah lah dia seratus atau beribu pun.

    jadi bajet tak bajet itu di atas kemampuan masing2. ada yang mampu melancong tido hotel murah, ada yang mampu tido di jaga bodyguard (sebagai contoh) , kalau betul nak jaga keseluruhan aspek dan taknak menyusahkan sesiapa.

Leave a Reply

Nak Anak Pandai Bukan Setakat Beri Kismis

Jangan Kau Ingat Listerine Hanya Untuk Mulut Busuk Sahaja